Tuesday, May 14, 2013

Apa nak buat dengan buah limau purut?


Limau purut. Daunnya memang popular. Tom yam macam seolah tak menjadi tanpa daun limau purut. Dan kita boleh lihat daun limau dijual di pasar-pasar atau di supermarket.

Tapi, buahnya…macam kurang digunakan dalam menu masakan. Buahnya jarang dijual. Kebanyakan kita tidak menggunakannya. Tidak seperti limau nipis atau limau kasturi yang selalu digunakan dalam sambal belacan, dibuat jus dan sebagainya..

Buah limau purut yang sempat dipetik petang semalam


Buah limau purut cuma sekali sekala je dipetik.  Itu pun kalau rajin. Selalunya petik untuk buat syampu, cuci rambut! Tapi selalunya terbiar gugur ke tanah. Sayang.

Buahnya selalunya terbiar…tidak dipetik!
 

Sesiapa ada info tentang buah limau purut sila kongsikan bersama. Terima Kasih

  

24 comments:

lynnhelite said...

pokok limau purut lynn dah berusia 3 tahun tp daun jer lebat, tak nampak buah walau sebijik pun..Limau nipis kat belakang pun dah meninggi..dah setahun pun tak berbuah..keratan btg limau purut ambil dr rumah adik pulak mati...nasib, nasib..

ummuaidan said...

Benih limau purut tanam kat sini tak tumbuh2 ..btul tuh tanpanya tak sempurna tomyam jdnya..

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Daunnya memang banyak kegunaannya tapi buahnya?? Setahu Mak Aji buahnya memang orang cari untuk berubat kampung, mandi bunga dan sebagainya! Untuk masakan x taulah pulak ya. Sayang sungguh kalau gugur gitu aja!

Amal Hayati said...

potong 2.. letak di bawah2 pintu dapur pintu utama..elak ular masuk.. saya selalu amalkan..

@na said...

1. lynnhelite;
ooo ye ke lynn, pokok ni asyik berbuah je...lynn penah mkn tak buah limau purut ni?

2. ummuaidan;
pokok dia mmg susah idup sikit, tp kalu dh ok...cpt plk dia berbuah..

3. ummu madihah;
salam, tu la mak aji, sayang buah tu gugur mcm tu jer...mak aji tk da ko resepi guna asam limau purut ni..

@na said...

4. Amal Hayati;
ooo ya, tima kasih...kongsi info berharga ni...

zhafharina sabri said...

Kalau xsilap limau purut ni pn ade 2 jenis.satu jenis yg berbuah dan satu lg jnis yg mmg xberbuah..mmg ssh nk jmp jnis yg berbuah.kalau kt psr mhl juga buah limau purut ni..

Tiny garden said...

Kawan saya kata parutan tu dimasukkan ke dlm kuah sate. Kawan yg sama cakap pokok yg ditanam dari biji lebih lebat buahnya dari pkk kahwin/tut. Saya pernah semai biji2 dari satu buah limau purut, lambat nak cambah tapi bila dah tumbuh, berlambak2. Cuba ambil dan keringkan, offer kat sapa2 yg nak benihnya.

@na said...

5. zhafharina sabri;
maknanye ada male n female mcm pokok pepasan jgk...tima kasih sudi singgah dan berkongsi di sini..

6. Tiny garden;
mungkin kuah sate tu rasa lebih sedap, sbb buah limau purut cukup harum kan...InsyaAllah saya akan cuba keringkan...tima kasih.

nadia rashid said...

buah limau purut..biasa sy guna untuk cuci rambut...tapi kalau ada dandruff tu mesti pedih yang amat

@na said...

sama la nadia, kita guna utk cuci rambut je kan? bau dia mmg fresh!

seedandothersforsale.blogspot.com said...

Di Thai byk letak dlm tomyam jer..
selain tu..extraknya dpt buat ubat kena gigitan nyamuk. belah 2, sental kat siku, lutut, tumit..gerenti cantik! tak pyh susah2 beli krim.. masa mandi selain dr buat syampu (hilangkan dandruff)..sental kat bdn, blh hilangkan bau bdn

Awin said...

byk jugak buah limau purut. boleh buat dlm mandian atau sental kat kepala

S..U..D..@..I..S said...

Ooo sayangnya @na buah yang jatuh begitu saja, kalau rajin bawa bagi kawan2, saya beli kat market untuk kegunaan anak2 remaja khasnya, mandi bagi hilang bau badan kata pakar motivasi Yasmin Sidik

TukangKebun said...

Selalu buat campur mandi bila demam tu sahaja ilmu yang ada untuk berkongsi. Saya pun teringin nak tahu bagi yang dapat berkongsi ilmu.

Ibu Qistina said...

Salam @na,

Saya pun suka buat mandian...bau dia sangat menyenangkan ibarat aromaterapi. Mandi air suam letak limau.....tido mlm pun lena. :)

yan's cottage said...

yan selalu buat cuci kuku...nanti nanpak berih dan putih gitu....

eithusa said...

salam @na,
limau purut ni, biasanya ayah buat sy berubat kampung. memang susah nk cari pernah sekali mak sy beli dgn harga rm3.00 sebiji kecil, dengan orang india yg menjual bunga, mahal giler.

@na said...

8. @seedandothersforsale.blogspot.com;
tima kasih sudi singgah & kongsi info ni...lps tak beli losyen dah...jimat belanja...tq2

9. Awin;
lps sental dgn limau purut kepala rasa ringan n fresh kan awin..

10. S.U.D.@.I.S;
boleh2...InsyaAllah

11. Tukang Kebun;
ooo ye ke diana pasni boleh cuba...tima kasih dtg berkongsi.

12. Ibu Qistina;
natural aromaterapi...limau purut memang wangi...tak payah nak pi spa kan...dah save kan

13. yan's cottage;
tak tefikir plk nak cuci kuku...tima kasih yan

14. eithusa;
MasyaAllah mahal tu...tak sangka rupanya byk betul kegunaan buah limau purut ni...

suka suka said...

Assalam @na.. bolehla semai biji buah limau purut tu.. nak ngecek biji benih tu.. mana tau hidup pula dia..

@na said...

salam k mar, InsyaAllah...k mar emel je alamat ke anzaujah@gmail.com...bila ready sy htr..

maz said...

Sama lah yg kat rumah ni, berbuah lebat dan byk yg gugur ke bumi jer. ni pun mujurlah ada sedara yg dtg 2,3kali sebulan utk petik buah ni utk berubat katanya.

biasa kami gunakan limau purut sbg

- mandian campur dgn bunga2, macam mandi bunga tu.
- guna utk hilangkan hanyir ikan air tawar
- letak dalam stoking bila baby demam/selsema.biasa org guna lemon kan,ni guna limau purut pn berkesan. (gunakan apa yg ada kata org..hehe)
- jadikan ubat nyamuk. belah dua limau,cucuk bunga cengkih kat dalam tu. sy letak kat tepi tingkap.keberkesanan depends sebenarnya,tp bg sy agak natural berbanding guna ubat nyamuk elektrik kat rmh ni especially masa anak demam.

harap bermanfaat :)

anor said...

Syg buahnya kalo terbuang begitu.buatlah enzyme kan bagus.ambik buah limau tu cuci bersih.hiris halus2 masuk dlm bekas yg kedap udara atau botol mineral 5liter yg bsr tu.masukkn 2 cwn gula merah/brown sugar pun boleh.isi air 3/4 btl tu.jgn sampai penuh.goncang perlahan btl tu supaya hula rata.tutup btl hgn terlalu ketat ala ala saja.biarkn ditempat gelap dlm 2 @ 3 mggu bole dah guna sbg bahan pencuci organik.saya gunakan utk basuh aym ikn dlln.ikan darat sprt keli begitu mudah dicuci dgn cecair tu.

anor said...
This comment has been removed by the author.