Monday, June 16, 2014

Cara buat Jeruk Rampai – Resipi Nenek



Ni entri bernostalgia sikit…
 
Hirisan halia, kunyit, bawang putih…

Jeruk rampai? Dulu ni tuan tanah kurang gemar Jeruk rampai ni. Rasanya kurang enak. Tapi sejak akhir-akhir ni rasa macam rindu pulak pada jeruk nenek ni.. Dan lately ni tuan tanah rasa macam sedap la pulak.

Mengenangkan kelebihan bahan-bahan yang digunakan mempunyai keistimewaan untuk kesihatan, tuan tanah cuba buat sendiri dan berkongsi di sini. Harapan agar resipi ini tidak hilang begitu saja. Moga-moga ia menjadi sedekah jariah yang berpanjangan untuk arwah nenek…

Antara bahan utama yang digunakan ialah:
Halia muda
Kunyit (kalau boleh guna kunyit muda)
Bawang putih
Cuka apple (nenek guna cuka nipah)
Garam
Gula
Bahan-bahan jeruk rampai
Cara;
Kupas halia, kunyit dan bawang putih. Bersih dan toskan hingga kering. Kemudian hiris halus semua bahan tersebut. Gaulkan dengan sedikit garam dan gula. Masukkan ke dalam botol/bekas kaca. Tuangkan cuka secukupnya. Tutup ketat dan masukkan ke dalam fridge supaya lebih tahan lama.

Jeruk Rampai

Jika dilihat pada bahan yang digunakan nenek dalam jeruk rampainya ini memang sangat bernilai untuk kesihatan.

Halia, kunyit, bawang putih telah dipercayai oleh banyak kajian mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Antaranya, ia boleh meningkat kadar metabolisma, mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah. Apa lagi ia diadunkan pulak dengan cuka apple! Almost perfect…

Selamat mencuba



7 comments:

Kakzakie said...

Hmm... memang tak pernahlah kakak buat dan merasa Ana. Tapi kalau halia dan bawang putih tu macam boleh kot kakak telan cuma kunyit raw tu entahlah. Minum air kunyit tak ada masalah mungkin makan pun boleh kot:)

Warisan yg kena selalu diketengahkan..

Honey said...

Salam Ana,

Oi sedap oi buat jeruk.. mouth watery dah!

Normala Saad said...

Menarik. Belum pernah jumpa dan rasa resepi ni. Eluk di cuba tapi perut kak tak boleh dengan cuka la pula..

sud@is said...

Dok makan jeruk cili, mempelam ja ana..yang 3 jenis ni 1st time tengok cam menarik jaaa.... makan dengan nasi ke??

Endah Murniyati said...

Seperti acar ya??? Dimakan langsung atau jd teman nasi

@na said...

1. Kakzakie;
tapi kalau dah digaul dgn nasi bersama kuah esp..yg berlemak dah terasa dah...rasa mcm kita mkn acar..jika dimkn dgn nasi briani kak tu mmg ngam lah...hehehe

2. Honey;
Wassalam. Mmg pun...ada rasa masam2 manis,,,,best!!!

3. Normala Saad;
Ooooo akak ada gastrik ya?

4. sud@is;
ya, ya betul...lupa plk nak habaq...mmg mkn dgn nasi...selitkan dlm hidangan...gu dgn kari mmg fuhhhh...hahaha

5. Endah Murniyati;
Ya, betul... di makan dengan nasi bersama dengan lauk2 yang lain...as appetizer...
terima kasih sudi singgah...

UmmuAidan-Arissa said...

halia ngan kunyit jer kan bhn utamanya ana...nampak mudah jer tapi blom pernah cuba so sar..mesti sedap jgk kan..