Tuesday, October 14, 2014

Tanaman laman : African AloeVera - bedek "mak nya" toke kedai ikan dapatkan anak benih..



Sanggup tu...

Kali pertama bedek tak menjadi...fail!. “Mak nya” tu tak layan langsung... Hampa! Mungkin approach tak kena kot…

Puas tuan tanah fikir macam mana nak dapatkan benih africa aleo vera ni...susah bebeno nak cari kat nuseri sekitar alor setar ni...

Yang tak tahannya tu, tuan tanah ternampak pulak beberapa pasu african aloe vera berderet depan kedai ikan hiasan. Terletak bersebelahan kedai tempat tuan tanah selalu cuci  kereta. Pokoknya cukup subur. Salah satu pokoknya sedang berbunga.

ini la african aloevera yang jadi target tuan tanah sekian lama...hehehe

Macam dah tuan tanah cakap tadi, percubaan pertama gagal...jadi tuan tanah dok berfikir-fikir macam mana nak cairkan hati "mak nya" yang muka tak berapa nak senyum tu! 

Masa  pegi cuci kereta minggu lepas, tuan tanah atur strategi... Beli ikan “mak nya” tu dulu, baru ngendeng! Tapi ikan apa ya? Nak ikut kan suka memang tak suka nak bela ikan ni.. Rasa macam susah dan leceh… 

Tapi African AloeVera punya pasal...kena beli jugak la...

Misi pun bermula...
Sebaik ja  masuk kedai, auntie/”mak nya” tu tengok tuan tanah atas bawah, atas bawah… Mungkin dia ingat tuan tanah nak mintak aloevera dia lagi kot…hehehe… Tuan tanah pun mula berstrategi…tunjuk minat nak membeli…Apa lagi, tuan tanah pun start tanya pasal ikan-ikan hiasan yang mudah dibela dan tak perlu akuarium bagai...

Bukan main lagi dia, ramah tamah berceloteh itu, ini...
 "Ni u ambik ikan gapi la, senang jaga, tengok saya punya pun bela dalam mangkuk ja, hidup" kata “mak nya” tu bersungguh-sungguh...sambil menunjukkan ikan-ikan gapi berenang dalam mangkuk kaca atas mejanya.  

"Satu pasang ikan betina RM3 saja, dan sepasang jantan RM5" tambah “mak nya” tu dengan penuh ceria, untuk menangkan hati kami. Tuan tanah pun perasan sebab kami pelanggan pertama masuk kedai dia pagi tu...

"Ok la auntie, bagi 2 pasang ikan betina dan sepasang ikan jantan" jawap saya ringkas, nak cepat-cepat langsaikan misi terpendam!…
"U kena beli anti-klorin dan makanan, i kira u semua murah RM20 saja ma..." bukan main lagi dia hehehe
Dalam dia dok membungkus-bungkus tu tuan tanah cepat-cepat atur strategi...

6 ekor ikan gapi,  1 set makanan dan anti-klorin jadi taruhan

"Pokok aloevera tu cantik la auntie, pandai auntie jaga, jarang nampak dan susah nak dapat kat sini" tuan tanah cuba beranikan diri...

"Ya, ya, ramai orang tegur, u suka ka" tanyanya dengan senyuman melerek...
Waaah, orang mengantuk disorongkan katil, bukan bantal ni... Tunggu Lagi???

"Auntie jual la kat saya sepokok anak kecik tu, boleh? sambil tuan tanah tunjuk ke arah anak tunas di pangkal pokok.

"Boleh2..." jawapnya sambil mencabut, bukan satu tapi 2 tunas anak pokok...

"Berapa ringgit ni auntie" tanya tuan tanah 

"Tak payah, tak payah...saya kasi u saja ma..." sambil dia memasukkannya dalam beg plastik
ni la 2 anak benih african  aleo vera yang diidam-idamkan 

Syukur. Misi minggu lepas berjaya! Bukan main sukanya hati tuan tanah...Tima kasih la auntie walau terpaksa korbankan RM20.00! Harap-harap african aloe vera ni dapat lah menyesuaikan diri di laman kami...

Lepas ni makin berkembang kerjaya tuan tanah sebagai peladang, dah jadi penternak la pulak! hehehe


13 comments:

UmmuAidan-Arissa said...

syabas ana..nak tergelak sy ana ngorat maknyer kemain lagi semata2 aloe vera tuh yer..sib baik berjaya..abes ikan tuh camaner lak..jgn dianaktirikan sudah yer ana...heheh

AMIIZAA said...

betul-betul pasang strategi nie.....congrats akhirnya dapat jugak anak aloe verra:):)

suka tgk ikan tu cantik:)

Honey said...

Salam Ana,

Alhamdulillah.. rezeki namanya tu hahahahahaha

sud@is said...

Huwahh pandainya mengecekk, maknya terkantoi, takpa bela ikan, air tu nanti boleh buat siram pokok african aloevera..eloevera kita kampung marii..takmau ka...

Tiny gardener said...

Susah juga ya nak dpt pkk African aloe vera tu... Daun dia sewarna dan tak ada tompok putih ke AAV ni? Rasa mcm jiran sebelah saya ada, dia dah offer anak pkk sbb kat pasu dia sendat.

Normala Saad said...

Pandainya dia...hehehe..kak pun rasa macam pernah buat je drama ni...

Seri7ujuh said...

Tahniah misi berjaya...anggap je la rm 20 tu harga anak pokok campur kos poslaju...hehe...dah ada ikan guppy tu, elok la tanam water plant pulak

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Aloe vera Africa punya pasal kena pasang strategi bagai! Itulah dia tukang kebun tegar! Alhamdulillah berjaya juga walau terpaksa berkorban! Boleh tumpang pakai strategi ni! Terbukti berkesan.

cucubulat said...

hahaha tahniah! sangat gigih berusaha @na..strategi yg berkesan dan boleh dicontohi ni..:)

Kakzakie said...

Hihi... strategi mengena:)
Hebatlah Ana. Dapat juga aloevera idaman kalbu. Kakak rasa kalau tengok dari benih yg diberi tu memang dah oleh hidup tu sebab akar dah kuat..

Habis ikan tu macam mana? Duduk atas almari hiasan dah ke? Jgn pulak digoreng hahaha...

TukangKebun said...

Tersenyum-senyum tukang kebun baca.
Teringatkan ikan guppy yang beratus-ratus dalam kolam bersama ikan koi yang kena kasi makan tu hehehe...
Syukur Alhamdulillah yang mengidam akhirnya dapat.

Tarique Syahman said...

Salam @na,

Teringat beberapa bulan lepas mintak pokok belalai gajah dari jiran setaman..rumahnya di depan surau..nak terserempak dengan tuannya pun punyalah susah..satu hari tu dapat peluang masa dia baru abis siram pokok lepas maghrib..dia kata nanti dia bagi..punya lah lama tunggu..berminggu-minggu..ingatkan dia dah lupa..satu malam tu dia letak satu plastik besar atas bonet kereta..heee..Alhamdulillah.

aishah nin said...

Gigih awak menanam. Saya setakat siram pokok bunga boleh la..hihi