Thursday, October 31, 2013

Tips mudah ini memang berkesan


Jika mahu kekalkan laman organik, tips ini boleh membantu. Kita boleh bebaskan tanaman kita daripada makhluk perosak tanpa menggunakan racun serangga. Kita boleh halau mereka dengan semburan air rendaman cili kering.
 
Sambil masak pun boleh sediakan “semburan penghalau”

Air rendaman cili ini ditapis dan masukkan ke dalam botol penyembur, dan sembur 2 kali sehari kalau kes serangan serius atau seminggu sekali bagi kes pencegahan! Sangat mudah dan tanpa melibatkan kos.

Ni kes parah, kena sembur 2X sehari

Tips ini didapati dari kebun Bandar. Tuan tanah dah cuba ke atas sayuran dan tanaman di laman memang berkesan.

Terima kasih kebun Bandar kerana berkongsi maklumat berharga ini dan minta tunjuk ajar…terima kasih daun keladi, sudi-sudi lah berkongsi lagi…

Selamat mencuba

18 comments:

yan's cottage said...

salam @na...

yan pernah juga cuba buat nie...tapi tambah bawang putih & sedikit minyak....memang berkesan....

suka suka said...

tq ana dan kebun Bandar... kadang2 akak letak cili kering seketul kat pasu he he ..

ummuaidan said...

Oih agaknya serangga tak tahan kepedasan tuh na tuh yg lari tuh..boleh cuba nie..tks

@na said...

1. yan's cottage;
wassalam yan..oo ye tentu lg power tu...tq, yan

2. suka suka;
mcm tu lg mudah k mar...tk yah nk spray2!!!hehehe....pasni nk try jgk la

3. ummuaidan;
mungkin pedih mata kot ummu...hehehe

nadia rashid said...

boleh cuba ni...dari membazir kan air rendaman cili kan..thanks for sharing ana..:D

@na said...

betul nadia, padahal dh lama kita dok rendam cili tp tk penah sblum ni...rugi kan?

S..U..D..@..I..S said...

Tq @na
simpan petua kot kalu nak bercucuk tanam, angan2 ada harap menjadi

@na said...

sama2 sud@is...InsyaAllah menjadi tu...apa pun kena bermula dgn angan2 dulu kan...slmt bekebun na..

Lynna Ghani said...

Hi Ana...saya pon nak kena buat ni....pokok capsicum saya dah ada tanda2 kena serang....thanks for sharing..:)

@na said...

elok la lina cpt2 selamatkan capsicum u tu, kalau ikut yan dia tambah bwg putih n minyak...mungkin tu lg power..

Pedasdanmanis said...

"raserkan kepedasan air cili ni wahai serangge..!!! "aaa.. pedih2 kater seranga tersebut.." Thanks for sharing.

@na said...

hehehe....hrp2 culprits tu serik...n tak mai dah...

adrianna syaz said...

Tima kasih kongsi info ni..pokok kunyit sya abes kna gigit bllng..huhu

TukangKebun said...

Kena tanam banyak cili macam ni.

@na said...

1. adrianna syaz;
baik cpt2 spray selamatkan...pokok kunyit tu & hrp2 bllg tu dh tk berani dtg lg... slmt mencuba

2. Tukang Kebun;
elok2...bagus idea tu..

muka petak petak said...

nak cuba juga lah, pokok kacang saya penuh dgn serangga hitam, xtau pulak jenis apa, n semut pn banyak..harus cuba..hehe

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Petua ni lagi mudah nak dihasilkan! Boleh spare je air cili kering ni utk menyerang makhluk perosak tu! Terima kasih @na!

@na said...

1. muka petak petak;
elok la di cuba...InsyaAllah berkesan...lg pun tk melibatkan kos, kan hehehe...

2. Ummu Madihah;
Wassalam mak aji...slmt mencuba mak aji..hrp kebun kita pasni bebas serangan perosak n bebas dari racun!!!