Thursday, February 28, 2013

Daun telinga kera bukan sekadar pokok hiasan…

Pokok telinga kera dari jenis shrubs yang menjalar dan melata. Akan lebih cantik jika digantung. Daunnya akan jatuh berjurai-jurai ke bawah. Memang cantik. Pokoknya pulak senang hidup dan mudah membiak!

baru sebulan ditanam pokok telinga kera ni dah mula bejuntai ke bawah

Shrubs telinga kera ni pemberian kenalan suami. Katanya pokok ni ada khasiatnya. Sesuai untuk merawat masalah buat pinggang yang belum kronik (sebelum peringkat dialysis).

Dan dah terbukti katanya. La ni kawan beliau yang menghidapi masalah tersebut dah OK. Setelah minum air rebusan daun ini bersama red dates selama sebulan.

Dan dia siap bagi cara nak buat rebusan tersebut, seperti kat bawah ni.
20 helai daun telinga kera
10 biji red dates
1.5 liter air
Rebus hingga mendidih. Tapis dan minum sebagai air minuman biasa

Harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama, lebih-lebih lagi kepada saudara-saudara kita di luar sana yang sedang menghadapi masalah ini. Mudah-mudahan sembuh, InsyaAllah.


7 comments:

smRose said...

jiran(cina) lama sy pun pernah bgtau pokok ini ada khasiat, terbukti

ummuaidan said...

Baru tahu khasiat telinga monyet nie @na yer..thanks sudi kongiskan elmu...:)

@na said...

smRose, sebenarnye org cina dah lama daun ni utk masalah buah pinggang..

@na said...

ummuaidan,hrp kita semua dpt manfaat dari perkongsian ini..

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Telinga keranya namanya! Baru tahu. Mak Aji memang ada pokok ni, gantung juga dan memang terlalu mudah membiak sampai kena trim. Baru tahu tentang khasiatnya! Maklumat cukup berharga!

Kapla Rapla said...

Sya ada menjual pokok nie. Wassap 0189462192

Kapla Rapla said...

Sya ada menjual pokok nie. Wassap 0189462192