Friday, December 2, 2016

Jengok laman jap..

Salam Jumaat semua...
Pagi ni berkesempatan bermesra dengan laman. Kalau dah mai mood rajin tu, dalam hujan renyai pun sanggup berfoto-foto... Jom layan jap,

Mulberry sedang meranum

Hasil tuaian...emmmm manis bersari

Yang ni pulak tengah galak berputik

Haahh...bunga giant markisa tak kurang wanginya...

Satu-satunya pokok orkid di laman

Dia puuuunn...turut meriahkan laman...


Ok, selamat berhujung minggu semua. Jumpa lagi...

Wednesday, October 12, 2016

Bubur Nasi Pucuk Mulberry

Menu ringkas petang semalam...

Pic:Tengah mendidih....



Monday, October 10, 2016

Mulberry muda

Mulberry. Bila diberi hard pruning terus keluar pucuk2 baru. Dan best nya tu, bila ja berpucuk, putik2 buah mulberry pun menyusul...

Giant mulberry

Sementara tunggu buah mulberry ranum tuan tanah (tt) nikmati dulu pucuk2 muda mulberry. Pucuknya cukup enak. Boleh dimasak lemak cili api, lemak putih, sup atau sayur bening. Bagi tukang kebun yang kurang rajin macam tt ni, memang amat berbaloi tanam mulberry....

Tuaian pucuk2 muda mulberry 

Rupanya ada dua jenis mulberry dalam koleksi laman kami. Baru tt perasan. Tu pun bila ditegur seorang kawan yang datang berkunjung ke rumah tempoh hari. Giant mulberry dan satu lagi tt namakan saja mulberry kecik. Since ada yang giant kan...

mulberry "kecik"

Bila diamati-amati bentuk daun antara keduanya ternyata ketara perbezaannya...

atas: daun giant mulberry
bawah: mulberry kecik

Tapi bagi tt, pucuk mulberry "kecik" lebih sedap dijadikan menu masakan berbanding pucuk giant mulberry.... Namun begitu, buah giant mulberry lebih manis dan lebih besar. 

Nama pun giant kan?? 




Saturday, September 24, 2016

Pak belalang...

Ni bukan nujum-nujum dah...memang real! Dah tahu punca... Dia la rupanya yang dok meragut di laman... bukan seekor, banyak.... ada yang kuning ada hijau... tapi yang hijau tu lagi banyak dan cukup aktif... Habis daun  dan sayuran rongak ada yg tinggal ranting ja...

Tengok tu selamba ja... posing

Macam mana ya, nak atasi masalah pak belalang yang berkeliaran ni...mohon kongsi info...terima kasih..

Wednesday, September 21, 2016

Wangi bunga markisa

kembang mewangi

Kembang dicelah-celah daun..


Tuesday, September 20, 2016

Pisang nangka rancak berbuah...

Pisang ni jenis kacukan pisang nangka dengan pisang raja. Memang  rasa dia agak berbeza dengan pisang nangka biasa. Lebih sedap. Tapi tak tahu cakap macam mana hehe. Yang pasti rasanya berbeza. 

Pisang nangka kacukan raja..

Pokok pisang nangka jenis ni mudah berbuah. Bila dia matang ja (lebih kurang 8-10) akan nampaklah jantung dia terjulur keluar. Seronok betul tengok. Tak sampai 3 bulan lepas tu dah boleh tuai... 

Semua pokok matang berbuah..

Yang dituai seminggu sebelum raya haji..

Sayang, yang ni belum cukup matang...tumbang..

Senang tanam pisang tak payah siram, tak payah baja, hasilnya lumayan dan boleh berbagi rezeki....yang best tu purely organic...

Alhamdulillah.


Monday, September 19, 2016

Kacang cerdik tumbuh??

Macam tak pecaya bila tengok ada kekacang bertunas dalam kotak kompos... Bila dibelek-belek nampak tunas dari kacang cerdik... Rasa pelik jugak.. 

Memang kami ada buang kacang cerdik yang tak merkah dan keras kematu ke dalam kotak kompos! 

Tapi yang heranya, bukan kah kacang yang dijual kat kedai digoreng atau dibakar terlebih dahulu?..

Banyak soalan bermain di kepala...
Bila diamat-amati memang kacang cerdik yang tumbuh...

pindah ke dalam pot pada 10 jun 2016

Setelah lebih 2 bulan pokoknya hidup agak subur...

5 pokok masih bertahan

Bila tuan tanah tanya pak cik gugel, ia dari jenis chinese pitstachio rupanya...
Ada sesiapa dah tanam pokok ni? Tolong share ya, tima kasih..