Monday, October 27, 2014

Tanaman laman: Daging goreng “ber” Cili Solok



Ikutkan hati, seboleh-bolehnya semua entri yang nak dimuatkan dalam page ni hanya berlegar sekitar kebun ja, atau tentang pokok dan tanaman saja. Tak mau melangkau sempada!

Tapi mana boleh pisah kebun dengan dapur, tambah-tambah pulak kita orang perempuan…ke dapur jugak setesen nya…hehehehe

Walau pun tajuk entri berkaitan dengan dapur/masakan tapi rasanya masih tak lari dari kebun. Sebab masakan daging goreng ni bertemakan CILI SOLOK. Cili yang dituai segar dari kebun. 

Jadi, jom kita masuk dapur jap…

Daging goreng bercili solok - resipi bonda

Resipinya cukup ringkas. Yang penting ada cili solok! (sebenar cili lain pun ok jgk hehehe)

Bahan:
250 gram daging (anggaran), halia, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang puteh, 1 labu bawang besar (kuning) dan cili Solok..

Cara:
Potong daging nipis. Perapkan dengan halia, bawang putih, bawang merah yang ditumbuk halus. Garam secukup rasa. Perap selama 20-30minit.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan daging, goreng hingga daging jadi sedikit garing. Kemudian masukkan bawang besar dipotong bulat dan hirisan lada solok. Kacau rata hingga bawang dan cili layu. Angkat dan hidang panas-panas!
Aromanya hemmm…cukup semerbak mewangi…

Daging goreng bersama cili solok ni di antara masakan ringkas yang tuan tanah cukup suka. Itu yang sanggup tanam sendiri Cili Solok, hanya semata-mata untuk dapatkan keaslian rasa daging goreng resipi bonda ni. Lebih-lebih kalau goreng daging korban. Lagi la special! 

Jadi, jika ada yang kebuntuan idea mencari menu masakan, berani-beranikan lah diri cuba resipi ni. Mudah, ringkan dan sedap (pada lidah tuan tanah la hehehe)

Selamat mencuba dan selamat berkebun,,,,


11 comments:

Julie M said...

Assalamualaikum Kak @na, nyum2 Nampak sedap, nak kena cuba resepi ni nanti...nak kena tanam cili solok jugak ni nanti, kakak ada benih cili ni ke? jualkan ke Julie boleh? hehe..

Kakzakie said...

Kakak dah tanya nursery benih cili solok ni Ana dia tak tahu. Kakak kata warna cilinya light green dia boleh tunjuk cili padi yg sama warna cili solok. Tak fahamlah tu...

Nanti kakak cari tempat lain. Mesti ada kan..

Daging goreng cili macam ini memang sedap Ana. Kakak pun suka. Ini mesti daging korban ni ye:)

sud@is said...

Tentu terselit kerinduan pada resepi bonda ni kan...pedas tak cili solok ni ana? rasanya macam pedas ala2 comey jaa....

Honey said...

Salam Ana,

Ana beli kat sapa haritu benih cili solok tu? Macam nak jugak tanam la hehe. Nnati boleh buat solok lada.

Ye la Ana, mana boleh pisahkan kebun dan dapur. Tengok macam I.. main is cooking, part time is gardening kui kui kui.

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Yang mahal tu cili solok tu, tak pernah jumpa kat KL ni. Itu yang kena tanam sendiri. Mak Aji benih dah ada semai je yang belum, he he! Kena semailah dulu baru boleh berangan nak cuba resepi ni.

kakyon said...

Susah nk caΕ•i cili solok ni kan. Sesiapa ada benih bolehlah jual, ky nk beli..

Endah Murniyati said...

Sedapnya. Thanks for sharing this recipe

Normala Saad said...

Ana, tahniah berjaya juga dapat buah cili solok tu. Pokok yang kak tanam memang tumbuh tapi jenuh duk kutil pucuk dia yang asyik kerinting. Bila berbuah cantik dan besar tapi sayang luruh sebelum cukup matang...nanti bila senang2 baru nak posting.

@na said...

1. Julie M;
Waalaikumussalam julie...
sebenarnya guna cili biasa pun boleh julie...hehehe
maaf julie cili ni tk sempat masak dah kutip...beluam ada benih lg..
aritu akak beli benih dgn jualjualbenih.. Alhamdulillah elok bercambah...tapi pokok dah besar kena attack! mostly one!

2. Kakzakie;
cili ni rasanya femes kat belah timur je kot kak...
aa' ni mmg daging korban...pandai akak teka...hehehe

3. sud@is;
ya ya betul sud@is...perasaan tu akan ada selama2nya...
cili ni pedas jgk...wpun nmpk color ala2 manja...

4. Honey;
Wassalam honey;
beli kat jualjualbenih...elok seeds dia...
i plk tebalik honey...
main gardening...hehehe

5. Ummu Madihah;
Wassalam mak aji;
mmg pun mak aji, kat alor setar pun tak da jual...tu kena tnm sendiri mak aji...

6. kakyon;
betul tu kakyon...saya beli benih cili ni dgn jualjualbenih...kakyon blh cuba..

7. Endah Murniayti;
super duper simple recipe...hehehe
tq endah..

8. Normala Saad;
tima kasih kak mala...
Alhamdulillah. Dapat jgk 3 bijik hehehe...
cili ni rupanya cukup susah nak jaga kan kak? sama la masalah kita..

LadyBird said...

Salam kenal kak.. simple resepinye.. nk cubelah.. trm ksh kak..

TukangKebun said...

Seronokkan masak hasil dari kebun simple begini pun memang sedap.