Saturday, June 28, 2014

Di ambang Ramadhan

Syaaban sudah mula beransur melabuhkan tirainya... Ramadhan semakin hampir menjelma... Ahlan Ya Ramadhan...

Sempena kedatangan nya...saya memohon ampun dan maaf terutama kepada semua rakan blogger yang datang bertandang ke laman ini, sekiranya dalam penulisan, komen atau semasa menjawab komen terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan saudara/i tanpa saya sedari, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf...Semoga ukhwah walau pun di kejauhan sentiasa berpanjangan dan harmoni..

INSYAALLAH.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekelian.. Moga kita semua mendapat PUASA YANG MABRUR

Amin.


Wednesday, June 25, 2014

Ros Pengantin – Selepas dan sebelum


Kering selepas 7 hari di meja ruang tamu



Ketika bugar




Tuesday, June 24, 2014

"Serupa tapi tak sama"

Tentu semua pernah bertemu dengan ungkapan ini kan? Masa dolu-dolu, ia begitu popular…dalam slot santai di majalah-majalah dan juga surat-surat khabar… dan kita pun bersungguh-sungguh mencari apa yang berbeza… seolah-olah macam la nak menang hadiah…hehehe… sweet jugak ingatkannya…

Untuk kembalikan nostalgia zaman kecik-kecik dulu jom kita uji minda dengan pokok di bawah ni…

Mereka berbeza…

Nampak serupa tapi berbeza keturunan…agak-agak apa yang tak sama nya??? Sekali pandang macam semua pokok ulam raja kan???

Cuba perhatikan di celah-celahnya tu… ada 3 pokok yang berdaun seakan sama dengan ulam raja…MARIGOLD!!!!

Seingat tuan tanah lah…dalam pasu ni cuma ditanam dengan seeds pokok ulam raja saja… Ia tumbuh dan membesar macam biasa…ulam raja kan, tak tanam pun tumbuh bagaikan johan…

Petang semalam baru perasan, masa nak kutip pucuk ulam raja buat ulam…ternampak ada bud muda marigold… bila masa pulak marigold bertengek dalam pasu ni. Nasib baik ia tunjukkan mahkota, kalau tak “ter-ulam” sekali pucuk marigold ni ..hehehe 

Bagus jugak ada penjaga pada ulam raja tu dan tak payah nak  susah-susah carikan companion! 
  

Thursday, June 19, 2014

Sunflower – cuba terbalikan!



Jom flip it…

Back side
Tadaa…

Double sunflower
dan…

Triple sun!

Senyuman sunflower cukup memikat hati dan buat kita tak jemu-jemu memandangnya…

Tabarakallah

Wednesday, June 18, 2014

Cekur Manis...

Cekur atau cekur manis antara herba yang sangat mudah ditanam. Cepat hidup. Lagi mudah jika ditanam dari ubi yang dah bertunas.. Tak sampai sebulan dah boleh tuai daunnya.. 
Cekur selepas 4 minggu…

Daunnya sedap dijadikan ulam dan ada juga orang gunakan daun cekur ni dalam masakan. Tapi tuan tanah belum pernah cuba menu yang menggunakkan daun cekur. 

Selalunya cuma masukkan ke dalam nasi ulam je. Ni pun pandai, sejak dok kat utara ni. Kalau sebelum ni tak terpanggil pun nak meng-ulam-kan cekur ni… Bau dia agak kurang enak… tapi bila digaul dengan ulaman lain tak lah terasa sangat.

Bunga cekur -  sekali tengok macam orkid kan?

Selain dari daun, bunga dan ubinya jugak boleh dijadikan ulam…tapi arwah nenek guna ubi cekur yang dikeringkan dan dikisar untuk buat bedak rambai. Cukup wangi!!




Monday, June 16, 2014

Cara buat Jeruk Rampai – Resipi Nenek



Ni entri bernostalgia sikit…
 
Hirisan halia, kunyit, bawang putih…

Jeruk rampai? Dulu ni tuan tanah kurang gemar Jeruk rampai ni. Rasanya kurang enak. Tapi sejak akhir-akhir ni rasa macam rindu pulak pada jeruk nenek ni.. Dan lately ni tuan tanah rasa macam sedap la pulak.

Mengenangkan kelebihan bahan-bahan yang digunakan mempunyai keistimewaan untuk kesihatan, tuan tanah cuba buat sendiri dan berkongsi di sini. Harapan agar resipi ini tidak hilang begitu saja. Moga-moga ia menjadi sedekah jariah yang berpanjangan untuk arwah nenek…

Antara bahan utama yang digunakan ialah:
Halia muda
Kunyit (kalau boleh guna kunyit muda)
Bawang putih
Cuka apple (nenek guna cuka nipah)
Garam
Gula
Bahan-bahan jeruk rampai
Cara;
Kupas halia, kunyit dan bawang putih. Bersih dan toskan hingga kering. Kemudian hiris halus semua bahan tersebut. Gaulkan dengan sedikit garam dan gula. Masukkan ke dalam botol/bekas kaca. Tuangkan cuka secukupnya. Tutup ketat dan masukkan ke dalam fridge supaya lebih tahan lama.

Jeruk Rampai

Jika dilihat pada bahan yang digunakan nenek dalam jeruk rampainya ini memang sangat bernilai untuk kesihatan.

Halia, kunyit, bawang putih telah dipercayai oleh banyak kajian mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Antaranya, ia boleh meningkat kadar metabolisma, mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah. Apa lagi ia diadunkan pulak dengan cuka apple! Almost perfect…

Selamat mencuba



Thursday, June 12, 2014

Sunflower generasi ke 2



Subhanallah…

Awal-awal pagi tadi dalam terkocoh-kocoh ke pejabat sempat snap sang mentari sedang tersenyum menunggu sang suria!

Cukup unik. Kembang ke arah matahari terbit!!!

4 pokok yang berjaya hidup  

Kudup menunggu kembang

Belum kembang sepenuhnya

Wajah sebenar

Dialah Yang Maha Pencipta, apa yang ada di langit dan di bumi…


Wednesday, June 11, 2014

Yellow cosmos – dried bouquet…



Subhanallah.

Kering sudah.
Yellow cosmos - selepas 7 hari

Walau pun sudah kering ia tetap cantik di mata tuan tanah...

Yellow cosmos – dry seeds

Benih-benih baru terhasil untuk menerusi kitaran hayatnya. Membawa tanggujawabnya yang tersendiri. Menghiasi alam!!!

Tabarakallah.