Sunday, February 17, 2013

Herba ala-ala chipsmore!


Nampak je nasi ulam teringat cekur manis. Nasi ulam kedah memang ummph.. Full of herbs.. Pucuk cekur manis di antara ulam/herba utama dalam nasi ulam ni. Kalau tak ada daun cekur, macam tak lengkaplah rasa nasi ulam tu. Bauan dari pucuk cekur boleh membangkit aroma dan membuka selera penggemarnya. Wanginya memecah liur!

Nasi ulam ni memang menjadi kegemaran aku. Jadi nak tak nak aku cuba belajar buat sendiri. Jadi aku tanam cekur di laman rumah sebagai sumber ulam utama. Tambahan pula, pucuk cekur jarang dijual kat pasar. Lagi pun pokok herba ni senang hidup dan mudah dijaga. Cuma ia perlu cukup air

 Sepasu pokok cekur dah lebih dari cukup, kadang tu tak ter-makan. Sekali sekala aku bawa ke ofis bagi pada officemate. Tapi tak ramai yang suka ulam cekur ni…hehe
ni la herba ala-ala chipsmore tu..

Bagi aku herba cekur ni cukup unik. Daunnya agak tebal dan hijau. Dan ber-ubi. Bila daunnya cukup matang, jika tidak dipetik ia akan kering dan pupus. Tinggal la pasu kelihatan kosong, seolah-olah pokok tu dah mati! Tapi tak sebenarnya…mungkin ia sedang melalui proses hibernasi kot!
 
Tapi berapa lama lepas tu, jika disiram, pokoknya tu akan bertunas balik dan subur semula. (ala-ala chipsmore - sekejap ada sekejap hilang) Begitulah pusingan hayat herba hebat ni

Subhanallah. Begitu unik ciptaanNYA

4 comments:

ummuaidan said...

Pokok nie orng buat ulam yer..rsnya cam baru first time tgk nie....

S..U..D..@..I..S said...

dah coba tp x berapa nahi dengan baunya,, wpon khasitnya baik...rugikan

@na said...

@ummuaidan, mungkin cekur ni boleh dikategori sbgai ulam eksotik kot..sbb sesetengah org tak suka baunya... tapi ia sgt mudah grow! Klu ummu berminat boleh saya htr ubi cekur utk tambah koleksi di kebun.
@sud@is, nape ngan baunye? tak suka ye...tutup je idung masa makan...hehe

zamzurina zulkafli said...

Saya sangat suka ulam ni. Arwah mak mertua mmg rekemen saya amalkan ulam ni. Siap dia suruh ambik tanam kat rumah. Pernah juga dia buat kerabu ulam ni. Mmg sedap!!