Sebelum
tu, biar tuan tanah cerita dulu macam mana pisang nangka ni boleh muncul di
laman kami.
Hasil pertama kebun
Tak
penah plan pun nak tanam jenis-jenis pokok macam pisang ni. Ya la kan, laman kami
secoet ja, rasa tak berapa sesuai untuk jenis spesis yang suka beranak pinak
macam tu. Takut tak terkawal.
Nak
jadikan cerita, tahun lalu kawan kami nak berpindah ke alor setar. So dia offer la kat
tuan tanah benih pisang nangka ni. Dia kata sayang nak tinggalkan kat kuarters
tu. Menurutnya lagi, pisang nangka ni jenis kacuk pisang raja. Pokok tak besar
sangat. Cepat berbuah.
Sebelum
ni, dia selalu jugak bawakan pisang nangka ni pada kami. Rasa dia memang lain
sikit, berbeza dengan pisang nangka yang biasa dimakan sebelum ni.
Jatuh
hati pulak tuan tanah dengan spek yang diceritakan tu. Sebab tuan tanah memang penggemar
tegar pisang nangka…hehehe…
Jadi,
tuan tanah pun setuju la terima sepokok. Pokoknya kecik ja. Belum berdaun pun.
Tuan tanah tak berapa harap sangat la akan hasilnya. Cuba ja dulu.
Tuan
tanah ambik dan terus tanam kat back yard. Pastu biar tak bekisah harapkan
hujan ja. Baja apa pun tak penah boh. Nasib baik masa tu musim hujan. Hidup la
pisang ni membawa diri…
Subhanallah,
Dalam
tempoh beberapa bulan, lupa nak rekod..terkejut nya bila, ternampak jantung
pisang terjojol. Memang tak sangka. Sebab tuan tanah jarang keluar ke back yard
yang berpagarkan zing tu. Jadi tak nampak la sangat perkembangan kat belakang
tu…
Cantik jgk si Jantung ni
Selalunya
bila pak ya mai ja, baru la tuan tanah join bersihkan rumput rampai kat
belakang tu..
Rupanya daah..beranak-pinak
Beberapa
minggu kemudian…
Dah keluar buah
Minggu
lepas, nampak mcm masih muda, tapi kemarin
alangkah terkejutnya burung2 dah dikendurikan dulu…
Tak pa kita berbagi rezeki
Nampaknya
tuan tanah dah melalut dan membebel sana sini…tips tak keluar2 jugak lagi…hehehe….saja
nak bagi suspen…
Ok2,
Ni
dah nak sampai klimaks dah, tapi Tips ni pun ada cerita jgk…tak pa tuan tanah
ringkaskan ja…
Menurut
pak ya (pak cik yang selalu datang tolong mesin rumput) pisang nangka ni boleh
di tuai SIKIT-SIKIT. Tak PAYAH tebang pokoknya. Ambik ja setakat
nak makan harian. Sesuai pokok pun rendah ja, katanya. Tapi pisang lain tak
boleh buat macam tu.
Tapi
petang semalam, bila tuan tanah pi tengok, sebahagian pisang dah kena kenduri. Tips
Pak Ya tu tak tak boleh apply untuk kali ni. Tuan tanah tebang, ambik dan
bedak2 kan pada kawan2…selesai…
Dah dibedak2
Pada
sesiapa ada tanam pisang nangka boleh lah cuba Tips Pak Ya ni. Tuan tanah boleh
namakan TIPS Pak Ya kot.
Selamat
berkebun…
10 comments:
Enjoy tuan tanah dgn pisang nangka ya... alhamdulillah.
Kalau ikut tips Pak Ya mahu sesisir Ana dan keluarga makan, sesisir mak/pak burung sekeluarga makan. Betul-betul kongsi tu Ana:)
Jadi baik tebang terus buah pun dah matang dah.
Ada ke anak pokoknya....macam berminat nak tanam :)
suka sangat pisang nangka ...sedap digoreng....
banyak anak-anaknya tu....geram tgk:)
Pisang nangka...siapa la yang mereka nama pisang ni...
wah...subur nampak tu...beranak pinak...rezeki...tak termakan nanti ni..
Brape lama tempoh keluar bunga hingga buah boleh msk? Pokok jauh dr rumah.
Brape lama tempoh keluar bunga hingga buah boleh msk? Pokok jauh dr rumah.
Berapa lama tempoh petik pisang ni
Pisang nangka kita buahnya manis dan kenyal...suka sgt
Post a Comment