Sunday, July 22, 2012

Manusia dicipta BerbeZa

Selepas bersahur (hari ke2 ramadhan 1433) pagi tadi sempat mengikuti tazkirah Ustaz zahazan di tv3:

Manusia memang dicipta berbeza dari segi paras rupa maupun cara berfikir... Itu sebenarnya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah swt...supaya kita berfikir. tetapi apa yang terjadi manusia terlupa bahawa kita berbeza dan perlu menghargai dan menghormati perbezaan itu. Apa yang terjadi msnusia sering bertelagah kerana berselisih pendapat...sehingga sanggup menumpah darah!

Beliau (ust zahazan) telah membawa satu kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW tentang perkara ini. Diringkaskan cerita, pada suatu ketika, Rasulullah telah berpesan kepada rombongan sahabat supaya menunaikan Solat 'Asar di satu tempat/kampung yang telah ditentukan. Pada permulaan perjalan para sahabat tidak ada masalah tentang pesanan Rasulullah SAW itu.

Tetapi setelah separuh perjalanan, hari pun semakin lewat petang..maka bermulalah percambahan pendapat di kalangan sahabat...dan mereka mula berpecah kepada 2 golongan.

Satu golongan berpendapat jika diteruskan perjalanan ke kampung tersebut mereka akan terlepas waktu Solat 'Asar..jadi mereka mengambil keputusan menunaikan solat 'asar dalam perjalanan...

Manakala golongan satu lagi pula berkeras untuk solat 'asar di kampung yang dipesan oleh Rasulullah SAW... Kalau terlepas pun waktu solat 'asar mereka akan qodha'. namun perintah Rasulullah harus dijunjung! itu pendapat mereka..

Rombongan sahabat itu telah tiba di kampung yang diperintah Rasulullah SAW pada waktu magrib. Di mana segolongan sahabat menunaikan solat magrib dan terus me-qodha solat 'asar!

Peristiwa ini telah disampai kepada Rasulullah SAW untuk diketahui tindakan golongan mana yang benar..

Diriwayatkan, setelah baginda mendengar berita tersebut...RASULULLAH SAW tersenyum...dan baginda menjawab...KEDUA-DUA nya betul....

Peristiwa ini seharus dijadikan rujukan kepada semua kita umat akhir zaman ini...supaya kita terlindung daripada pertelingkan yang membawa kepada perpecahan...dek kerana menegak pendapat yang diyakini betul...



Thursday, March 15, 2012

Rumah aku diceroboh lagi...

kemarin rumah kau diceroboh buat kali ke lima!!!!

Sekitar jam 11.53 pagi kemarin alarm rumah aku alert hdphone aku menandakan rumah aku sedang dipecah masuk.

Astagfirullah...

Aku bergegas balik dari ofis. Ketika itu aku sedang berbincang mengenai projek RTD SPS dengan bos pasai progres. Aku tinggalkan perbincangan dengan perasan cemas berbaur cuak. macam persoalan timbul... takut pun ada..Bos suruh salah sorang rakan pejabat ikut aku pulang...

Aku drive dalam cemas...boleh agak la mcm mana...

Sesampai kat rumah alarm masih berbunyi...kuat! Tapi sayang tak sapa yang heran pun...kawasan perumahan aku tu memang sunyi. tak sapa pun yang ada waktu kerja...semua kelaur bekerja...menjerit lah alarm aku tu sampai ke malam pun..tak kesan apa pun..

Tapi,

ALHAMDULILLAH...

Bunyi alarm tu telah mengejutkan pencuri tu. Mereka tak masuk rumah walau pun grill sudah berjaya di potong dan mecadoor dah di kopak.. Mungkin bunyi alarm tu mengejutkan mereka terus lari sampai tak sempat ambil alatan pemotong dan pencungkil pintu yang digunakan itu.

Lembut lutut aku melihat alatan itu dan grill dan pintu dapur rumah di kopak begitu mudah.