Sunday, August 3, 2014

Mawar desa mencuri pandangan




Rasanya masih belum terlambat bagi tuan tanah ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua rakan bloggers juga pengunjung/silent readers blog ni di atas segala kekhilafan..

Haah…

Dek terlalu lama tak bersiaran macam tak tau nak mula kat mana… Cerita kebun pun tak dak yang menarik sangat since dah abaikan sekian lama…
Tapi syukur, hujan boleh dikatakan kerap jugak turun di sepanjang bulan ramadhan lalu. Terbela la nasib tanaman di sekeliling rumah! Dan, rumput/rumpai pun sama naik, berebut-rebut turut memeriah laman…hehehe
Berserabai!

Masa balik dari beraya, ternampak kelopak merah terbeliak di celah-celah semak samun di laman. Memang mencuri tumpuan kami. 

bunga pertama...

Sekuntum mawar desa atau ros kampong. Ni kira bunga yang pertama. Cantik. Baunya pun wangi lembut. Bunga ni agak nostalgia SIKIT buat kami.  Sebab dulu arwah MIL, suka kumpul kelopak bunga ros ni buat sirap. Ingat, kalau dah banyak nanti boleh la cuba! Tapi kenalah tanam banyak-banyak, macam kat rumah arwah dulu, berpagarkan pokok-pokok ros kampung ni. Cukup wangi!! 

Itu saja buat kali ni. Dan;

Selamat menunaikan Ibadah Puasa Sunat (6) Syawal dan kepada yang sudah di hari terakhir, esok dah boleh beraya. Moga diberi ganjaran seolah berpuasa sepanjang tahun…

Amin..


9 comments:

Ct Mar said...

Selamat hari raya..pas raya boleh mula berkebun..cantik ros tu..camana cara nak buat sirap ros..harap kak ana boleh kongsi

UmmuAidan-Arissa said...

salam ana,
selamat hari raya tuk ana & family..cantik kaler mawar tuh lembut jer...
alhamdulillah hujan jugak kan..:)

sud@is said...

selamat hari raya ana...
Ritu balik kampung xdan nak amik keratan batang....wangi kannn...
semarakan laman dengan ros..yeahhh

suka suka said...

Didalam kehijauan ada penyeri.. pasti menarik pandangan sesiapa pun

Normala Saad said...

Salam Ana,
Rose kampong jenis ni memang Wangi.Pokok dia pun tinggi dan tahan lasak.

Kakzakie said...

Salam aidilfitri juga dari kakak Ana. Maaf zahir dan batin. Kakak pun ada pokok ros ini tapi bunga tak meriah.

Kakak belum habis lagi puasa sunat. Insya-Allah andai tidak ada aral dua hari lagi habislah...

rostina76 said...

selamat hari raya ana…cantiknye ros tu. ros ada cuba tanam gak ros ni tapi sedang nak bertatih tumbuh daun semula selepas hampir mati kena tinggal blk msia aritu

TukangKebun said...

Cantiklah bunga warna ros ini.

Honey said...

Salam Ana,

Selamat hari raya!