Thursday, October 30, 2014

Tanaman laman: WT#- Wangian Manja Ros Pengantin!!



Catatan sebagai rekod ia pernah menghiasi laman kami

Alhamdulillah..


Wednesday, October 29, 2014

Tanaman laman: WW#-Sum sum dah berbunga!!



Se bulan dah berbunga…benih/keratan dari SIL

Tuaian sum sum bersama bendi & daun bawang

Sum sum (mixed) goreng belacan

Monday, October 27, 2014

Tanaman laman: Daging goreng “ber” Cili Solok



Ikutkan hati, seboleh-bolehnya semua entri yang nak dimuatkan dalam page ni hanya berlegar sekitar kebun ja, atau tentang pokok dan tanaman saja. Tak mau melangkau sempada!

Tapi mana boleh pisah kebun dengan dapur, tambah-tambah pulak kita orang perempuan…ke dapur jugak setesen nya…hehehehe

Walau pun tajuk entri berkaitan dengan dapur/masakan tapi rasanya masih tak lari dari kebun. Sebab masakan daging goreng ni bertemakan CILI SOLOK. Cili yang dituai segar dari kebun. 

Jadi, jom kita masuk dapur jap…

Daging goreng bercili solok - resipi bonda

Resipinya cukup ringkas. Yang penting ada cili solok! (sebenar cili lain pun ok jgk hehehe)

Bahan:
250 gram daging (anggaran), halia, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang puteh, 1 labu bawang besar (kuning) dan cili Solok..

Cara:
Potong daging nipis. Perapkan dengan halia, bawang putih, bawang merah yang ditumbuk halus. Garam secukup rasa. Perap selama 20-30minit.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan daging, goreng hingga daging jadi sedikit garing. Kemudian masukkan bawang besar dipotong bulat dan hirisan lada solok. Kacau rata hingga bawang dan cili layu. Angkat dan hidang panas-panas!
Aromanya hemmm…cukup semerbak mewangi…

Daging goreng bersama cili solok ni di antara masakan ringkas yang tuan tanah cukup suka. Itu yang sanggup tanam sendiri Cili Solok, hanya semata-mata untuk dapatkan keaslian rasa daging goreng resipi bonda ni. Lebih-lebih kalau goreng daging korban. Lagi la special! 

Jadi, jika ada yang kebuntuan idea mencari menu masakan, berani-beranikan lah diri cuba resipi ni. Mudah, ringkan dan sedap (pada lidah tuan tanah la hehehe)

Selamat mencuba dan selamat berkebun,,,,


Saturday, October 25, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H

Selamat menyambut kedatangan tahun baru Hijrah ke 1436...


Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan redha dan rahmat Yang Maha Berkuasa dan menamatkan perjalanan kita di dunia ini dengan kesudahan yang baik...

Amiiin. Ya Rabbal 'Alamin.

Thursday, October 23, 2014

Tanaman laman: Cili solok berbuah jugak…



Semalam dah tuai,
3 bijik cili solok saiz L
Puas, walaupun cuma 3 bijik…

3 bulan lepas tuan tanah tanam 8 pokok cili solok. Hanya 3 pokok yang hidup. Tu pun kedin ja! Selebihnya diserang penyakit pucuk kerinting. Gone!
Alhamdulillah. Walau pun kedin bebuah jugak. Ada lah 3 biji. 

Sebijik dari pokok pertama

2 bijik dari pokok kedua

Cili ni berwarna hijau muda atau lebih kepada lemon green. Cantik! Dan bertukar merah bila sudah ranum. Tapi selalunya cili ni dipetik sebelum ranum kerana lebih sedap dimasak ketika ia masih muda.!!. 

Dan, cili ni rasanya amat sinonim dengan masakan tradisional Kelantan.  SOLOK LADA contohnya, seolah-olah jatuh “wajib” guna cili solok, hehehe.. Itu la agaknya cili ni dapat nama CILI SOLOK. Selain daripada itu, kelazatan masakan singgang dan daging goreng kelantan antara menu lain yang sangat bergantung kepada cili solok. Ia memberi rasa lazat dan aroma yang tersendiri! 

Tuaian semalam dah selamat, untuk daging goreng! Cun…


Monday, October 20, 2014

Tanaman laman: Terjumpa satu lagi bunga cantik, wangi dan “edible”



Subhanallah.

Unik sungguh bentuknya… berguguran…yang best tu macam jatuh terus “bersila” atas rumput. Dok tegak elok ja! Jambul ke atas. Cantik pulak tu. Sekali tengok macam starfish pun ada...
Unik kan?

Bunga tapak sulaiman???

Memang mengundang perhatian tuan tanah. Sambil menunggu pak cik pasar tani potong ayam(Jalan Tun Razak), tuan tanah mula lah buat inspection..ambik gambar bagai…

Bunga yang sempat dikutip - bila didekati tercium bau wangi lembut

“Tu bunga putat, tak penah tengok ka? Sapa pak cik jual ayam tu… “Tu pokok dia, besaq, bebuah lebat” sambil tunjuk ke arah se batang pokok di sebelah tempat tuah tanah berdiri..
Ni la dia pokok putat - Buah bergayut-gayut!

“Buah dia tu pun sedap buat ulam, bunga ni pun boleh makan jugak” terang pakcik tu panjang lebar bila tengok tuan tanah macam tercengang-cengang…

“Oooo ni ka pokok putat, selama dok makan pucuk ja buat ulam, belum penah pokok tengok dia, besaq rupanya, tima kasih pak cik” balas tuan tanah sambil bayar duit ayam…

“Tu nak balik makan ka tu” balas pak cik sambil tergelak besar bila tuan tanah minta plastic bag nak isi bunga-bunga yang telah dikutip!!!

“Tengok la pak cik, macam lawa sangat nak makan ni” balas tuan tanah nak tergelak sambil berlalu…


Thursday, October 16, 2014

Tanaman laman: Tanam sendiri tanaman asas boleh jimatkan belanja dapur



Pada tuan tanah la, daun bawang, kucai, kesum, cili api, daun kunyit, daun sup dan pandan adalah tanaman “dapur” yang paling asas. Jika ditanam sendiri boleh mengurangkan belanja dapur…

Terutamanya, bagi orang macam tuan tanah yang suka kepada masakan kampong yang ringkas, sayuran di atas menjadi bahan utama dalam masakan harian. Memang boleh menjimatkan sikit belanja jika semua tu ada kat laman sendiri. Lagi pun tanaman ni tidak sukar ditanam dan tak perlu ada laman yang besar. Boleh ja tanam dalam pasu/bekas kitar semula.
Kucai - benih dari sud@is (FOC)

Daun bawang - benih dari Giant RM0.79

Kesum – pun benih dari sud@is (FOC)

Daun kunyit

Cili api 

Daun sup

Mari kita congak secara kasar berapa kos belanja dapur dapat kita kurangkan dalam seminggu:
Daun sup       RM2
Kesum            RM1
Kucai              RM2
Cili Api            RM2
Daun Bawang          RM2
Daun kunyit   RM1
Daun Pandan           RM1

Jumlah seminggu – RM11.00. Sebulan RM44, kita bundarkan RM50. Sekiranya kita nak rapikan lagi pengurusan kewangan keluargan, cuba ketepikan/tabungkan RM50 setiap bulan! Cuba ambik kalkulator kira berapa jumlah tabungan kita dalam setahun hasil dari pengurangan belanja dapur…hahahaha…

Menarik kan????

Itu baru dari tanaman asas, belum lagi dikira sayuran lain yang tak payah dibeli! Kalau tak kaya pun, boleh lah jugak kita tampung sikit sebanyak kesan dari bahana kos kenaikan petrol!

Jom berkebun…