Thursday, August 27, 2015

Tips menuai pisang nangka…




Sebelum tu, biar tuan tanah cerita dulu macam mana pisang nangka ni boleh muncul di laman kami.
Hasil pertama kebun

Tak penah plan pun nak tanam jenis-jenis pokok macam pisang ni. Ya la kan, laman kami secoet ja, rasa tak berapa sesuai untuk jenis spesis yang suka beranak pinak macam tu. Takut tak terkawal.
Nak jadikan cerita, tahun lalu kawan kami nak  berpindah ke alor setar. So dia offer la kat tuan tanah benih pisang nangka ni. Dia kata sayang nak tinggalkan kat kuarters tu. Menurutnya lagi, pisang nangka ni jenis kacuk pisang raja. Pokok tak besar sangat. Cepat berbuah.
Sebelum ni, dia selalu jugak bawakan pisang nangka ni pada kami. Rasa dia memang lain sikit, berbeza dengan pisang nangka yang biasa dimakan sebelum ni.
Jatuh hati pulak tuan tanah dengan spek yang diceritakan tu. Sebab tuan tanah memang penggemar tegar pisang nangka…hehehe…
Jadi, tuan tanah pun setuju la terima sepokok. Pokoknya kecik ja. Belum berdaun pun. Tuan tanah tak berapa harap sangat la akan hasilnya. Cuba ja dulu.
Tuan tanah ambik dan terus tanam kat back yard. Pastu biar tak bekisah harapkan hujan ja. Baja apa pun tak penah boh. Nasib baik masa tu musim hujan. Hidup la pisang ni membawa diri…
Subhanallah,
Dalam tempoh beberapa bulan, lupa nak rekod..terkejut nya bila, ternampak jantung pisang terjojol. Memang tak sangka. Sebab tuan tanah jarang keluar ke back yard yang berpagarkan zing tu. Jadi tak nampak la sangat perkembangan kat belakang tu…
Cantik jgk si Jantung ni

Selalunya bila pak ya mai ja, baru la tuan tanah join bersihkan rumput rampai kat belakang tu..
Rupanya daah..beranak-pinak

Beberapa minggu kemudian…
Dah keluar buah

Minggu lepas, nampak mcm masih muda, tapi kemarin alangkah terkejutnya burung2 dah dikendurikan dulu…

Tak pa kita berbagi rezeki

Nampaknya tuan tanah dah melalut dan membebel sana sini…tips tak keluar2 jugak lagi…hehehe….saja nak bagi suspen…

Ok2,

Ni dah nak sampai klimaks dah, tapi Tips ni pun ada cerita jgk…tak pa tuan tanah ringkaskan ja…

Menurut pak ya (pak cik yang selalu datang tolong mesin rumput) pisang nangka ni boleh di tuai SIKIT-SIKIT. Tak PAYAH tebang pokoknya. Ambik ja setakat nak makan harian. Sesuai pokok pun rendah ja, katanya. Tapi pisang lain tak boleh buat macam tu. 

Tapi petang semalam, bila tuan tanah pi tengok, sebahagian pisang dah kena kenduri. Tips Pak Ya tu tak tak boleh apply untuk kali ni. Tuan tanah tebang, ambik dan bedak2 kan pada kawan2…selesai…

Dah dibedak2

Pada sesiapa ada tanam pisang nangka boleh lah cuba Tips Pak Ya ni. Tuan tanah boleh namakan TIPS Pak Ya kot.

Selamat berkebun…


Wednesday, August 26, 2015

WW# - Bukan banana split…



Untuk kelainan, sesekali boleh cuba  simple dimple breakfast ni…

Boleh disediakan kurang dari 5 minit

Tapi pecaya lah, serius sedap! hehehe

Tuesday, August 25, 2015

Mexican Petunia ganti cosmos!…



Tuan tanah pilih Mexican petunia gantikan cosmos, untuk ditanam tepi garaj. Rasa macam renyah nak maintain cik cosmos yang manawan tu. Sebab nnnual flower ni. selalu kena back up dengan semaian baru…

Mexican petunia purple

Petunia jenis ni perennial, lebih tahan lama. Mudah jaga, senang hidup dan yang paling penting berbunga sepanjang masa. 

Mexican petunia pink

Tuan tanah cuma ada 2 jenis. Purple n pink. Yang purple, pokok dan bunganya lebih besar berbanding dengan petunia pink.

Pasu2 cosmos diganti dengan Mexican petunia

Kkkedua-dua jenis Mexican petunia ni memang memenuhi spek yang tuan tanah cari…kurang “kerja” tapi hasil boleh tahan menarik….hehehe


Thursday, August 20, 2015

Sampai…kucai pun dah bebunga



MasyaAllah…

Dah masuk Zulqaedah.

Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal sudah berlalu… Campur tolak, daaah 4 bulan blog ni berhibernasi…Lama sungguh, hinggakan kucai di laman pun sudah berbunga…

Ish ish.. pastu berangan nak jadi top blogger…hehehe….memang mimpi la

Bunga kucai

Since, ni la kali pertama tengok bunga kucai, tuan tanah ambik kesempatan ini untuk rekod kebun.. Boleh ka makan bunga kucai ni? Macam cantik ja

Harap2 ada yang masih ingat dengan tuan tanah.


Salam sayang untuk semua…