Sunday, August 31, 2014

Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia

Syukur. Alhamdulillah…
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 57kepada seluruh rakyat Malaysia


Semoga Negara kita tercinta sentiasa berada di bawah perlindungan Yang Maha Berkuasa.


Thursday, August 28, 2014

Kutip cosmos seeds tepi jalan…



Pagi tadi, seperti biasa dalam perjalanan ke ofis, tuan tanah akan stop beli kuih dekat gerai nasik lemak, yang terletak tak jauh dari rumah..

Selesai beli kuih, tuan tanah terus ke kereta. Semasa menghidupkan engin, daah ternampak timbunan pokok orange cosmos atas bebahu jalan bersebelahan kereta kami. Apa lagi terbeliak butang lah mata tuan tanah. Terus capai phone turun dari kereta menuju ke timbun cosmos yang dibuang ni. 

Timbunan orange cosmos

Belek punya belek dapatlah 2 seeds dari banyak-banyak bunga yang ada! 2 biji pun jadi lah.. Sebab cosmos ni, kalau dah hidup ia mudah berbunga dan menghasilkan seeds yang banyak nanti. 

Seperti pengalaman menanam yellow cosmos sebelum ini. Hanya dari sebiji saja, sekarang ni dah membiak banyak kat laman. Alhamdulillah.

Seronok tanam cosmos ni. Cepat hidup dan mudah jaga. Bunga pun cantik. Memang tuan tanah tengah kumpul, kononnya sebagai koleksi laman untuk “pujuk” rama-rama dan  cik lady datang bertandang!

Ada beberapa jenis cosmos seeds yang dah tuah tanah beli dan semai antaranya cosmos bipannatus mixed, cosmos bipannatus sensation dan white cosmos. Tapi hanya white cosmos yang germinated itu pun sepokok je!

White cosmos – tumbuh sebatang kara

Harap-harap white cosmos ni selamat membesar dan hidup subur di laman kami.



Wednesday, August 27, 2014

Tuesday, August 26, 2014

Salam Takziah buat Kak Mar Sekeluarga

AL - FATIHAH.

Semoga roh arwah suami kak mar termasuk dalam orang-orang yang diredhai Allah swt.
Amin.


Monday, August 25, 2014

Mulberry dah gila daun…



Mungkin sebab tuan tanah dok kerja getus pucuk buat sayur, pokok mulberry ni dah merajuk. Tak mau bebuah dah. Akhir-akhir ni tak nampak langsung tanda mulberry nak berbuah …
Mulberry –  sumber sayur  hijau 

Tak pa lah cik mulberry…kami makan pucuk je la… Pucuk mulberry muda memang sedap.  Boleh dimasak sebagai sayur. Kadang tu tuan tanah masukkan terus dalam sup ayam untuk mempelbagaikan sayuran. 

Pucuk mulberry juga sesuai dan amat sedap dimasak lemak cili api… Sekain dari itu, ia pun boleh dijadikan ulam. Celur dan cicah dengan budu atau sambal belacan.. fuuhhh!!!
Tuaian - pucuk mulberry muda 

Pendek kata pokok mulberry ni telah menjadi sumber sayur hijau utama kami. Boleh menggantikan sawi/bayam/kangkong. Sesiapa yang ada pokok mulberry boleh la cuba…tak rugi!

Rasanya, kepada yang sibuk dan tak banyak masa untuk berkebun, disyorkan tanam pokok mulberry. Untung!. Tanam sekali boleh dituai berkali-kali atau sepanjang masa…tinggal lagi rajin-rajin siram dan trim je.

Jimat belanja dapur dan paling menariknya kita dapat menikmati sayuran segar dan berkhasiat dari laman sendiri.


Thursday, August 21, 2014

Lady bug masih tidor…



Waktu pagi senang sikit nak snap miss lady ni. Dok diam je. Mungkin masih nyenyak tidor kot.
Lady bug atas daun kemangi

Ni pulak cik lady posing di pucuk sunflower

Tapi, di sebelah petang bukan main susah lagi nak snap, aktif bergerak dan terbang sana sini.. Kat bawah ni Cik lady yang sempat di snap waktu petang…gambar pun tak sharp!

Lady bug beraksi di tangkai bunga rumput

Yang ni pulak di celah rumput rampai

Tuan tanah seronok tengok dah banyak lady bug kat laman. Sikit sebanyak dapat miss lady ni mengurangkan masalah serangan aphid pada tanaman kami!




Wednesday, August 20, 2014

Monday, August 18, 2014

Bunga TeLang - sejuk beku…



Sejak telang berbunga lebat dah tak terhabis untuk kegunaan harian. Bagi tak membazir dan terbiar kering di pokok tuan tanah kumpul, masukkan dalam karung plastic, boh dalam freezer. Sejuk bekukan! Jadikan stok. Boleh digunakan masa-masa atau musim kekurangan bunga…

Bunga telang sejuk beku

Semalam bunga telang sejuk beku digunakan untuk sirap biru jamuan raya kami. 

Bunga telang dimasak bersama rempah ratus

Sirap biru telang

Seronok bagi tetamu rasa sirap telang dari laman sendiri. Ramai yang tak menduga warna biru tu dari sejenis bunga…

Comel muncul sekuntum di tengah laman,,,

Tumbuh sendiri. Mungkin dari percikan benih kekacang yang kering. Bukan kah ia mengkagumkan? 

Subhanallah…