Monday, August 18, 2014

Bunga TeLang - sejuk beku…



Sejak telang berbunga lebat dah tak terhabis untuk kegunaan harian. Bagi tak membazir dan terbiar kering di pokok tuan tanah kumpul, masukkan dalam karung plastic, boh dalam freezer. Sejuk bekukan! Jadikan stok. Boleh digunakan masa-masa atau musim kekurangan bunga…

Bunga telang sejuk beku

Semalam bunga telang sejuk beku digunakan untuk sirap biru jamuan raya kami. 

Bunga telang dimasak bersama rempah ratus

Sirap biru telang

Seronok bagi tetamu rasa sirap telang dari laman sendiri. Ramai yang tak menduga warna biru tu dari sejenis bunga…

Comel muncul sekuntum di tengah laman,,,

Tumbuh sendiri. Mungkin dari percikan benih kekacang yang kering. Bukan kah ia mengkagumkan? 

Subhanallah…


14 comments:

sud@is said...

Sedapp juga....saya rasa banyak sangat kot rempah ratus @na .dah x ada rasa keaslian telang....

cucubulat said...

wah bestnya ana..rempah ratus apa yg diletak tu?
letak limau sikit akan jd pink.tapi ana suka biru..pun cantik jugak

Kakzakie said...

Untunglah mereka yg dpt menikmati air original bunga telang rumah Ana tu. Kakak tak pernah buat sendiri.

TukangKebun said...

Kekadang ramai tetamu tak sangka ianya original fresh dari bunga.
Ingatkan air kordial tapi takde rasa kordial.
Jadi untuk menceriakan majlis selalulah buat magic show tunjuk air nya bertukar ke pink dengan perahan buah citrus.

Normala Saad said...

Good tips Ana. Nanti boleh kak dingin bekukan. Selama ni tak terpikir pun...biarkan kering saja di pokok. Ada larat semua nak dijadikan benih ya tak..?

Endah Murniyati said...

Tips yang bagus. Boleh coba nih...

Shasrine said...

Belum pernah rasa sirap bunga telang lagi. Good idea juga untuk frozenkan bunga tu.

kakyon said...

unik, sirap kaler biru..hasil dari kebun sendiri plak tu..

Bunda a.k.a KN said...

Bunda pernah dengar tentang bunga telang ni....warna birunya boleh menggantikan pencelop biru...lebih ori lagi...tapi bunda belum pernah lagi rasa air dari bunga telang ni...

@na said...

1. sud@is:
oo ya...saja tambah rempah ratus konon nya nak memperkayakan lagi khasiat telang...hehehehe..

2. cucubulat;
hehehe...kulit kayu manis, bunga cengkih & daun pandan ja...kdg tambah halia...

3. Kakzakie;
Alhamdulillah...

4. Tukang Kebun;
Betul2...tapi ari tu tak sempat plk nak buat magic...hehehe

5. kak Mala;
Ya betul tu kak...syg dok biaq kering kat pokok...

6. Endah;
tq endah...Elok la dicoba..

7. Shasrine;
tq shas...

8. kak yon;
Alhamdulillah..diberi nikmat merasai dari tanaman sendiri..rasa puas..hehehe

9. Bunda;
Elok bunda cuba...ia kaya dgn beta karotin, baik utk kesihatan..

momnsofea said...

Bestnya nk cuba jgk lah..frozen kan idea yg superb...tq sis chek x sabar nk try nih.

Ibu Qistina said...

Saya pun dah kumpul stok telang,ingat nk projek air telang mcm @na. first time tgk @na rebus letak kayu manis,mesti sedap.

@na said...

13. momnsofea;
kalau ada byk bunga tu elok la di cuba...tq sudi singgah

14. Ibu Qistina;
kalu sapa2 yg suka spices mmg blh la try...tp sedap jgk..

ranicaiza said...

As salam.. @na.. sy nak tnye.. boleh x klu sy nk beli bunga telang kering tu dlm 50-100 helai?? (helai ke kuntum.. x tau la) huhu.. sy nk kne gne mggu dpan... urgent sgt2... sorry... :(

apa2 boleh x emel kn ke..

asma_ranicaiza@yahoo.com.my

thanks ya.. :)