Monday, June 17, 2013

Sirap teLang


 
Akhirnya. Tecapai sudah hasrat nak merasa sirap biru dari bunga telang. Projek telang dalam pasu pada pertengahan Mac, iaitu selepas 2 bulan projek ini boleh dikatakan berjaya! Walau pun dari 5 hanya 3 pasu saja telang yang hidup tapi hasilnya, agak LUMAYAN. Telang sudah mula berbunga dan berbuah.

Sekarang ni bunga-bunga telang ni boleh dikutip setiap hari. Selalunya makan sebagai ulam. Sedap. Rasa macam lemak-lemak. Dan semalam pertama kali berkesempatan cuba buat sirap biru bunga telang dari kebun.

sirap biru telang dari kebun..
 
Puas dapat menghirup sirap biru yang sekian lama mengidam-idamkannya. Dan yang paling berharga adalah pengalaman mengikuti sendiri pertumbuhan dari semaian benih hinggalah telang-telang itu berbunga. Memang ini satu kepuasan yang amat bernilai sukar untuk digambarkan …

Telang jugak dikenali sebagai kacang bunga biru atau kacang rama-rama. Telang, memang sejenis kacang yang tahan lasak. Mampu hidup subur dalam apa keadaan sama ada jenis tanah maupun cuaca. Ia juga boleh bertindak sebagai ajen penyubur tanah. Bunganya biru terang dan sangat cantik.

Telang berbunga rendah

 Warna biru bunga ini bukan saja unik, malah sudah tentu amat kaya dengan flavonoid dan carotenoid yang dipercayai baik untuk keperluan kesihatan badan..
 
 
 

11 comments:

Norzila Zakaria said...

baru zila tau boleh buat sirap jugak..selalu masak nasi kerabu je..boleh la buat air blue lemon kan ..

ummuaidan said...

sedap minum sirap telang tambah2 kalau letak lemon jus sikit kan..ana tanam kat bawah gitu yer..senang jgk kan...

@na said...

1. Norzila Zakaria,
Zila sy pn baru tahu jgk, tu pun setelah melawat kebun rakan bloggers...dan satu lg uniknya sirap biru ni zila, ia akan bertukar warna merah jambu jika diperah sebarang jenis limau ke dalam nya...

2. ummuaidan;
kalau perah lemon lg sedap ummu, tp tak biru lg dah kan? tanam dlm pasu je ummu...nk maintain biar rendah...senang nk kutip bunga dia..

SriKota Garden said...

Tak lama lagi bulan puasa tentu menyelerakan tambah susu.

@na said...

ooo kalau mcm tu, esk nak try la tambah susu segar..t/kasih bg info ni..

smRose said...

belum cuba lg, kena buat gak ni

TukangKebun said...

Musim panas ni best ada air sirap biru sejuk standby dalam peti ais. Kami kadang berbotol dalam freezer. Bila keluar kebun keluarkan dqri freezer.

@na said...

1. smRose;
kalau dh berbunga rugi tak cuba ros...dan, kalau cutex biru kat jari tu dh tanggal blh lah guna bunga telang balut kuku...hehehe

2. Tukang kebun;
Diana saya baru dapat merasa sirap biru telang ni...syukur

❤Kamsiah❤ said...

kalau biar menjalar kat pagar,atau pergola..cantik,kan...

yan's cottage said...

oooo...boleh buat air ye....nanti boleh cuba nie...tq...

@na said...

1. Kamsiah;
dah tanam kat pagar tu...tp dia tak pandai panjat lg kot....hehehe

2. yan's cottage;
elok tu yan...daripada biar bunga2 tu gugur...dpt jgk khasiatnya kan...