Monday, May 26, 2014

Apa boleh dibuat dengan bunga Telang???…



Tuan tanah seolah dah macam obsess dengan bunga telang. Sebab bukan senang nak temui bunga berwarna biru di tanah rendah. Warnanya sangat unik. Biru sempurna.

Kanan-bunga telang selapis, kiri – bunga telang berlapis

Pokok Telang/butterfly pea/blue pea

Bunga telang ada berbagai warna. Tapi hanya bunga telang biru yang ada dalam koleksi tuan tanah. Pokok telang atau clitoria ternatea cukup mudah ditanam, senang hidup dan sangat tahan lasak. Berbunga lebat sepanjang masa.

Istimewa bunga telang ni selain cantik ia juga boleh dimakan. Sama ada secara “raw” sebagai ulam, jugak boleh guna dalam masakan.

Antara yang pernah tuan tanah buat dengan bunga telang:

SIRAP BIRU TELANG

TELUR DADAR BUNGA TELANG

NASI LEMAK BIRU TELANG

KEK BUNGA TELANG

NASI ULAM BUNGA TELANG

Dan, sekarang ni tuan tanah tengah kumpul bunga-bunga telang untuk dikeringkan untuk dijadikan sebagai teh Telang dan serbuk pewarna biru…

Kepada sesiapa ada idea kreatif dengan bunga telang boleh kongsikan disini…


Monday, May 19, 2014

Nasi Ulam Bunga Telang



Nasi ulam utara versi “instant”

Kalau nak dikunyah bunga telang dan ulaman ini mungkin tak terlarat nak habiskan semuanya. Terutamanya bunga telang ni. Kalau tak dikutip, esoknya semua akan layu! Kadang tu kalau tak sempat buat apa-apa, masukkan dalam karung plastic buat frozen.

Bunga-bunga telang, biru menawan..

Petang semalam kutip bunga telang, bersama dengan pucuk-pucuk ulam yang semakin segar selepas hujan beberapa minggu kebelakangan ni!

Daun cekur, ulam raja, samak, peperomia, serai acheh, mengkudu

Memandangkan rencah nasi ulam dari SIL masih ada… Apa lagi terfikir lah menu ringkas untuk makan malam kami. Nasi ULAM utara!!! Cukup ringkas. Cuma masak nasi. Sejukkan sekejap. Lepas tu masukkan rencah nasi ulam dan gaul bersama dengan rincikan bunga TeLang berserta ulam-ulaman.

Menariknya tu kita boleh makan berbagai jenis ulaman dalam satu hidangan. Kadang tu ada ulaman yang kita kurang gemari, (i.e pucuk mengkudu dsb.), sebab ada rasa pahit yang kurang enak pada lidah. Tapi kalau dah digaul macam ni tak terasa lah sangat

Jadi, kepada sesiapa yang ada bunga telang dan ulaman di laman boleh cuba!




Thursday, May 15, 2014

Ulam raja boleh menguatkan TuLang..???


Tak sangka pokok yang mudah ditanam, berbau segar dan sedap dimakan ni ada besar kelebihannya…

 
Sesuai jugak ditanam dalam pasu

Pucuk muda sedap dibuat ulam...

Kat bawah ni diletakan kelebihan ulam raja dari sumber Wikipedia sebagai perkongsian:

“Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi."

Jom kita tanam dan makan ulam raja!!! Mudah dan berkhasiat….


Monday, May 12, 2014

Tuaian petang semalam…



Ada lah serba sikit… 




5 biji limau purut. Buat mandi…

2 biji timun mini –  terus ngap, rapuh dan manis bersari

Sedikit cili api…haah yang ni tak boleh nak buat main-main. Kena deal properly hehehe…