Thursday, May 12, 2011

CATATAN PAGI KHAMIS dari RADIO IKIM

Semasa memandu ke pejabat pagi tadi, sempat mendengar tazkirah dari corong radio IKIM…. tazkirah mengenai Ganjaran segera (COD) dari rezeki atau kebajikan yang diinfaqkan dengan penuh keikhlasan …

Sedikit sedutan tazkirah yang sempat dicatat:

Satu rezeki atau kebajikan yang disedekahkan akan dibalas dengan gandaan 10 rezeki atau kebajikan. Ini adalah janji Allah kepada orang yang beriman kepadaNYA. Janji Allah adalah benar.

Ustaz membawa kisah benar yang pernah berlaku kepada sahabatnya.

Ceritanya begini:

Ibu sahabatnya itu telah menalipon anaknya (sahabat ustaz) untuk berhutang duit sebanyak RM2000.00 Tanpa banyak soaljawab sahabatnya ini bersetuju untuk memberikan wang sejumlah tersebut kepada ibunya…

Beliau segera ke bank untuk mengeluarkan wang.. Tetapi didapati baki dalam akaunnya hanya tinggal RM500.00, iaitu baki yang ada setelah ditolak semua hutang-hutang pada bulan tersebut! Dia berfikir panjang bagaimana mungkin untuk mencari wang yang diperlukan ibunya itu!...

Jalan terakhir dia telah berjumpa kawan karibnya minta untuk berhutang wang RM2,000.00 untuk diberikan kepada ibunya… Alhamdulillah kawannya itu menunaikan hasrat beliau dengan memberi pinjam wang tersebut…

Kemudian beliau segera memberikan wang tersebut kepada ibunya..

“Wang ni mak pinjam dulu untuk bayar kos rawatan pembedahan mata adik kamu yang kemalangan, dan perlu rawatan segera dengan kos RM2,000.00” jelas ibu beliau

“MashaAllah, mak kalau inilah tujuan mak, mak tak perlu bayar pun pada saya. Mak ambik lah duit ni” balas beliau…

Keesokannya dia bertolak pulang, sesampai saja beliau ke rumah alangkah terkejutnya beliau didatangi kawan lamanya yang sudah 10 tahun tak jumpa…

Dan kawannya itu datang semata-mata untuk membayar hutang sebanyak RM20,000.00 yang telah dipinjamkan 10 tahun dahulu.

Dia mampu mengucap syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa..

Kesimpulan, benarlah satu sedekah atau kebajikan yang dibuat dengan ikhlas akan digandakan dengan ganjaran 10 kali oleh Allah swt, dengan kadar segera tanpa tanguh-tangguh!!!



Wallahullam.

1 comment:

S..U..D..@..I..S said...

gandaan kebajikan ikhlas datang dengan x disangka sangka....
subhanallah.....

belum lagi menerima habuan camni...agaknya x cukup ikhlas kot no!...ana