Monday, December 30, 2013

Marigold tengah meriahkan laman…


Sudah kembang. Ceria. Cukup meriah. Menyusul mengiringi bunga matahari. Kalau bunga matahari kembang tinggi ke atas, marigold menemaninya di bawah…
 
Marigold debut!!!!

Marigold ni datang jauh dari Sarawak, seeds .kiriman blogger hijautangamKembhoJa… Kalau kak kemBhoJa baca n3 ni tentu suka, tengok marigold dia dah tersebar ke Alor Setar…tima kasih banyak2
 

Sunflowers kembang tinggi di atas
 

Marigold meriahkan di bawahnya

Dalam kotak Styrofoam tu ada sunflowers, ada keledek, cili api dan termasuklah marigold. Kononnya nak maksimumkan hasil tanaman. Ada bunga, ada ubi dan ada cili…

 

 

Wednesday, December 18, 2013

RABU KURANG KATA2 : Warna-warni pagi ini


Jadi penghias…dengan keunikan tersendiri…
  

Hisbiscus rosa sinesis


Giant sunflower

 
Telang biru (multilayer)

 
Yang ni tak tau nama….tapi jenis roses

 

 

 

Tuesday, December 17, 2013

Up-date #2 : Peperomia pellucida – subur dalam pembalut susu


Minggu lepas dah cuba makan Peperomia pellucida/ketumpang air/sirih cina sebagai ulam cicah sambal belacan… memang sedap..boleh letak sebaris dengan pegaga dan ulam raja!

Rasa rugi betul selama ni dok cabut buang je…Lebih2 lagi diketahui pulak tentang kelebihan khasiatnya!

Lepas ni tak akan biar tumbuhan ini tumbuh terbiar melata ditepi2 pasu atau tepi longkang….

Siap buat operasi…mencari dan kutip anak2 pokok peperomia untuk cuba tanam dengan lebih proper. Tapi tanam dalam bekas pembalut susu je pun (sambil2 kitar semula barangan terbuang)


Macam berserilah sikit dari dok celah2 batu ….

  
close up sikit, bagi nampak daun2 yang bersinar tu
 
Nampak subur…tapi tak tau lah tentang nilai khasiatnya, sama ada berkurangan berbanding dengan tumbuh meliar dalam habitat asalnya

Wallahuallam.

Sunday, December 15, 2013

Yang muncul pagi ini…


Edible Russian giant sunflower ni seolah-olah sedang tersenyum…. Cukup memikat hati.

Belum kembang sepenuhnya…3 lagi sedang menunggu…

 
Imej petang semalam…

Monday, December 9, 2013

Peperomia pellucida - sebelum ni dok dicabut buang je

Disangkakan rumpai. Memang banyak tumbuh kat laman. Bertenggek dalam pasu-pasu tanaman lain.

Tetiba je muncul dalam pasu

Ingat tumbuhan pengacau, selalunya pokok ni dicabut dan dibuang jauh-jauh….Betul-betul kurang ilmu tentang tumbuh-tumbuhan ni. Nasib baik dengan lawatan ke kebun kawan-kawan bertambah lah sikit ilmu tentang edible plant ni..

Peperomia pellucida atau dikenali juga sebagai ketumpang air/sireh cina tumbuh sendiri dicelah-celah batu bata dan ditepi-tepi pasu. Cukup subur, walau pun tak dibaja!

Hidup subur di celah-celah batu

Subhanallah, tumbuhan berbatang berwarna seolah-olah silver dan daun bersinar ini rupanya sejenis herba yang tinggi khasiatnya. Cukup baik untuk merawat atritis dan sakit sendi.

Lepas ni akan cuba dituai. Tapi tak tahu nak masak apa yang sesuai… sebagai percubaan pertama ambik jalan selamat masukkan dalam telur dadar!

 

Monday, December 2, 2013

Nampaknya Pokok Cili Api tumbang lebih produktiF!!!


Akhir-akhir ni cuaca tak menentu. Hujan lebat, angin kencang dan ribut kerap jugak berlaku..

Faktor alam ini turut memberi kesan kepada tanaman kita. Kadang tu anak benih semaian ranap, pasu-pasu terbalik, ranting pokok patah, pokok rebah dan sebagainya..

Sebulan lepas (satu-satunya) pokok cili api kat belakang rumah tumbang di pukul angin kencang! Tersadai…

Nak tegakkan semula takut pangkalnya patah…jadi biarkan dalam kedudukan melintang!

Dibiarkan condong

Ingat pokok cili tunggu masa saja lah…tapi sebaliknya yang berlaku…

Setelah dibiarkan beberapa minggu Nampak tunas-tunas baru tumbuh sepanjang batang pokok tersebut.

Tunas-tunas baru

Perkembangan amat memberangsangkan…tunas2 tersebut sudah berbunga dan berbuah sampai ke umbi!

Bunga dan buah dari tunas baru

Kalau macam ni ada baiknya pokok ni di “rebah”kan supaya dapat lebih banyak buah…ngeee!!

 

Wednesday, November 27, 2013

Rabu Tanpa Kata : Tomatillo menjadi-jadi


Subhanallah…

Uniknya buah tomatillo

 
Bergayut-gayut

 
Tengah galak berbunga

Monday, November 25, 2013

Thyme vs rosemary – cutting dari TESCO


Thyme dan rosemary ni ditanam dari keratan yang dibeli dari TESCO(harga tiap satu hanya RM1.99). Rosemary tu ditanam dah lebih dari sebulan, thyme pulak baru dalam 3 minggu. Kedua-duanya nampak segar. Melihat dari prestasi percubaan awal ini rasanya rosemary dan thyme agak mudah ditanam dari keratan batang.

Thyme & rosemary ni, kedua-duanya ditanam dengan keratan dari Tesco

Tak macam rosemary, thyme susah nak jumpa kat nursery sekitar Alor Setar. Jadi cuba tanam keratan segar dari TESCO. Thyme ni sebenarnya percubaan ke 2, setelah yang pertama mati selepas beberapa hari dipindahkan ke pasu baru. Lepas ni rasanya nak biarkan saja thyme tu dalam pasu kecik sampai pokok betul-betul stabil. Harap percubaan kali ni berjaya!

Kedua-duanya herba ini selalu digunakan dalam perapan daging/ayam. Gandingan cocok ini mampu membangkitkan aroma dan menambah perisa dalam masakan kedua-dua jenis protein ini.

Wednesday, November 20, 2013

Tuesday, November 19, 2013

Nasi oats biru TeLang

Sejak telang berbunga, boleh dikatakan hari-hari kutip! Jarang miss! Tambahan pulak telang berlapis pun dah mula berbunga. Cukup cantik!

Sebagai mempelbagaikan kegunaan telang, tuan tanah cuba masukkan ke dalam nasi oats. Macam rugi tak manfaatkan sepenuhnya, keindahan dan khasiat beta-carotene yang tinggi dalam warna bunga biru ni .

Nasi oats biru

Bahan-bahan:

Semangkuk bunga telang, setengah cwn rolled oats & susu boleh diganti dgn santan!

Bunga telang segar (kisar), rolled oats, beras, susu segar/santan, halia dan bawang putih. Sesuai dimakan dengan sambal tumis udang/bilis atau untuk kurangkan cholesterol level boleh berlaukkan ayam panggang dengan salad mentah je!

Nasi ni, sedap jugak dimakan begitu saja…
 
 

Thursday, November 14, 2013

Siasatan selesai, culprit tertangkap hari ini


Sepandai-padai belalang terbang akhir tertangkap jugak!!!! Eeeiii geramnya…Licin daun bunga raya dimamahnya…tinggal batang ja…sedih, sedih….

Selamba je si belalang kunyit ni, macam tak bersalah

Tengok tu tinggai batang…habis daun dikunyah!!!


Tapi, dek terlalu tamak, dah kekeyangan tak larat nak terbang!. Sembur ja air jatuh tergolek ke lantai…

Monday, November 11, 2013

“Sayur dapur” yang paling senang ditanam


 
Selepas toge, rasanya daun bawang antara sayur dapur yang paling senang dihasilkan dari rumah. Kalau dalam peti ais pun boleh tumbuh, inikan pula berjumpa tanah walaupun dalam botol mineral!
 
Cukup senang, hasilkan daun bawang.

Boleh dikatakan hampir setiap hari kita menggunakan sayuran ini. Habis tidak pun, kita masukkan dalam telur dadar…

Tuaian daun bawang segar dari laman

Ketika memotong boleh terdengar kerapuhannya
 
Sayuan hijau ini agak mahal jugak jika dibeli dipasar…selalunya lebih dari RM1.00++. Kita boleh mengurangkannya dengan menanamnya sendiri. Tak perlu ada laman besar tak perlu beli pasu mahal-mahal. Cuma perlukan sedikit “potting soil” dan guna semula “bekas terbuang”, kita mampu sediakan stok sayuran ini sepanjang masa.

Daun bawang boleh dituai dalam masa 14 hari saja. Dan kita boleh jadualkan fasa penanamannya supaya kita sentiasa dapat menikmati daun bawang segar sepanjang masa! Kalau nak lebih cepat, pilih bawang yang dah hampir bertunas (kalau kat pasaraya selalunya bawang ni dah nak dibuang – harga amat murah)

Lebih kurang 2 minggu..sedia untuk dituai..
 
Paling menarik lagi sayuran ini sangat tahan. Boleh dikatakan ia tidak terjejas daripada serangan makhluk perosak. Walaupun sayuran disekelilingnya habis rongak tapi daun bawang tetap selamat.

Daun bawang juga boleh dijadikan tanaman penghalau!

 

Wednesday, November 6, 2013

Diam-diam karot…


Rasanya karot pun macam ubi…diam-diam berisi.

Karot ni sama “umur” dengan keledek tempoh hari. Keledek dah berisi dan sudah digali.

Patutnya karot pun dah berisi ni…tapi pasti!

Karot jenis paris market..

 Kalau ikutkan karot jenis ni ubinya bulat-bulat, tak memanjang seperti karot yang biasa kita tengok kat pasar atau pasaraya.

Tak berani nak gali lagi, takut belum matang. Sebab kalau dah cabut, tak boleh nak tanam semula untuk sambung proses tumbesarannya!

Jadi, macam mana nak tahu karot dah berisi? Pada sesiapa yang ada pengalaman tolong share ya…

Tima Kasih

 

Monday, November 4, 2013

Tips mudah hasilkan sayuran hijau dari ruang dapur…


Cukup senang. Kita boleh hasilkan cambahan hijau (green sprouts) dari biji sayuran yang dibeli dari pasar. Salah satu biji labu..

Jadi, kalau beli labu jangan buang bijinya…Sayang. Manfaatkan sepenuhnya anugerah alam yang tak terhingga ini. Asingkan biji dan keringkan. Simpan.
 

Cukup murah dibeli dari Giant, hanya RM0.99 shj

Jika ada kelapangan, boleh cambahkan sebagai sprouts hijau. Sprouts labu!. Dengan sedikit usaha je, kita dah boleh hasilkan sendiri sayuran hijau yang berkhasiat.  Tak perlu ada tanah yang luas, jentera yang canggih, kita hanya boleh hasilkannya dalam bekas-bekas kecil di ruang dapur kita sahaja.

Seronok buat sprouts ni….sat saja dah boleh tuai sayuran hijau. Senang, ringkas dan cepat. Kos? “Tersangat minima”

Jom kita mulakan!!!

Masukkan sedikit tanah dalam bekas “terbuang” (reuse container), padat dan basahkan. Kemudian tabor rata-rata biji labu ke dalamnya, dan tutupkan dengan kertas surat khabar yang telah dibasahkan.

Bekas cambahan dibalut surat khabar basah!

Letakkan bekas tersebut ditempat gelap selama 2 malam. Dalam tempoh itu, periksa bekas cambahan dan sembur air bagi mengekalkan kelembapan.
 
Cambahan pada hari ke-3, telah bersedia menerima cahaya

 
hari ke-5
  
Dalam masa seminggu dah boleh tuai.
 
Selepas seminggu, dah boleh tuai..

Cukup mudah. Temukan mereka dengan tanah, air dan cahaya, ia akan bekerja mengikut fitrah masing-masing.

Jika direnungkan…ternampak dalam biji-biji halus tersimpan daun, dan jika tidak dituai akan terus membesar, berbunga dan buah…kering dan menghasil benih semula…

Melengkapkan satu kitaran yang amat menakjubkan!!!!

Tabarakallah..

 

 

Thursday, October 31, 2013

Tips mudah ini memang berkesan


Jika mahu kekalkan laman organik, tips ini boleh membantu. Kita boleh bebaskan tanaman kita daripada makhluk perosak tanpa menggunakan racun serangga. Kita boleh halau mereka dengan semburan air rendaman cili kering.
 
Sambil masak pun boleh sediakan “semburan penghalau”

Air rendaman cili ini ditapis dan masukkan ke dalam botol penyembur, dan sembur 2 kali sehari kalau kes serangan serius atau seminggu sekali bagi kes pencegahan! Sangat mudah dan tanpa melibatkan kos.

Ni kes parah, kena sembur 2X sehari

Tips ini didapati dari kebun Bandar. Tuan tanah dah cuba ke atas sayuran dan tanaman di laman memang berkesan.

Terima kasih kebun Bandar kerana berkongsi maklumat berharga ini dan minta tunjuk ajar…terima kasih daun keladi, sudi-sudi lah berkongsi lagi…

Selamat mencuba

Monday, October 28, 2013

Kek bunga telang


Kagum sungguh dengan kecantikan bunga telang. Warnanya biru sempurna. Dah lah cantik boleh dimakan pulak tu…

Kebelakangan ini telang berbunga makin lebat. Tak putus-putus. Bunga telang berlapis pun dah mula berbunga. Ingat kutip dan kumpul untuk dikeringkan. Hajatnya nak jadikan powder. Boleh guna untuk pewarna makanan. Pewarna semulajadi yang penuh khasiat!

Tapi tak sabar tunggu powder, kemarin mai angin kus kus cuba buat kek bunga telang segar. Bunga telang dicincang kasar-kasar dan masukkan dalam adunan kek. Tapi warna biru tak ketara sangat. Mungkin kalau guna powder warna biru tu lagi “outstanding” kot!

Kek bunga telang tanpa solekan, biar nampak ori!


Nampak “rustic” tapi rasanya boleh tahan jugak lah

 Bunga telang amat kaya dengan flavanoids dan carotenoids yang sangat diperlukan untuk kesihatan. Ia juga dipercayai baik sebagai tonik otak.

 

Thursday, October 24, 2013

Rasa dan bau “sebijik” macam serai.


Memang boleh gantikan serai….

Minggu lepas tuan tanah cuba ber-eksperimen TOMYAM dengan serai versi baru ni!

Serai versi baru – dikenali sebagai serai acheh…(mungkin berasal dari aceh kot,  tuan tanah tak berapa pasti)

 
Setelah 8 bulan ditanam, nampak semakin berkembang biak. Subur. Dan yang paling best nyer ia amat mudah dituai..

Sebenarnya, serai ini amat popular di kalangan masyarakat thai. Tomyam di restoran thai memang guna serai jenis ni.
 
Tak kurang perisa serai dalam tomyam (ikan) ni
 
Di mana serai di antara bahan utama dalam masakan tomyam. Kalau plan nak masak tomyam, tapi kalau tak dak serai, memang tukar menu lah jawabnya, kan? Sebab kelazatan tomyam banyak bergantung kepada perisa serai.
 

Tuaian untuk tomyam

 Bezanya kalau serai biasa, kita gunakan batangnya tapi serai ni kita boleh guna batang dan daunnya sekali.

Apabila dicuba tomyam ni, rasa serainya tidak ada beza dengan serai yang biasa. Malah rasa manis serainya lebih lembut…serius sedap!

Serai aceh ni memang boleh dijadikan pengganti….

Sebelum ni tuan tanah tak pernah tanam serai kat laman memandang pokoknya yang susah diuruskan dan memerlukan ruang yang agak luas. Dan paling tuan tanah gerun daunnya yang sangat tajam!

Tapi sekarang tidak lagi, dah ada koleksi serai di laman.

 

 

Wednesday, October 23, 2013

RABU TAK TERKATA : Apa dah jadi dengan red n ruffles basil ni?

 

Angkara si siput ke atau si ulat ni?

 

 

Monday, October 21, 2013

Tomatillo mula berbuah lebat…


Macam tak percaya. Terkejut pun ada. Bila balik dari raya haji minggu lepas, nampak buah tomatillo dah banyak

Ditanam dalam dustbin terbuang, tak sangka pulak pokok tomatillo ni, besar!

Terkejut tu bukan apa, sebab pokok tomatillo yang satu ni sangat susah nak ditanam. Semai berbulan tak muncul-muncul. Ingat dah nak lupakan tanam tomatillo ni.
 
Tapi rezeki melihat dan tanam sediri pokok tomatillo masih ada. Masa nak clear kan pasu-pasu semaian, ternampak 2 pokok kecil terselit ditepi pasu (spt penah dicerita dalam post sebelum ni). Dibiarkan besar, tapi satu pokok mati diserang bena putih dan tinggal lah yang satu ni. Subur.

Teruja…

Tertunggu-tunggu perkembangannya… keluar bunga pertama, gugur… tunggu lagi bunga kedua… gugur…dan seterusnya.. Tapi akhirnya muncul jugak buah sulung...

Buah pertama dari satu-satunya pokok yang berjaya hidup

Selepas buah pertama, disusuli dengan bunga yang lebat…. Dan lepas ditinggalkan bercuti ari tu, tengok dah makin lebat… Syukur… tak sabar rasanya, nak tuai dan nak rasa tomatillo segar dari laman..
 

Tuesday, October 15, 2013

SALAM IDUL ADHA

Syukur, kita masih diberi peluang menyambut Idul Adha...

Moga semua saudara kita yang sedang menunaikan Ibadat haji mendapat HAJI MABRUR dan kita semua mendapat keampunanNYA..Amin


pic - google

Selamat Berkorban

Sunday, October 13, 2013

Tuaian sambal belacan


Cili api, limau kasturi dan Genovese basil. 3 biji limau kasturi tu tuaian sulung dari laman. Dan Genovese/Italian basil sebagai ulam cicah sambal belacan.
 
Tuaian sambal belacan hujung minggu

Daunnya yang tebal dan rasanya yang agak “manis” serta baunya yang harum cukup sedap untuk dijadikan ulam.

Tak sangka pulak basil jenis ini agak mudah hidup dan subur.

Genovese/Italian basil dah mula berbunga…

Bunga basil muda katanya lebih sedap…

Kalau lah Italian baca entri ni sure depa menangis terguling-guling punya, tengok cara orang Malaysia makan basil ni…cicah sambal belacan! hehehe

Wednesday, October 9, 2013