Wednesday, June 12, 2013

Apa tanda keledek dah berisi dan boleh digali…


Bukan tak sabar nak tuai. Cuma nak tahu tempoh matang takut –takut overdue pulak keledek-keledek ni.

Keledek ni dah masuk bulan ke 5…

Jadi macam mana nak tahu keledek dah berisi dan matang?. Adakah ia bergantung kepada tempoh masa penanaman atau prestasi pokok?.

Harap rakan tani dapat memberi tips untuk mengenali tanda-tanda keledek kita tanam dah boleh dituai. Terima kasih banyak.

13 comments:

Umm AA said...

salam ana..
sori taknak bg tips sbb sy sendiri pun tersilap estimate..tuai lebih awal dr ms..huhuhu

yan's cottage said...

biasanya orang ikut berapa bulan 4/5 bulan boleh di tuai itu pun jika tanam di tanah yg ber batas....@na Yan suka masak pucuk keledek goreng ngan udang sedap....

@na said...

1. ummuaidan;
salam ummu, hehehe tak pa ummu...tp ari tuh nmpk byk ubi digali...hok tu brapa lamo tane?

2. yan's cottage;
ooo ya, tak dpt ubi mkn pucuk pun jadi la kan yan...

Adry@Daun said...

As salam @na,
Kalau ubi stello yang kita tanam atas batas, 5 bulan tu dah kira over due. Ubi stello biasanya dituai selepas 4 bulan ditanam. Lebih drp tu ubi akan rosak, busuk dan ianya dah bersedia untuk bercambah semula. Yang @na tanam ada bunga tak?

Mixed-family in da house.... said...

Suburnyoh ubi stello ana.... sedap tuh nati buleh wat cek mek..... (pos ko penang sikit deh.....dekat doh ni).....hihihi

@na said...

1. Adry@daun;
salam en adry, maknanye ubi saya dh matang la kan, tapi blum bebunga lagi... kalau bebunga maknanya dah blh gali ya? Tima kasih byk, bg info ni..

2. Mixed-family in da house;
buleh2 nati kito gali kito wak cek mek.. tgk mano sedap dgn cek mek UA ari tuh...hehehe

TukangKebun said...

Ikut jenis ubi juga berapa lama masa molek nak gali.

@na said...

oo ye ke...ikut pengalaman, apa jenis keledek yg paling cpt dituai diana?

Temuk said...

Assalam, @na
Mohon izin singgah. Kreatif betul @na, menanam keledek dalam bekas begitu. Tak arif nak respon kepada soalan. Dulu-dulu masa di kampung, Pak Temuk biasa menuai keledek putih yang kakak tanam di batas-batas yang disediakan selepas +- 4 bulan. Kalau dalam bekas tak pastilah.

@na said...

salam Pak Temuk, terima kasih sudi singgah...keledek dalam bekas mungkin tak berisi banyak, tapi cuba tanam bukan apa...suka pucuknya tu Pak Temuk

Unknown said...

Salam..wah keledek, menarik nie. Untuk makluman saya ada letakkan url diari kebun pada laman saya buat rujukan bersama. Terima kasih buat info2 menarik pada laman ini.

Zainal said...

Minima berapa bulan boleh gali...

KamikazieKl said...

Saya dah tanam keledek purple..benih daripada Cameron..asal nya daripada tiga tongkol/ketul ubi je..sekarang dah ada 7 batas..dah tiga bulan dah (awal Januari) tanamnya. Dah banyak kali dah saya kutip pucuk.. dah masak macam-macam dah.. celur cicah budu..goreng dengan ikan bilis/kering,masak air dengan lada hitam,masak lemak putih..memang sedap.mungkin penghujung Ramadhan ni saya dapat RESMI hasilnya kot.