Thursday, March 12, 2015

Alahai BetiK SeKaki ku…



Benih betik sekaki ni dibeli dari tanamsendiri.com. Setelah lebih dari setahun menunggu…beginilah hasil nya…Comei ja buah pertama ni, bersaiz sebesar buah mempelam

Dapat jugak merasa betik sekaki dari laman sendiri

Beratnya tak sampai 200gm

Daripada 5 pokok yang tumbuh hanya sepokok ni ja yang hidup. Tu pun tak berapa nak subur. Mungkin tanah belakan rumah ni kurang nutrient. 

Betik sekaki tinggi melidi

Buah sulung cenonet yang dah ranum

Lepas  mengeluarkan buah 5 biji! Dah tak Nampak bayang pokok betik ni nak berbuah lagi... Mungkin cuaca yang terlampau panas di utara ni, menyebabkan bunga-bunga betik mengering selepas kembang!!!

2 pokok terbaru cuba ditanam dalam pasu. Katanya jenis betik ni, sesuai ditanam dalam pasu. Dua2 pokok ni nampak macam subur ja.

Pokok ni dah nampak bunga2 kecil

Tapi yang ni belum lagi



Mudah-mudahan ia berbuah lebat. In Shaa Allah. Amiin.



13 comments:

Honey said...

Salam Ana,

Kenapa namanya sekaki? Pokoknya tinggi sekaki aje ke? Hahaha.

Sekali pandang bentuk dan size nya mmg macam mangga kan? Tapi buah yang kat atas tu dah besar.. Seronok makan hasil tanam sendiri kan?

Kakzakie said...

Buah sulung kecik Ana. Nanti kena yg kedua-ketiga dan seterusnya labih besar. Itu biasanyalah...

Biji benih dah ada boleh semai lagi bebanyak. Bila dah mula buah memang tak berhenti tau Ana. Puaslah makan lepas ni:)

AMIIZAA said...

salams,

nampak mcm sedap sgt:):) kuning warnannya...

Normala Saad said...

Buah betik pun dah nampak macam mempelam...

Normala Saad said...

Buah betik pun dah nampak macam mempelam...

Normala Saad said...

Buah betik pun dah nampak macam mempelam...

TukangKebun said...

Masalah tukang kebun kalau tanam betik sekaki wah banyak mulut-mulut boleh ngap dikerjakan seperti angsa.
Bela yang tinggi-tinggi pula selalu lupa nak dongak dapatlah kat burung dan tupai.

Bunda a.k.a KN said...

Yang masak ranum ni memang nampak macam buah mempelam....tapi yang tiga kat pokok tu berlainan saiz pulak yea?

Coffee And Diary said...

Comel nya buah dia... Kulit nampak mcm mangga.

Blogwalking. Selamat berkenalan

Julie M said...

Assalamualaikum Kak @na,
comelnya buah betuk tu. Pokok pun taklah tinggi sangat kan..

@na said...

1. Honey
Wassalam. I pun tk pasti la honey..kami ingatkan pokok betik ni tinggi sekaki ja...hehehe

2. Kakzakie;
Kecik sangat la kak, tapi betui gak nmpk yang kat atas tu besar la sikit hehehe...
miss n3 kakzakie la

3. AMIIZAA;
Wassalam miza..
Alhamdulillah rasanya manis sangat..

4. Normala Saad;
Tu la kak mala, mmg saiz dan bentuk macam buah mempelam tapi rasa masih macam betik...hehehe

5. TukangKebun;
kalau pokok banyak tak pa diana, kami hanya baru sepokok ni ja...tu yg dok teruja sangat ni hehehe

6. Bunda a.k.a KN;
Buah pertama ni sgt kecik, tapi 4 biji lagi tu nmpk la mcm buah betik kan bunda?
Cukup aneh ciptaanNYA

7. Coffee and Dairy;
memang comei....kan
terima kasih sudi singgah...

8. Julie M;
Wassalam julie..pokok pun dah semakin melidi ni julie hehehe

Hazlina Zakiuddin said...

Memang lambat ke nak lekat buah? Saya punya dah berbunga tp asyik gugur

Shamila Mila said...

TEKNOLOGY NANOSPADA
Kami ada beberapa produk yang boleh membantu anda untuk mengapuskan bakteria dan kulat dan bagi perlingungan sepenuhnya pada tanaman anda. Produk kami untuk diedarkan ke pasaran dapat memberi kesan yang amat bagus pada penjagaan tanaman dan peningkatan hasil.

Untuk keterangan lanjut sila klik link blogger kami : http://blogperlindungantanaman.blogspot.my

Untuk tempahan produk atau pertanyaan sila sms atau whatsapp ke no telefon : 01120205784(Cik Mila)