Thursday, October 31, 2013

Tips mudah ini memang berkesan


Jika mahu kekalkan laman organik, tips ini boleh membantu. Kita boleh bebaskan tanaman kita daripada makhluk perosak tanpa menggunakan racun serangga. Kita boleh halau mereka dengan semburan air rendaman cili kering.
 
Sambil masak pun boleh sediakan “semburan penghalau”

Air rendaman cili ini ditapis dan masukkan ke dalam botol penyembur, dan sembur 2 kali sehari kalau kes serangan serius atau seminggu sekali bagi kes pencegahan! Sangat mudah dan tanpa melibatkan kos.

Ni kes parah, kena sembur 2X sehari

Tips ini didapati dari kebun Bandar. Tuan tanah dah cuba ke atas sayuran dan tanaman di laman memang berkesan.

Terima kasih kebun Bandar kerana berkongsi maklumat berharga ini dan minta tunjuk ajar…terima kasih daun keladi, sudi-sudi lah berkongsi lagi…

Selamat mencuba

Monday, October 28, 2013

Kek bunga telang


Kagum sungguh dengan kecantikan bunga telang. Warnanya biru sempurna. Dah lah cantik boleh dimakan pulak tu…

Kebelakangan ini telang berbunga makin lebat. Tak putus-putus. Bunga telang berlapis pun dah mula berbunga. Ingat kutip dan kumpul untuk dikeringkan. Hajatnya nak jadikan powder. Boleh guna untuk pewarna makanan. Pewarna semulajadi yang penuh khasiat!

Tapi tak sabar tunggu powder, kemarin mai angin kus kus cuba buat kek bunga telang segar. Bunga telang dicincang kasar-kasar dan masukkan dalam adunan kek. Tapi warna biru tak ketara sangat. Mungkin kalau guna powder warna biru tu lagi “outstanding” kot!

Kek bunga telang tanpa solekan, biar nampak ori!


Nampak “rustic” tapi rasanya boleh tahan jugak lah

 Bunga telang amat kaya dengan flavanoids dan carotenoids yang sangat diperlukan untuk kesihatan. Ia juga dipercayai baik sebagai tonik otak.

 

Thursday, October 24, 2013

Rasa dan bau “sebijik” macam serai.


Memang boleh gantikan serai….

Minggu lepas tuan tanah cuba ber-eksperimen TOMYAM dengan serai versi baru ni!

Serai versi baru – dikenali sebagai serai acheh…(mungkin berasal dari aceh kot,  tuan tanah tak berapa pasti)

 
Setelah 8 bulan ditanam, nampak semakin berkembang biak. Subur. Dan yang paling best nyer ia amat mudah dituai..

Sebenarnya, serai ini amat popular di kalangan masyarakat thai. Tomyam di restoran thai memang guna serai jenis ni.
 
Tak kurang perisa serai dalam tomyam (ikan) ni
 
Di mana serai di antara bahan utama dalam masakan tomyam. Kalau plan nak masak tomyam, tapi kalau tak dak serai, memang tukar menu lah jawabnya, kan? Sebab kelazatan tomyam banyak bergantung kepada perisa serai.
 

Tuaian untuk tomyam

 Bezanya kalau serai biasa, kita gunakan batangnya tapi serai ni kita boleh guna batang dan daunnya sekali.

Apabila dicuba tomyam ni, rasa serainya tidak ada beza dengan serai yang biasa. Malah rasa manis serainya lebih lembut…serius sedap!

Serai aceh ni memang boleh dijadikan pengganti….

Sebelum ni tuan tanah tak pernah tanam serai kat laman memandang pokoknya yang susah diuruskan dan memerlukan ruang yang agak luas. Dan paling tuan tanah gerun daunnya yang sangat tajam!

Tapi sekarang tidak lagi, dah ada koleksi serai di laman.

 

 

Wednesday, October 23, 2013

RABU TAK TERKATA : Apa dah jadi dengan red n ruffles basil ni?

 

Angkara si siput ke atau si ulat ni?

 

 

Monday, October 21, 2013

Tomatillo mula berbuah lebat…


Macam tak percaya. Terkejut pun ada. Bila balik dari raya haji minggu lepas, nampak buah tomatillo dah banyak

Ditanam dalam dustbin terbuang, tak sangka pulak pokok tomatillo ni, besar!

Terkejut tu bukan apa, sebab pokok tomatillo yang satu ni sangat susah nak ditanam. Semai berbulan tak muncul-muncul. Ingat dah nak lupakan tanam tomatillo ni.
 
Tapi rezeki melihat dan tanam sediri pokok tomatillo masih ada. Masa nak clear kan pasu-pasu semaian, ternampak 2 pokok kecil terselit ditepi pasu (spt penah dicerita dalam post sebelum ni). Dibiarkan besar, tapi satu pokok mati diserang bena putih dan tinggal lah yang satu ni. Subur.

Teruja…

Tertunggu-tunggu perkembangannya… keluar bunga pertama, gugur… tunggu lagi bunga kedua… gugur…dan seterusnya.. Tapi akhirnya muncul jugak buah sulung...

Buah pertama dari satu-satunya pokok yang berjaya hidup

Selepas buah pertama, disusuli dengan bunga yang lebat…. Dan lepas ditinggalkan bercuti ari tu, tengok dah makin lebat… Syukur… tak sabar rasanya, nak tuai dan nak rasa tomatillo segar dari laman..
 

Tuesday, October 15, 2013

SALAM IDUL ADHA

Syukur, kita masih diberi peluang menyambut Idul Adha...

Moga semua saudara kita yang sedang menunaikan Ibadat haji mendapat HAJI MABRUR dan kita semua mendapat keampunanNYA..Amin


pic - google

Selamat Berkorban

Sunday, October 13, 2013

Tuaian sambal belacan


Cili api, limau kasturi dan Genovese basil. 3 biji limau kasturi tu tuaian sulung dari laman. Dan Genovese/Italian basil sebagai ulam cicah sambal belacan.
 
Tuaian sambal belacan hujung minggu

Daunnya yang tebal dan rasanya yang agak “manis” serta baunya yang harum cukup sedap untuk dijadikan ulam.

Tak sangka pulak basil jenis ini agak mudah hidup dan subur.

Genovese/Italian basil dah mula berbunga…

Bunga basil muda katanya lebih sedap…

Kalau lah Italian baca entri ni sure depa menangis terguling-guling punya, tengok cara orang Malaysia makan basil ni…cicah sambal belacan! hehehe

Wednesday, October 9, 2013

Tuesday, October 8, 2013

Nun, datang jauh dari Sarawak

Beberapa hari lepas baru ada kelapangan sorting sampul2 surat dari post box. Terselit sampul hijau (sedikit kembung), setem bercop Kucing, Sarawak.

Dalam hati, ni pasti dari kak kembhojha. Cepat-cepat buka, tak sabar nak tahu isinya!

Kiriman dari kak kembhoJha

Tertera benih bunga matahari dan bunga tahi ayam (marigold). Sukanya hati tengok benih bunga matahari, dan kak kembhoJha ni macam tahu2 je saya tengah dok cari benih bunga tahi ayam untuk system buddy kat laman. Tapi… bukan itu saja, bila buka plastik bungkusan kecil ada lagi satu – benih kacang buncis!

Ingat ada bunga matahari dengan marigold jer, rupanya ada  terselit benih kacang buncis jugak

 
Kirim 2 berbalas 3!

Terima kasih banyak2 kak dan terima kasih daun keladi hehehe….moga silahturahim berpanjangan.

Layari http://hijautangankembhojha.blogspot.com untuk mengenali kak kembhojha lebih lanjut.

Monday, October 7, 2013

Percubaan pertama tanam sendiri keledek BerjaYa..


Waah…rasa lama sungguh tak menjengah blog dan tak visit kebun kawan-kawan. Rasanya sudah banyak ketinggalan berita kebun kawan-kawan dari jauh dan dekat…

Alhamdulillah, minggu ini sudah lega dan lapang. Baru boleh turun ke laman.
 
Keledek yang ditanam dalam 2 bekas polystyrenes sudah digali…

 
Melihat saja tuaian dari projek percubaan tanaman keledek pertama ini, stress dari “Kesibukan” beberapa minggu lepas bagaikan terubat. Sukanya hati bukan kepalang!
 
Saiz ubi keledek kampong ni cukup besar walaupun hanya ditanam dalam bekas polystyrene


Tapi, saiz keledek jenis isi putih ini lain lah pula, agak kecil walaupun ditanam dalam tempoh dan bekas sama saiz dengan keledek kampong di atas…


Lumayan!..hasil tuaian sebagai pembakar semangat

 
Tabiat ubi, diam-diam berisi…