Wednesday, April 30, 2014

Pokok/herba apa ni??


Tetiba tumbuh dalam pasu oregano gantung kami. Nampak macam pokok herba ja.. Sayang nak cabut..
Subur la pulak

Close-up daun bagi clear sikit

Pada rakan blogger budiman/(herbalist) tolong bagi tau sat..herba ke, atau pokok apa ni....

Terima kasih daun keladi…

Monday, April 28, 2014

Limau purut di luar pagar

Tetiba teringat pantun la pulak ….hehehe…

Limau purut (bukan cempedak) di luar pagar
Tak payah galah, boleh je capai dengan tangan,
Pokoknya rendang subur, segar dan bugar,
Berbuah lebat selepas hujan…

Limau purut di luar pagar...

Buah-buah bergugusan...

Kat sini juga dikongsikan info dari kotak komen entri sebelum ni tentang kegunaan buah limau purut oleh blogger maz;

Maz,terima kasih kerana sudi berkongsi

Harap info ini dapat dimanfaatkan bersama.


Thursday, April 24, 2014

Nenas kerdil



Pokok nenas ni kat belakang bagunan pejabat kami. Satu pokok je… Dah lama dok tengok-tengok pokok ni… Kemarin, baru perasan pokok ni sudah berbuah. Ada 4 biji. Kecik-kecik. Cukup comel dan nampak sangat unik!

Nenas kerdil/dwarf pineapple

Buah yang comel-comel

Terus tanya dengan pak cik gugel tentang keistimewaannya…
Antaranya, nenas kerdil atau “dwarf pineapple” ni cukup baik untuk merawat batu karang!

Kalau minggu depan buah nenas ni masih tidak dituai, ingat nak bedek pakcik gardener minta sebijik…. Nak tau apa rasa dia…

Agak-agak pakcik tu bagi tak??...



Wednesday, April 23, 2014

WW#22 - Benih peperomia pellucida



Sengaja biarkan pokok ni jadi tua, nak kutip benih…

Deretan benih matang pada “sesungut” peperomia pellucida


Tuesday, April 22, 2014

Tips bagi pengidap diabetis…



Moga dapat dimanfaatkan bersama….

Self explanatory pic dari wssp

Kepada saudara-saudara kita diluar sana yang sedang sedang menghadapi masalah ini, tidak salah mencuba sebagai usaha tambahan.
Mudah-mudahan diberi kesembuhan.
Amin.

Monday, April 21, 2014

Sekotak ulam raja…



Ulam Raja atau cosmos caudatus. Antara ulam yang paling mudah ditanam. Cuma tabur,  kemudian tutup seeds dengan sedikit lapisan tanah dan siram. Dalam masa 2-3 hari, biji benih akan bercambah. Ia sangat cepat membesar dan tak banyak kerenah. Siram secukupnya…dan kalau rajin letak baja kompos sekali sekala…kalau tidak pun tak pa. 
Tetap subur. 

Makin segar selepas hujan…

Sekotak pun memadai. Cukup sebagai bekalan salad segar harian. Rasanya pun sedap dan juga dipercayai amat berkhasiat. Tambah-tambah "homegrown" pulak, bebas racun, bebas baja kimia!....Paling untungnya ia boleh dituai berkali-kali. Dan yang bestnya tu, lagi dituai lagi gebu!!!! 


Thursday, April 17, 2014

Cara mudah tanam timun mini...



Teruja pun ada… Macam tak sangka pun ya… Timun mini dituai  dalam masa 43 hari… Ciwi sungguh rasanya. Bukan apa, sebab tak penah tanam timun… ingat timun susah tanam…

Tapi timun mini ni lain pulak, nampaknya sesuai ditanam sebagai sayuran pasuan…
Di hari ke 42

Benih timun ni terima dari sud@is pada 3/3 - sebanyak 5 biji (seeds timun mini berwarna merah jambu muda – cantik, nampak macam manik). Pada petang tu jugak terus tanam 3 seeds dalam pasu (direct sow). Dalam 3 hari dah tumbuh…dan ada 2 seeds lagi baki yang belum ditanam…

Syukur…pertumbuhannya tidak bermasalah. Dalam masa 35 hari dah mengeluarkan bunga…dan sudah ada putik-putik kecil di hujung bunga menandakan timun dah mula nak berbuah… Hari-hari tuan tanah membelek-belek timun mini ni...sambil menunggu perkembangan dengan penuh debar!!! 

Hari ke 35

Pada hari 42 putik-putik timun semakin membesar…dan meyakinkan…
Hari ke 43 tuah tanah dah tak sabar, terus tuai 2 biji timun (buah sulung)! Manis dan cukup rangup!!! 

hari ke 43

Buah pertama dituai pada 14/4 – hari ke 43

Tak terfikir pulak sebelum ni nak tanam dalam pasu… Tapi cubaan ini, menunjukkan timun mini sesuai ditanam sebagai sayuran pasuan penghias laman!