Thursday, March 26, 2015

Kerabu UlaM RaJa




Kerabu ulam raja versi utara

Dalam cuaca yang terlampau panas ni, nampaknya pokok ulam raja yang masih hensem di laman. Menghijau subur dan tak pedulikan panas… tapi kena siram la.. Pucuk-pucuknya memang gebu…

Tuaian pucuk ulam raja

Tetiba teringat kerabu ulam raja arwah MIL. Masih dok terasa keenakannya. Kerabu versi utara. 

Meh kita layan resipi…

Bahan2…tentunya kena ada ulam raja, heroin of the dish kan…asam limau nipis, kelapa parut, cili merah or kalu nak pedas boleh boh cili api, sikit belacan dan garam, bawang merah. 

Caranya cukup simple. Tumbuk semo bahan-bahan tu dan gaulkan dengan pucuk ulam raja yang telah dihiris halus. Dan perahkan asam limau nipis. Dah. Best dimakan dengan nasik panas-panas. Tak da lauk pun ok!

Bagi orang macam tuan tanah, yang suka pada resipi ringkas-ringkas boleh la cuba…memang tak menyesal…


Wednesday, March 18, 2015

WW#: Sayang nak dibiarkan Melur layu di laman




Jadikan,
Penghias meja
Dan,
Bunjut melur - Pewangi kereta

Melur tak jemu dipandang….
Subhanallah.


Monday, March 16, 2015

Musim melati…



Melati atau melur. Bunganya putih berseri. Wangi semerbak. Terdapat berbagai jenis bentuk bunga. Tapi paling meriah melati “single layer”. Berbunga sepanjang tahun. Tambah-tambah dalam cuaca panas seperti sekarang ni. Dan ia lebih wangi. Dari jauh pun boleh terhidu wangiannya. 

Kuntum-kuntum Melati dari laman

Gugusan-gugusan bunganya menyejukkan, dan dapatlah mengimbangkan keperitan bahang haba dari pancaran terik matahari.

Melati “single layer”

Ada satu jenis lagi melati kat laman kami, bunga macam roses. Tapi bunganya tak lebat sangat. Sekuntum sekuntum saja. Tapi ia sangat cantik menawan. Ia jugak disebut sebagai Duke of Tuscany. Kembangnya sangat dinanti-nanti…

Duke of Tuscany

Muncul dicelah-celah ranting

Tabarakallah.



Thursday, March 12, 2015

Alahai BetiK SeKaki ku…



Benih betik sekaki ni dibeli dari tanamsendiri.com. Setelah lebih dari setahun menunggu…beginilah hasil nya…Comei ja buah pertama ni, bersaiz sebesar buah mempelam

Dapat jugak merasa betik sekaki dari laman sendiri

Beratnya tak sampai 200gm

Daripada 5 pokok yang tumbuh hanya sepokok ni ja yang hidup. Tu pun tak berapa nak subur. Mungkin tanah belakan rumah ni kurang nutrient. 

Betik sekaki tinggi melidi

Buah sulung cenonet yang dah ranum

Lepas  mengeluarkan buah 5 biji! Dah tak Nampak bayang pokok betik ni nak berbuah lagi... Mungkin cuaca yang terlampau panas di utara ni, menyebabkan bunga-bunga betik mengering selepas kembang!!!

2 pokok terbaru cuba ditanam dalam pasu. Katanya jenis betik ni, sesuai ditanam dalam pasu. Dua2 pokok ni nampak macam subur ja.

Pokok ni dah nampak bunga2 kecil

Tapi yang ni belum lagi



Mudah-mudahan ia berbuah lebat. In Shaa Allah. Amiin.



Wednesday, March 11, 2015

WW# - Tuaian wangian laman pagi ini…




Akardani dan melur

Semerbak wangian semulajadi