Monday, June 9, 2014

Cara mudah buat Tauge bunjut



Tauge bunjut segar…

Jika ada net pembalut bawang, jangan buang! Gunakan untuk buat bunjut tauge. Bukan apa, kadang tu kita nak pakai sikit je tauge. Jadi boleh buat dalam bunjut-bunjut kecil. Sesuai untuk “one –off” menu!!. 

Net pembalut digunakan untuk jadikan bunjut

Tuan tanah gunakan net pembalut bawang putih dan tumbler yang dapat percuma dari Maybank. Memang sesuai dengan saiz bunjut yang nak dihasilkan.

Cara;

Masukkan 2 sudu kacang hijau ke dalam net, ikat rapi kemudian rendam selama 8 -10 jam.

Bila kacang kembang dan merekah, masukkanya ke dalam tumbler (tidak boleh ditembusi cahaya). 

Tutup dan letak di tempat yang mudah kita nampak. Kot-kot terlupa!!
Esok pagi keluarkan bunjut dari balang, siram bawah air paip dan masukkan semula ke dalam tumbler dan tutup.

Ulang langkah ini sehingga tauge kembang sempurna atau mengikut kesesuaian citarasa atau menu yang nak disediakan. 

Tauge sedia dituai pada hari ke 3

Selalunya nya dalam masa 3 hari toge boleh dituai. Tapi tuan tanah lebih suka tauge yang kontot-kontot. Rasanya lebih manis!

Selamat mencuba…buat sendiri tauge di ruang dapur…cepat, sedap, berkhasiat!!!


12 comments:

Honey said...

Salam Ana,

Idea yang bernas masuk dalam thumbler haha.

Pssttt.. I baru tau u orang utara :)

Nani said...

Ooo..bagus le, idea yg baik..tq..

sud@is said...

huwaaa...@na... eksperimen toge pulak..cayalah @na, jimat dan berkhasiat, nak buat nasi kerabu ke tuuuu...

Normala Saad said...

Thank you Ana for sharing this. Boleh cuba nanti.

UmmuAidan-Arissa said...

wah cukup senang gaya gini na..kawe pun nok try jugoklah..:)

nadia rashid said...

okeh step pertama akan dicari net bawang tu..:D

Seri7ujuh said...

salam,
dalam tumbler tu ada air ke? airnya kena ganti setiap hari?

@na said...

1. honey;
pada dok simpan tumbler tu smpai berhabuk baik guna buat toge honey...hehehe

2. Nani;
try la nani...

3. sud@is;
syok tnm toge ni sud@is...2 sudu kcg pun dah belambak!!!hehehe

4. Normala Saad;
Wc...cuba la kak, cukup senang!

5. UmmuAidan-Arissa;
memey sene wat lagu ni ummu...

6. nadia rashid;
dah jumpa je net tu,jgn lupa buat plk...hehehe

7. seri7ujuh;
Wassalam. Jgn boh air dlm tumbler, cukup dengan bilas je bunjut kcg setiap hari utk mengelak kcg tu busuk...selamat mencuba

Kakzakie said...

Oh... bijak! Kakak tak pernah buat pun cara Ana ini. Biasa kakak buat masuk dlm mangkuk aje tak terfikir pun nak berbunjut macam ini - cantiklah pulak:)

olive said...

@na, you are so creative!

@na said...

kak zakie;
rasanya lebih senang buat mcm ni...senang2 kak zakie boleh lah cuba...seronok bereksperimen kat dapur hehehe

olive;
thanx, so with u olive!!!

SM79 said...

besttt saya suka taugeh...

kena balik buat, bersih skit dr kita beli kt kedai.... puas makan... masak sayoq lemak togey la lepas ni....

tq sis bg idea yg amat2 best....