Tuesday, June 21, 2011

Ingat mati - motivasi diri paling dinamik

Motivasi  Pagi Radio Ikim 21/6/11 - Mengingati Mati.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati....
Di antara peringatan yang sempat dicatat dari motivasi pagi tadi:

  • Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik sahaja kita dilahirkan ke dunia ini. Setiap hari kita semakin menghampiri saat yang setiap orang mengelakkan diri daripadanya iaitu ‘mati’
  • Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Kerana kematian bukannya satu pengakhiran sebuah kehidupan, malah bermula satu penghidupan yang kekal untuk selamanya di alam akhirat. Proses kematian merupakan suatu proses yang menyamai proses kelahiran iaitu perpindahan kita dari alam rahim ke alam dunia. Begitu juga dengan kematian perpindahan dari alam dunia ke alam barzah, mahsyar seterusnya ke hari perhitungan sama ada ke syurga atau ke neraka (nauzubillah) yang kekal selamanya.
  • Ingat mati merupakan satu motivasi yang paling dinamik bagi semua orang. Kerana kita tidak mengetahui tarikh kematian kita sendiri, walaupun telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak kita dalam kandungan ibu lagi. Jadi bagaimana ia dikatakan sebagai suatu yang dinamik? Kerana kita seharusnya kena sentiasa berwaspada dengan saat tersebut. Saat itu akan tiba tanpa ada amaran awal.. Jadi, seseorang itu tidak mungkin akan bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara baik dalam ibadah maupun kerja2 seharian bimbang KALAU-KALAU tidak SEMPAT UNTUK MENYEMPURNAKAN!!!
  • Dengan mengingati mati kita tidak tegar untuk melakukan dosa!. Dosa merupakan racun yang akan memusnahkan diri yang membuat kita jauh dari ketenangan. Tenang merupakan Nikmat Allah yang paling besar yang harus kita syukuri. Malakukan dosa kita bukan sahaja kita menentang Allah SWT tetapi sebenarnya kita menentang diri sendiri. Melakukan dosa kerana kita sudah tidak mahu lagi menyanyangi diri sendiri dan sanggup menghantar diri untuk menerima azab api neraka Allah (nauzubillah)
  • Dengan mengingati kematian kita sentiasa takut dan segera bertaubat untuk memohon pengampunan Allah dari segala dosa-dosa yang kita telah lakukan secara tidak sengaja maupun dengan sengaja. Dan bertaubat di atas taubat yang telah kita lakukan.
Renungan ini untuk mengingati diri sendiri, di samping berkongsi dengan semua untuk saling ingat-mengingati. Hanya pengampunan dan kasih sayangNYA yang mampu buat kita semua bahagia di SANA….

Tuesday, May 31, 2011

Risau Membawa Stress - Tip Pilihan Irfan Khairi

Pernah tak anda merasa stress atau tension? 

Punca utama stress datangnya daripada kita "risau" sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit

Ada research mengenai "risau" mengatakan:
  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
  • 12% orang risau tentang kesihatan
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
  • Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!
Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!

Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita.


Sumber: kotak emel dari – Irfan Khairi

Thursday, May 12, 2011

CATATAN PAGI KHAMIS dari RADIO IKIM

Semasa memandu ke pejabat pagi tadi, sempat mendengar tazkirah dari corong radio IKIM…. tazkirah mengenai Ganjaran segera (COD) dari rezeki atau kebajikan yang diinfaqkan dengan penuh keikhlasan …

Sedikit sedutan tazkirah yang sempat dicatat:

Satu rezeki atau kebajikan yang disedekahkan akan dibalas dengan gandaan 10 rezeki atau kebajikan. Ini adalah janji Allah kepada orang yang beriman kepadaNYA. Janji Allah adalah benar.

Ustaz membawa kisah benar yang pernah berlaku kepada sahabatnya.

Ceritanya begini:

Ibu sahabatnya itu telah menalipon anaknya (sahabat ustaz) untuk berhutang duit sebanyak RM2000.00 Tanpa banyak soaljawab sahabatnya ini bersetuju untuk memberikan wang sejumlah tersebut kepada ibunya…

Beliau segera ke bank untuk mengeluarkan wang.. Tetapi didapati baki dalam akaunnya hanya tinggal RM500.00, iaitu baki yang ada setelah ditolak semua hutang-hutang pada bulan tersebut! Dia berfikir panjang bagaimana mungkin untuk mencari wang yang diperlukan ibunya itu!...

Jalan terakhir dia telah berjumpa kawan karibnya minta untuk berhutang wang RM2,000.00 untuk diberikan kepada ibunya… Alhamdulillah kawannya itu menunaikan hasrat beliau dengan memberi pinjam wang tersebut…

Kemudian beliau segera memberikan wang tersebut kepada ibunya..

“Wang ni mak pinjam dulu untuk bayar kos rawatan pembedahan mata adik kamu yang kemalangan, dan perlu rawatan segera dengan kos RM2,000.00” jelas ibu beliau

“MashaAllah, mak kalau inilah tujuan mak, mak tak perlu bayar pun pada saya. Mak ambik lah duit ni” balas beliau…

Keesokannya dia bertolak pulang, sesampai saja beliau ke rumah alangkah terkejutnya beliau didatangi kawan lamanya yang sudah 10 tahun tak jumpa…

Dan kawannya itu datang semata-mata untuk membayar hutang sebanyak RM20,000.00 yang telah dipinjamkan 10 tahun dahulu.

Dia mampu mengucap syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa..

Kesimpulan, benarlah satu sedekah atau kebajikan yang dibuat dengan ikhlas akan digandakan dengan ganjaran 10 kali oleh Allah swt, dengan kadar segera tanpa tanguh-tangguh!!!



Wallahullam.

Wednesday, March 9, 2011

Hadiah hari jadi….

Alhamdulillah. Syukur.
Di pagi ini, jantung masih berdegup dan bernafas. Masih diberi kudrat minda untuk berfikir. Mata masih berkelip. Lidah diberi rahmat mengucap kalimah dan juga dapat merasa sedap makanan kegemaran.. Tangan dan jari jemari diberi peluang bergerak dan mampu menguruskan diri. Kaki masih mampu berdiri dan berjalan. SYUKUR YA ALLAH.

Dan INI LAH hadiah yang paling besar, masih diizinkan hayat untuk berpeluang berada di sini..

Moga:
Diizinkan umur dalam keimanan;
Diizinkan rezeki yang halal; dan
Kesihatan yang baik..

 TERIMA KASIH YA ALLAH MEMBERI RAHMAT YANG TIDAK TERHITUNG INI SEBAGAI “HADIAH HARI JADI”  walaupun aku sentiasa lalai daripada mensyukuriMU.

Tuesday, February 15, 2011

Keputeraan Insan Mulia

Salam Maulidur Rasul...


Insan Mulia Pembawa Rahmat Sekelian Alam. Pembawa Harapan bagi orang yang berharap Rahmat Allah SWT....dengan janji SYAFAAT dari BAGINDA RASUL.


"Syafaat dari Rasullullah adalah adalah harapan bagi pelaku dosa besar untuk mendapat keampunan dari Allah SWT. Kerana Allah tidak melihat kepada bagaimana kita bermula, tetapi bagimana kita mengakhiri perjalanan hidup kita di dunia ini", terang Ustaz Ahmad Muhammad yang dipetik dari Program Al-Hidayah TV3, pada Ahad lepas.


"Jadi jangan sia-siakan peluang yang masih ada untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak", tambah beliau.
 Tambah beliau lagi,
"TIGA SYARAT UNTUK MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH SAW;   
1. Mencintai Rasulullah dengan menyakini ajarannya Tanpa berbelah bagi;
2. BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA sepanjang masa; dan
3. Mengikut Sunnah baginda".


Moga kita semua diberi kerahmatan agar LAYAK mendapat syafaat Rasulullah dan REDHA ALLAH SWT.


Mari sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammah SAW:

Saturday, February 5, 2011

Semangkuk suSu....

"Sebagai sumbangan kecil kita dalam membantu mempertahankan negara, saya minta saudara-saudara semua dapat menyumbangkan semangkuk susu seorang sebagai minuman tentera kita yang sedang berjuang mempertahankan tanah air kita ini", pinta penghulu kepada semua penduduk kampung dalam perhimpunan yang diadakan pada hari itu.

"Walaupun kita tidak sama-sama memikul senjata bersama mereka, sumbangan ini juga boleh membakar semangat  dan mempersiapkan tenaga mereka untuk terus juang untuk keselamatan kita semua", hujah penghulu bagi menarik kesedaran penduduk kampungnya itu. 

"Adakah saudara-saudara semua setuju dengan cadangan ini?, tanya penghulu itu untuk mendapat kepastian!

Serentak suara bergema memberi persetujuan..

Penghulu itu menarik nafas lega. Bangga dengan semangat dan pengorbanan anak buahnya.

"Kalau semuanya sudah bersetuju, pada sebelah malam ini saya akan letak sebuah tempayan besar di laman ini, dan saudara-saudara semua bolehlah memasukkan susu ke dalamnya. Dan esok pagi askar-askar kita akan datang meminumnya", jelas penghulu kepada anak buahnya. 

Bila malam tiba.....

Semua penduduk kampung mula datang untuk membawa susu untuk dikumpul dalam tempayan tersebut!!! Orang pertama, kedua, ketiga, keempat dan seterusnya datang mencurahkan 'susu' kedalam tempayan tersebut.

"Aah kalau aku bubuh semangkuk air bukannya terjejas rasa susu dalam tempayan ni", fikir orang pertama lalu mencurahkan 'susu' dalam tempayan itu.

"Bukan orang nampak pun kalau aku masukkan semangkuk air dalam tempayan ni, orang lain dah masukkan susu", orang kedua memasang strategi..

Begitu juga dengan orang ke tiga, ke empat dan yang seterusnya..

Keesokkan harinya....

Alangkah terkejutnya penghulu kampung itu, apabila diperiksa tempayan besar di laman rumah itu dipenuhi dengan AIR!!!!.....

Sketsa tragis yang telah berlaku di kampung ini, sebenar masih tebal dan sering berlaku dalam hidup seharian di mana-mana sahaja. Baik secara sedar maupun sebaliknya. Selagi setiap orang memandang remeh dengan sumbangannya sendiri, keadaan ini tidak akan berubah. 

Wallahuallam