Thursday, June 5, 2014

Peperomia + spring onion, untuk menu campak-campak!!!



Kadang tu balik keja, rasa macam liat nak masak… Tambah pulak stok protein pun dah habis. Pening jugak nak fikir masak apa untuk makan malam.
 
Tengok kat fridge ada stok bihun, ada udang kering! Hah jadi…
Jenguk pulak kat laman, ada spring onion dan peperomia tengah meremut2… Dan buat masa ni, sayur ni je pun yang subur kat laman hehehe… Jadi cabut peperomia dan spring onion. Cuci bersih-bersih.

Tuaian untuk menu campak-campak

Apa lagi…bermula menu campak-campak!

Tumis bawang putih, lada hitam dan udang kering. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih, masukkan bihun yang telah direndam. Biarkan bihun lembut, kemudian masukkan sayuran (peperomia + daun bwg) perisakan dengan sedikit garam. Dah siap.
Sup ringkas…

Bihun sayur – menu malas tuan tanah untuk dinner semalam…


7 comments:

nadia rashid said...

peperomia tu nmpk mcm sawi bila dah masak dgn bihun...apa rasa dia eh...

Nani said...

saya selalu gak nampak pokok 'peperomia' tu, tapi tak sangka plak boleh dimakan...ingatkan dia tu termasuk dlm kategori rumput liar...hihiii..

Honey said...

Salam Ana,

Rasa apa sayur rumput tu? LOL

rostina76 said...

jakun la ros….dok kenal peperomia tu. bestkan main petik2 je.

Normala Saad said...

Punya lah banyak kat rumad weed ni,sudah tahu boleh makan tapi tak pernah cuba2 juga..cantik juga rupa dia dalam bihun tu..macam sawi ja..agaknya rebus buat ulam cicah sedap tak?

UmmuAidan-Arissa said...

Ini cam vegetarian menu nie ana..simple & sedapkan..peperomia tuh rumput ke ana?

Dalila Yusof said...

Seronoknya ..boleh menanam..berangan nak tanam ni...