Thursday, August 7, 2014

Tuaian keledek XXL - terlebih matang




Tuaian kali ke 3 - saiz XXL

Petang semalam baru mula singsing lengan turun ber “ladang”. Banyak kerja ladang yang patut diuruskan, terutama pokok keledek yang dah merayap keluar merata dari kotak stryofoam. 

Geram tengoknya. Dari sebelum ramadhan lagi nampak dah ada ubi. Tapi simpan kononnya nak dituai masa ramadhan buat juadah berbuka. Tapi tak berkesempatan! Bertangguh sampai lah ke petang semalam.

Merayap keluar memenuhi laman...

Bila dibelek-belek dan dikuak-kuaknya daun keledek tu, …terlihat ubi tersembul di permukaan pangkal pokok. Tapi tak mudah-mudah nak ditarik keluar. Kena korek dan keluarkan separuh tanah dari kotak stryofoam tu.

Nah, bila ditarik keluar…tersembul keledek bersaiz giant...

Memang teruja betul la… Apa lagi tuan tanah cepat-cepat bersihkan. Kupas dan potong, nak di rebus untuk makan malam kami. Nak menikmati ubi segar yang ditanam sendiri!!! Tu yang mahal nyerrrr

Sayang isi keledek ni berongga di bahagian dalam..

Tapi, bila di potong dua ubi bersaiz XXL ni… alangkah terkejutnya tuan tanah melihat isi keledek beronga seperti pic kat atas  tu… Pelik tapi benar. Macam tak rupa keledek. Mungkin overdue kot.. Macam frust pun ada, hehehe... 

Tapi tuan tanah rebus juga sebahagiannya. Nak rasa. Bagai dijangka, rasa isinya agak tawar dan berhampas..

Cantik jugak warnanya bila sudah direbus…

Walau pun begitu, tuan tanah tetap rasa seronok, sebab dapat melihat satu keajaiban dari juzuk kecil ciptaanNYA dan mendapat ilmu serta pengajaran dari pengalaman sendiri.

Subhanallah.


9 comments:

Normala Saad said...

Salam Ana,

Keledek kalau jadi gitu maknanya dia dah tua atau lama.Memang dah tak sedap makan pun. Yang kita beli pun kalau simpan2 akan jadi rongga begitu dan lembut bahagian tengahnya.

Endah Murniyati said...

Betul kata kak Mala ubi jalar kalau terlalu tua berkurang rasa manisnya dan agak berserat. Saya jadi ingat, sepertinya sudah waktunya saya memanen ubi di raised bed, kalau tidak nanti ubinya tak manis lagi

Honey said...

Salam Ana,

Tua lah tu bakkata Kak Mala. Takpe kita tunggu ubi yang seterusnya hehe

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Begitu rupanya keledek yang overdue ya! Mak Aji baru tahu. Oh ya, Mak Aji pernah lihat ubi yang begini tetapi ubinya jenis ubi kayu. Subur pokoknya menjalar-jalar keluar styrofoam tu! Pucuknya boleh makan ke??

BUNDA a.k.a KN said...

Salam,

kalau terlebih matang dia akan berogga begitu yer?

sud@is said...

Subhanallah! Rongga bercorak, color kuning labu, takpa @na jgn kecewa tanam lagi len kali tuai masa dia remaja..

@na said...

1. Kak Mala;
Wassalam... ooo ya tk penah tgk sebelum ni...

2. Endah Murniyati;
ooo di Indon namanya ubi jalar ya...

3. Honey;
Memang tua la honey...sayang betui la...

4. Ummu Madihah;
Wassalam mak aji, tu la saya pun baru tahu ni...pucuk ubi sgt sedap.. buat sayo putih, masak lemak cili api atua celur cicah budu mmg sedap mak aji...

5. BUNDA;
Wassalam. saya pun tekejut tengok berongga macam ni...hehehe

6. sud@is;
IN SHA ALLAH..tq sud@is

TukangKebun said...

Besar sungguh tu. Moga ada nanti lagi anak-anaknya akan muncul.

suka suka said...

Dalam styrofoam boleh dapat saiz tu... subhanallah!