Monday, May 19, 2014

Nasi Ulam Bunga Telang



Nasi ulam utara versi “instant”

Kalau nak dikunyah bunga telang dan ulaman ini mungkin tak terlarat nak habiskan semuanya. Terutamanya bunga telang ni. Kalau tak dikutip, esoknya semua akan layu! Kadang tu kalau tak sempat buat apa-apa, masukkan dalam karung plastic buat frozen.

Bunga-bunga telang, biru menawan..

Petang semalam kutip bunga telang, bersama dengan pucuk-pucuk ulam yang semakin segar selepas hujan beberapa minggu kebelakangan ni!

Daun cekur, ulam raja, samak, peperomia, serai acheh, mengkudu

Memandangkan rencah nasi ulam dari SIL masih ada… Apa lagi terfikir lah menu ringkas untuk makan malam kami. Nasi ULAM utara!!! Cukup ringkas. Cuma masak nasi. Sejukkan sekejap. Lepas tu masukkan rencah nasi ulam dan gaul bersama dengan rincikan bunga TeLang berserta ulam-ulaman.

Menariknya tu kita boleh makan berbagai jenis ulaman dalam satu hidangan. Kadang tu ada ulaman yang kita kurang gemari, (i.e pucuk mengkudu dsb.), sebab ada rasa pahit yang kurang enak pada lidah. Tapi kalau dah digaul macam ni tak terasa lah sangat

Jadi, kepada sesiapa yang ada bunga telang dan ulaman di laman boleh cuba!




17 comments:

Honey said...

Salam Ana,

I lupa nama pokok yang di sangka rumput tu. Dukung anak eh?

sud@is said...

huwaaa, presentation menarik tapi yang penting berkhasiat, kalah kat pasar tani, ada ikan masin sedap ni....

Normala Saad said...

oh, tak pernah terpikir nak jadikan bunga telang salad nasi ulam. Boleh tiru ni..tq.

UmmuAidan-Arissa said...

nasi ulam yer ana...memang dia ade rencah jugak yer...mesti sedap kan ngan pelbagai ulam tuh..:)

Honey said...

Ana,

Update lah resepi rencah nya jugak... :)

@na said...

1. honey;
wassalam.
yg nmpk mcm rumput tu peperomia atau setengah org panggil pegaga air...
tang resepi tu...nnti i pi tanya my SIL..hehhehe

2.sud@is;
hehehe...ingat pasni nk ambik 1 lot kat pasar tani lah...

3. Normala Saad;
bunga telang mkn raw sedap jgk, kak

4. UmmuAidan-Arissa;
Nasik ulam utara ni simple sikit ummu, bebeza dgn nasik kerabu...full of herbs...

Kakzakie said...

Cuba Ana turunkan resepinya di sini boleh kakak tiru.

Bunga telang ni buat nasi kerabu pun cantik..

rostina76 said...

assalam ana…menariknye nasi ulam utara. ros dok tahu ni. mmg ada jual rempah khas ke? yg ros tau nasi daging je. heheh bagi la resepi atek

nadia rashid said...

dalam byk2 ulam tu pegaga air tak pernah try...selalu cabut buang je

olive said...

cantik! the best part of fried rice is u can put in everything that u hav..good!

suka suka said...

Peperoma tu mcm tak sanggup makan je sebab dah ada dlm mind set sejak kecil bhw ianya jenis rumpai... one fine day kena try juga ni sebab health property nya... bunga telang memang melimpah ruah kat sini... dah tahap tumbuh buang :)

@na said...

1. Kakzakie;
bab2 resepi ni saya lemah sikit kak...sebab rencah nasi ulam ni tak penah buat seniri selalunya dapat dari kak ipar... since kakzakie berminat... mula cari talian hayat hehehe...saya letakkan resepi kat ruang komen ni nnti...

2. rostina76;
Salam ros...nasi ulam utara ni tak dok rencah mace nasik daging tu ros. Resepi simple je, cuma kena ada byk daun ulam beza dgn nasik kabu kito tu...nati ambo tulih resepi bawoh sekali...hehehe

3. nadia rashid;
sama la kita nadia...lo ni baru belajar makan...

4. olive;
extremely true! hehehe

5. suka suka;
tapi kak mar bila di rincik halus dan gaul dengan rencah kita tak perasan mana satu rumput tu...hehehe

@na said...

RESEPI RENCAH NASI ULAM UTARA:

lengkuas - parut
halia - parut
serai - parut
lada hitam - blend kering
kerisik
ikan gelama masam dibakar (ambik isi)
udang kering - sangai n blend kering
ulam-ulaman dirincik halus

CARA:
Cukup mudah;
gaul semua bahan2 tersebut dan imbangkan mengikut citarasa.
Sedap di makan dengan sayur keladi.


kakyon said...

@na boleh tunjukkan penuh pokok bunga telang tu..akak x penah tengok lagi..:)

TukangKebun said...

Warna Warni nasi ulam memang membuka selera.

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Menarik ni resepi rencah nasi ulam utara! Yang ikan gelama masam tu, ikan gelama pekasam ke?? Cantik nasi ulam dengan biru telang tu ya! Mak Aji panggil pegaga air ti sirih air. Peperomia namanya juga ya!

@na said...

1. kakyon;
kalau baca n3 saya ari ni, kakyon akan berkenalan dengan pokok telang...
slmt berkenalan...

2. Tukang Kebun;
betul tu...warna semulajadi ni mmg istimewa...

3. Ummu Madihah;
Salam mak aji;
ikan gelama masam ni bukan ikan pekasam,...jauh bezanye tu mak aji hehehe...
ia ikan kering yang dimasamkan, belah utara ni mmg femes....sedap digoreng...dan sgt gebu!!!