Monday, January 2, 2017

Harum malam...

Di sebelah utara pokok ni dipanggil sebagai pokok harum malam. Mungkin, kerana bunga ini kembang dan sangat harum di waktu malam dan hanya bertahan hingga ke awal pagi saja. Keharumannya mula berkurangan bila matahari semakin meninggi dan hari semakin panas.

Bunga ini merupakan bunga yang terharum dalam koleksi laman kami. Bila musim ia berbunga, wangiannya semerbak memenuhi seluruh ruang rumah kami. Dan melangkau ke sebahagiaan kawasan taman kami. 

Dan, pada ketika ini juga, akan kedengaran "busy bees" berterbangan keriangan. Sibuk, hinggap dari satu kelopak ke kelopak gugusan bunga yang sedang berkembang... Entah dari mana ia muncul. Sama-sama menceriakan laman. Nyaman dan menyegarkan...

Pic di awal pagi...

Kelihatan lebah sibuk menyedut madu

Gugusan bunga yang mewangi...

Syukur di beri nikmat wangi... Walau pun hanya seketika tapi berkekalan tersimpan dalam memori...






5 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Cantik bunganya..
Harum semerbak menghiasi laman..

Kakzakie Purvit said...

Meriah betul dia memberi kebahagiaan tuan dia Ana
Kalau masuk dalam tray comel letak atas meja dah tak payah guna air freshner:)

Kakak dok membelek gugusan bunga tu tapi macam tak pernah jumpa live lagi.

Reen Johari said...

Bangun pagi sambil menghirup udara segar.. Udara bauan waktu pagi.. Dengan bauan bunga2.. Bestnya.. Sejuk..

http://www.reenri.com

Warisan Petani said...

Harum semerbak walaupun seketika.

Normala Saad said...

Memang bunga ni wangi sangat...