Tuesday, June 24, 2014

"Serupa tapi tak sama"

Tentu semua pernah bertemu dengan ungkapan ini kan? Masa dolu-dolu, ia begitu popular…dalam slot santai di majalah-majalah dan juga surat-surat khabar… dan kita pun bersungguh-sungguh mencari apa yang berbeza… seolah-olah macam la nak menang hadiah…hehehe… sweet jugak ingatkannya…

Untuk kembalikan nostalgia zaman kecik-kecik dulu jom kita uji minda dengan pokok di bawah ni…

Mereka berbeza…

Nampak serupa tapi berbeza keturunan…agak-agak apa yang tak sama nya??? Sekali pandang macam semua pokok ulam raja kan???

Cuba perhatikan di celah-celahnya tu… ada 3 pokok yang berdaun seakan sama dengan ulam raja…MARIGOLD!!!!

Seingat tuan tanah lah…dalam pasu ni cuma ditanam dengan seeds pokok ulam raja saja… Ia tumbuh dan membesar macam biasa…ulam raja kan, tak tanam pun tumbuh bagaikan johan…

Petang semalam baru perasan, masa nak kutip pucuk ulam raja buat ulam…ternampak ada bud muda marigold… bila masa pulak marigold bertengek dalam pasu ni. Nasib baik ia tunjukkan mahkota, kalau tak “ter-ulam” sekali pucuk marigold ni ..hehehe 

Bagus jugak ada penjaga pada ulam raja tu dan tak payah nak  susah-susah carikan companion! 
  

12 comments:

Honey said...

Salam Ana,

Sebut ulam raja teringin nak makan dengan sambal kelapa. Sedapnya la haiiii

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

Nasib baik la tak terulam si marigold tu....kalo x,tak merasa la tgk marigold berbunga dah kene kunyah. hehe :)

UmmuAidan-Arissa said...

Kalau terulam marigold pun takper kan na..blh juga test sedak ko dok...hehe

UmmuAidan-Arissa said...

Kalau terulam marigold pun takper kan na..blh juga test sedak ko dok...hehe

Kakzakie said...

Kalau dah termasuk dlm mulut macam manalah agaknya. Mesti hairan apasal pulak bau ulam raja ni lain macam aje hihi..

Nani said...

manalah marigold tu, saya tak dptlah bezakan kedua2nya...yg nampak ulam raja shj..

nadia rashid said...

Puas zooming gambar ni masih x dapat nk teka yg mnr marigold

@na said...

1. Honey;
wassalam. sambal kelapa??? ooo tk penah buat la honey...nnti tempek resipi na...

2. Ibu Qistina;
Wassalam ibu qis..hahaha...jgn plk bunga tu kembang dlm perut....ingat tak masa dulu2 kita takut tertelan biji buahan takut tumbuh dlm perut...tahyul betul kan???hihihi

3. UmmuAidan-Arissa;
takut beracun je ummu...hehehe

4. Nani;
mmg nani kalu tk perati betui2 mmg nmpk serupa je...tp kalu tgk dekat2 baru nmpk beza dia..

5. kakzakie;
kalau tak toksid tak apa kakzakie...blh kita promote kat kwn2 plk kesedapannya...hehehe

6. nadia rashid;
hehehe kesian nadia...saya tk circle yg mana satu ya...tp kalu tgk betui2 blh perasan tu

sud@is said...

kalau masa tak berbunga memang ingat ulam raja kesukaan rakyat....

Endah Murniyati said...

Saya tak pernah tanam sayur ini dalam pot. Sepertinya menarik & cantik ditanam dalam pot.

@na said...

1. sud@is;
tu la nasib tk tersasul meng-ulamkan pucuk tahi ayam hehehe

2. Endah Muniryati;
Endah, rasanya lebih mudah tnm dlm pot...dan kalau dah bebunga ia sgt cantik sekali...nmpk mcm pokok hiasan...

Syafiq Mst said...

apa pokok marigold tu? ada rasanya ya? saya baru pertama kali terbaca...