Sebut
tentang sayur hijau, kita selalunya terbayang sayuran hijau di ladang-ladang
atau kebun yang luas. Hampir mustahil dihasilkan sendiri dari rumah, bagi
mereka seperti saya yang tinggal di kawasan perumahan. Kawasan sangat terhad
dan tanah pula tidak subur. Tidak seperti di lembah-lembah atau lereng-lereng
bukit.
Walau
bagaimana pun, bagi yang tinggal di kawasan perumahan kita masih mampu hasilkan
sayuran hijau dari rumah!
Bagaimana?
Tauge
hijau/(Green sprouts )!
Ia
amat mudah “ditanam”, cepat dituai, murah, sedap dan berkhasiat. Kaedah ini
boleh membekalkan sayur hijau bagi keperluan harian keluarga.
Hasil
dari rujukan, kita boleh buat tauge/cambahan hijau ini dari bermacam benih
sayuran. Tapi sebagai cubaan pertama saya guna kacang hijau.
Setelah 3 hari
disembunyikan dalam gelap, cambahan ini telah bersedia menerima cahaya untuk
proses penghijauan
Sehari selepas terima
cahaya…
Selepas 3 hari
didedahkan kepada cahaya matahari, hari ni dah boleh tuai!
Dah kita dapat menikmati sayuran hijau yang ditanam sendiri. Tempoh
penghasilannya amat singkat, bermula dari persediaan biji benih hingga penuaian
tidak sampai 7 hari.!
Bermakna
kita boleh menanam sayuran hijau di rumah, walau pun tanpa kawasan!
Memang sangat
menarik.
11 comments:
salam ana..nanti sayur kacang hijau nie buat msk lemak yer..sedap kan...:)
salam ummu, masak lemak putih boh ike tawa byk2 sedap kan...tp yg ni ingat nak masuk dlm mee goring...
ooo yg ni sy dah penah buat, rasanya macam kekacangan skit
salam ana.comelnya dia tumbuh rapat macam tu..yang ni yang encik iskandar panggil microleves tu kan?
Salam @na,
tumpang seronok tengok tauge @na ni, yg putih ada, yg berdaun hijau pun ada, boleh bayangkan sedapnya dimasak dalam mi goreng tu!
salam @na....
wah....goreng pun sodap tu....
Assalam ana.. akak tak pernah makan sayur macam ni...setakat taugeh je..
Biji benih radish pun boleh buat green sprout. Best kan sekejap sahaja boleh dituai green sprout.
assalamualaikum kak ana..nak kenalan boleh..bestnye blog akak..zila pun nak bljr la tanam gini pindah umah baru t..
1. smRose;
sedap kan ros, manis dpt rasa kesegarannya
2. Nudabuffy;
mmg teruja tgk pertumbuhannya...cpt sangat...cukup menarik buat green sprouts ni nurul..
3. Ummu Madihah;
salam mak aji, mmg sedap masukkan dlm mee goreng...terasa manis sayuran ni mak aji.
4. yan's cottage;
salam yan, kalau dapat kat yan ni, mmg menjadi macam2 resepi tercipta nnti...hehehe
5. k mar;
cuba lah k mar senang je buat dia...mmg fun!
6. Tukang Kebun;
oo ye diana, pasni boleh cuba..tq for the info.
7. Norzila Zakaria;
waalaikumussalam. Boleh sesangat..tima ksih sudi singgah, hrp ukhwah berpanjangan..
tenguk entri ni dtg semangat nak cuba taugeh .....
Post a Comment