Monday, May 26, 2014

Apa boleh dibuat dengan bunga Telang???…



Tuan tanah seolah dah macam obsess dengan bunga telang. Sebab bukan senang nak temui bunga berwarna biru di tanah rendah. Warnanya sangat unik. Biru sempurna.

Kanan-bunga telang selapis, kiri – bunga telang berlapis

Pokok Telang/butterfly pea/blue pea

Bunga telang ada berbagai warna. Tapi hanya bunga telang biru yang ada dalam koleksi tuan tanah. Pokok telang atau clitoria ternatea cukup mudah ditanam, senang hidup dan sangat tahan lasak. Berbunga lebat sepanjang masa.

Istimewa bunga telang ni selain cantik ia juga boleh dimakan. Sama ada secara “raw” sebagai ulam, jugak boleh guna dalam masakan.

Antara yang pernah tuan tanah buat dengan bunga telang:

SIRAP BIRU TELANG

TELUR DADAR BUNGA TELANG

NASI LEMAK BIRU TELANG

KEK BUNGA TELANG

NASI ULAM BUNGA TELANG

Dan, sekarang ni tuan tanah tengah kumpul bunga-bunga telang untuk dikeringkan untuk dijadikan sebagai teh Telang dan serbuk pewarna biru…

Kepada sesiapa ada idea kreatif dengan bunga telang boleh kongsikan disini…


14 comments:

Kakzakie said...

Ana ni pandai dan kreatif serta banyak ilmu hal ini itu yg akak salute. Kakak tak terfikir pun nak buat selain utk nasi kerabu..

Yg berlapis kakak tak pernah jumpalah.. cantik pulak kan:)

Honey said...

Salam Ana,

I buat pancake bunga telang last two weeks :)

Normala Saad said...

Buat la crispy fried telang. Cicah dengan sos chili Thai. sedap.. Puding telang..agar2 telang..nasi goreng telang...

UmmuAidan-Arissa said...

salam ana
nasik kerabu takder ker guna bunga telang? takpun buat kueh ketayap ngan bunga telang nyer kaler..:)

kakyon said...

Ana, akak teruja nak mkn kek bunga telang..sangat menarik :)

Ibu Qistina said...

wow @na,

banyak yang @na guna pakai dengan bunga telang. Suka tgk kek bunga telang tu. cantik :) sedap dah semestinya. :D

nadia rashid said...

Erm boleh cuba ni bunga telang dalam telur dadar...yg kek tu cantik jadi berbintik

sud@is said...

Lagi satu, yg ni jiran bgtau untuk lebat dn hitamkn kening, jgn jd biru sdh la..

lieyalatif said...

ishhh telopong jakun lieya tgk...boleh buat telor dadar...kek...kreatif sgt2.... mak lieya ade tanam kat kg...hidup merimbun hah....

Ct Mar said...

akak bli mana benih telang berlapis..cm berminat ja..cantik bunga dia

saudah ismail eh said...

Sedap ke sirap bunga telang? Nak cuba. Saya baru tanam beberapa pohon dan dah mula terbit bunga. Tq info.

saudah ismail eh said...

Sedap ke sirap bunga telang? Nak cuba. Saya baru tanam beberapa pohon dan dah mula terbit bunga. Tq info.

saudah ismail eh said...

Sedap ke sirap bunga telang? Nak cuba. Saya baru tanam beberapa pohon dan dah mula terbit bunga. Tq info.

Tautan Hati NabilaHasyim said...

Saya ada buat ais krim bunga telang, tapi perisa letak esen ros, huhu..

lepas ni nak buat kek pulak, untuk besday enSuami nanti, harapnya menjadi, Amin.