Thursday, June 20, 2013

Telur dadar telang

Sejak telang dah berbunga ni, tiap-tiap petang lepas balik kerja terus meluru ke belakang rumah, kutip bunga telang. Kadang malas nak masak sayur, letak je bunga-bunga telang dalam mangkuk, jadikan ulam. Makan segar.
 
Kadang tu masak bunga telang jadikan teh. Minum suam-suam dan yang selebihnya  masukkan  dalam freezer jadikan sirap. Sirap biru.!!
 
Petang semalam luaskan skop sikit kegunaan bunga telang ni. Tapi tidak lah gempak mana pun, cuma buat telur dadar  bunga telang. Rasanya  tak berubah, macam telur dadar biasa cuma tambahan  sikit vege dari bunga telang.
 
telur dadar telang masih dalam kuali...belum masak lagi tu..
 
Sayang pulak nak biarkan bunga-bunga telang layu dan gugur begitu saja, seboleh-bolehnya ingin manfaatkanya sebaik mungkin...

14 comments:

olive said...

@na, u can petik n leave them to dry. then keep the dried bunga telang into fridge or freezer. Can last for a very very long time

smRose said...

cantik dan menarik, boleh cuba ni

Cik KemBhoJha said...

cantik nyer. nak cuba la nanti. :)

ummuaidan said...

salam ana,
kreatif betul ana nie..mcm2 idea dicari tuk menggunakan bunga telang nie..sy lps 3,4 kali tuai..dah biar gitu daaa..:)

Dr. H said...

Idea yang menarik, nanti akan cuba. Tq.

@na said...

1. olive;
oooo ya...thanks olive for the info..

2. smRose;
telang kalau dah berbunga...tk berenti...kan?

3. Cik KemBhoJha;
kalau telang berbunga elok lah dicuba...sedap jgk rasa dia..

4. ummuaidan;
salam ummu, sebab tak dak sayur lain kat kebun..hehehe

5. Dr H;
elok tu...Nampak telang Dr H subur tentu lebat bunganya tu

seedandothersforsale.blogspot.com said...

kalau dah tak tau buat apa.. jadikan compost, buat baja. Jgn biar dia layu kat pkok, nanti bunga makin berkurang..

TukangKebun said...

Telur dadar luar biasa tu boleh tambahkan khasiat dalam pemakanan.

suka suka said...

Assalam..ana... kreatif sungguh..apa rasanya telur dadar biru ni...

Temuk said...

Assalam, @ana
Wow, hebat telur dadar berbunga tu. Nanti Pak Temuk nak pastikan yang mana satu si bunga telang tu. Bolehlah cuba, bila tak ada orang di dapur! Kalau bunga lain, agaknya yang mana satu boleh dipasangkan?

@na said...

1. seedandothersforsale.blogspot.com;
ooo jika dibiarkan layu kat pokok, telang akan kurang berbunga ya? tq lynn...

2. Tukang Kebun;
InsyaAllah...hrp dpt khasiat dari kelebihan bunga telang yg unik ni..

3. suka suka;
Waalaikumussalam. Sedap k mar...cuba la

4. Temuk;

Waalaikumussalam... Telur dadar biasa je, cuma tambah bunga telang sebagai mempelbagaikan kegunaan telang yang cantik dan berkhasiat tu...Pak TEmuk dah tanam pokok telang? Kalau belum saya boleh kirimkan benihnya yang ada dlm simpanan, jika Pak Temuk berhajat emelkan alamat penuh ke anzaujah@gmail.com

S..U..D..@..I..S said...

huhhh tgk kebun @na semangt berkobar nak betanam tanman, telang dan sengkatan dgnnya...tanah kat belakang umh tu dah dicerahkan...

@na said...

Tanah kat belakang dah cerah tapi tak tanam apa pun...hehehe, tanam dlm pasu je sudais...tk pyh nk menyangkul...

Suzi Isa said...

kat rumah sya byk bunga ni x thu nk wat apa pas ni boleh lah cuba telor dadar bunga telang pulak he..he.