Wednesday, June 26, 2013

WW#4 - Pakcik nursery kata Kapas Merah


 
Teringat kapas, terbayang warna putih bersih. Tapi ini kapas merah? Pokok ini dibeli bulan lepas. Mengikut pak cik tu,  ini pokok bunga kapas merah.
 
Bunganya sangat comel.

Jika ada rakan yang tahu nama saintifik atau nama selain daripada ini, sila kongsi bersama.


Kembang seolah-olah percikan bunga api. Cantik berseri!


Kapas Merah belum kembang bagai himpunan bebola kecil.

 

Monday, June 24, 2013

Stok sayur Ramadhan


Hari ni NISFU SYAABAN. Bermakna Ramadhan sudah terlalu hampir.

Dan,

Kita sering diingatkan supaya menggandakan ibadah bagi merebut peluang yang ditawarkan ganjaran besar dari Allah SWT sepanjang Ramadhan. Tidak lupa juga kita dinasihatkan supaya menjaga pemakanan supaya kita kekal segar dan bertenaga dalam menunaikan ibadah puasa itu nanti.

Kita masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam membuat persediaan tersebut.

Kepada “pekebun” sudah tentu telah sibuk merancang dan menanam sayuran agar dapat dituai pada ramadhan ini.

Di “kebun” kecil kami Cuma ini saja sebagai stok sayuran yang ada, dan sudah tentu jauh dari mencukupi. Tapi sudah cukup dengan nikmati tak terhingga ini…
 
Dari kiri – carrot paris market, tengah – sawi 5 bintang, kanan – basil Genovese. Di bawah tu semaian garland dan sawi renek.

 
Kiri – anak ulam raja, ulam ni cepat membesar,  sebelah kanan – bendi harap-harap berbuah dalam 2 minggu lagi.
 

Cili besar dah mula mengeluarkan bunga

 
Telang pula sedang rancak berbunga, ini sumber bekalan “beta carotene” sepanjang ramadhan ni, InsyaAllah. Syukur…

 

Moga kita berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa dan dilimpahkan kerahmatan, keredhaan dan keampunanNYA yang dijanjikan disepanjang bulan mulia ini.

 

Thursday, June 20, 2013

Telur dadar telang

Sejak telang dah berbunga ni, tiap-tiap petang lepas balik kerja terus meluru ke belakang rumah, kutip bunga telang. Kadang malas nak masak sayur, letak je bunga-bunga telang dalam mangkuk, jadikan ulam. Makan segar.
 
Kadang tu masak bunga telang jadikan teh. Minum suam-suam dan yang selebihnya  masukkan  dalam freezer jadikan sirap. Sirap biru.!!
 
Petang semalam luaskan skop sikit kegunaan bunga telang ni. Tapi tidak lah gempak mana pun, cuma buat telur dadar  bunga telang. Rasanya  tak berubah, macam telur dadar biasa cuma tambahan  sikit vege dari bunga telang.
 
telur dadar telang masih dalam kuali...belum masak lagi tu..
 
Sayang pulak nak biarkan bunga-bunga telang layu dan gugur begitu saja, seboleh-bolehnya ingin manfaatkanya sebaik mungkin...

Wednesday, June 19, 2013

Ini je yang dapat dituai dari “ladang”…


 
Tuaian semalam..

Pucuk ubi keledek, bunga telang, cili api dan pucuk cekur manis. Semuanya tu dijadikan ulam untuk makan malam. Cuma pucuk ubi yang dicelur, selebihnya dibuat ulam segar cicah sambal belacan. Sedap jugak.

 
Cekur kembali tumbuh setelah dormant beberapa bulan lepas

Sedikit protein bersama sayuran, serat dan warna semulajadi (hijau, biru dan merah dari cili api) sebagai sumber beta carotene. Cukup, untuk sajian ringkas kami.

 

Monday, June 17, 2013

Sirap teLang


 
Akhirnya. Tecapai sudah hasrat nak merasa sirap biru dari bunga telang. Projek telang dalam pasu pada pertengahan Mac, iaitu selepas 2 bulan projek ini boleh dikatakan berjaya! Walau pun dari 5 hanya 3 pasu saja telang yang hidup tapi hasilnya, agak LUMAYAN. Telang sudah mula berbunga dan berbuah.

Sekarang ni bunga-bunga telang ni boleh dikutip setiap hari. Selalunya makan sebagai ulam. Sedap. Rasa macam lemak-lemak. Dan semalam pertama kali berkesempatan cuba buat sirap biru bunga telang dari kebun.

sirap biru telang dari kebun..
 
Puas dapat menghirup sirap biru yang sekian lama mengidam-idamkannya. Dan yang paling berharga adalah pengalaman mengikuti sendiri pertumbuhan dari semaian benih hinggalah telang-telang itu berbunga. Memang ini satu kepuasan yang amat bernilai sukar untuk digambarkan …

Telang jugak dikenali sebagai kacang bunga biru atau kacang rama-rama. Telang, memang sejenis kacang yang tahan lasak. Mampu hidup subur dalam apa keadaan sama ada jenis tanah maupun cuaca. Ia juga boleh bertindak sebagai ajen penyubur tanah. Bunganya biru terang dan sangat cantik.

Telang berbunga rendah

 Warna biru bunga ini bukan saja unik, malah sudah tentu amat kaya dengan flavonoid dan carotenoid yang dipercayai baik untuk keperluan kesihatan badan..
 
 
 

Wednesday, June 12, 2013

Apa tanda keledek dah berisi dan boleh digali…


Bukan tak sabar nak tuai. Cuma nak tahu tempoh matang takut –takut overdue pulak keledek-keledek ni.

Keledek ni dah masuk bulan ke 5…

Jadi macam mana nak tahu keledek dah berisi dan matang?. Adakah ia bergantung kepada tempoh masa penanaman atau prestasi pokok?.

Harap rakan tani dapat memberi tips untuk mengenali tanda-tanda keledek kita tanam dah boleh dituai. Terima kasih banyak.

Sunday, June 9, 2013

Cow pea dalam bekas botol mineral dah mula berbuah!!


Kali pertama tengok dan tanam cow pea, itu pun secara tak sengaja..

Asalnya nak buat green sprouts dari cow pea ni, tapi seed kacang tak bercambah. Hanya 3 biji saja yang bertunas. Jadi biarkan saja dalam bekas botol mineral tu. Boleh rujuk entri lepas. Nak tengok perkembangannya macam mana.

Minggu lepas cow pea tu dah mula berbunga dan kini telah mengeluarkan buah. Unik. Pokoknya renek dan tak menjalar. Buahnya pula keluar di bahagian atas. Nampak macam pucuk-pucuk baru.

Walau pun dalam bekas botol mineral 1.5 liter, cow pea ni mampu berbuah..
 
Tak sabar nak makan kacang ni secara segar…

Macam subur pulak… zoom sikit bunga dan buahnya..

Tapi yang herannya, pokok yang satu lagi tu menjalar la pulak…padahal seed dari paket yang sama…

Tengok yang kat belakang tu, tengah nak memanjat!

 
Agak-agak lah, apa jenis kacang yang satu lagi tu?

Wednesday, June 5, 2013

WW3 – Biar jantung bercerita…


Jantung yang cukup menawan

 
Jantung riang dan ceria

 

Monday, June 3, 2013

Cat repellent cum racun organik – DIY


Bukan saja bena putih, fungus dan serangga perosak, kucing juga di antara ancaman besar kepada tanaman kebun di laman rumah. Walau pun kita tak bela kucing, tapi kalau dah jiran membelanya sama saja lah. Kucing mana kenal boundary kan? Sabo je la..

Masalah kucing ni macam tak berkesudahan…makin hari makin banyak koloninya.. “melepas” merata-rata. Yang paling tak tahan, pasu semaian dan pasu tanaman dijadikan jambannya! Busuk tak payah nak cakap lah! Tension..dibuatnya. Kucing memanglah tak salah, nama pun kucing mana dia boleh fikir!..

Bermacam cara telah dicuba bagi mengatasi masalah ni. Sembur laman dengan ridsect, sembur dengan febreeze pun pernah. Tapi tak berkesan.

Harap bau dari semburan cecair ini di sekeliling kawasan tanaman, mampu menjauhkan kucing-kucing tu daripada “beroperasi” di laman.

Jadi cuba tanya pak cik gugel, dapat cara ni. Selain boleh menghalau kucing-kucing, ia jugak boleh disembur kepada sayuran sebagai racun organik untuk mengatasi masalah serangan serangga perosak.

Bahan yang disarankan dengan sedikit tambahan:

1 botol cuka, 5-7 biji limau purut, 20 biji cili api, 1 liter air dan 1 sudu besar serbuk pencuci. Kisar semua bahan-bahan tersebut hingga halus dan tapis. Simpan cecair beracun ni dalam bekas yang selamat. Semasa hendak menggunakannya tuangkan ke dalam botol penyembur.

Antara bahan yang digunakan dalam membuat cecair penghalau kucing!

 
Ia sangat mudah dan murah. Tambahan pula limau purut dan cili api tu boleh didapati dari kebun sendiri.
 
Sempat snap salah seekor daripadanya..ni boleh dijadikan bahan bukti…kot..


Kepada sesiapa ada cara yang lebih berkesan tolong kongsi di sini dan boleh dipanjangkan kepada semua.. terima kasih