Wednesday, February 20, 2013

cabut rumput boleh legakan stress...


Ugh….haaah…dah tercabut. Lega…

Mungkin kita ada cara sendiri redakan tension.. Bagi aku cabut rumput sampai keluar akar boleh legakan stress. Bila boring atau stress, aku selalunya keluar ke laman rumah. Cabut rumput yang bertenggek dalam pasu-pasu bunga. Cabut sampai terkeluar akarnye sekali, baru puas. Lega
 
 
 
tengok tu...rumput bertenggek dalam pasu bunga...berebut baja dengan pokok  kemboja merah

Tapi kalau tak keluar akar aku akan tak puas hati. Seolah-olah masalah tak selesai. Aku akan gunakan weeder korek akar rumput bagi keluar juga. Baru puas hati.

bagi rumput degil..aku korek akar dengan weeder ni..baru selesai masalah!

Moralnya: Masalah yang kecik2 mungkin kita boleh selesaikan sendiri, kita selesaikan! Tapi kalau yang besar2 tu jika perlu bantuan mintalah pada pakar atau ahlinya! Macam aku gunakan weeder bila nak korek rumput yang dah berakar umbi tu hehe…

2 comments:

S..U..D..@..I..S said...

hanya cerita tentang kebun saja ka ana? blog ni
seronok juga, orang ada kebun, tumpang gumbira

@na said...

bekebun ni mmg minat sesangat la sud@is...release tension... kebun ni mcm kanvas bagi pelukis boleh turunkan seluruh minat dan keringat... lagi pun ia tak kan menyentuh mana2 sensitiviti...bebas dan merdeka..