Monday, October 20, 2014

Tanaman laman: Terjumpa satu lagi bunga cantik, wangi dan “edible”



Subhanallah.

Unik sungguh bentuknya… berguguran…yang best tu macam jatuh terus “bersila” atas rumput. Dok tegak elok ja! Jambul ke atas. Cantik pulak tu. Sekali tengok macam starfish pun ada...
Unik kan?

Bunga tapak sulaiman???

Memang mengundang perhatian tuan tanah. Sambil menunggu pak cik pasar tani potong ayam(Jalan Tun Razak), tuan tanah mula lah buat inspection..ambik gambar bagai…

Bunga yang sempat dikutip - bila didekati tercium bau wangi lembut

“Tu bunga putat, tak penah tengok ka? Sapa pak cik jual ayam tu… “Tu pokok dia, besaq, bebuah lebat” sambil tunjuk ke arah se batang pokok di sebelah tempat tuah tanah berdiri..
Ni la dia pokok putat - Buah bergayut-gayut!

“Buah dia tu pun sedap buat ulam, bunga ni pun boleh makan jugak” terang pakcik tu panjang lebar bila tengok tuan tanah macam tercengang-cengang…

“Oooo ni ka pokok putat, selama dok makan pucuk ja buat ulam, belum penah pokok tengok dia, besaq rupanya, tima kasih pak cik” balas tuan tanah sambil bayar duit ayam…

“Tu nak balik makan ka tu” balas pak cik sambil tergelak besar bila tuan tanah minta plastic bag nak isi bunga-bunga yang telah dikutip!!!

“Tengok la pak cik, macam lawa sangat nak makan ni” balas tuan tanah nak tergelak sambil berlalu…


18 comments:

Kakzakie said...

Alahai Ana kakak pun tak kenal pokok putat. Buah, daun dan bunga dia pun kakak tak pernah jumpa lagi..

Memang cantik bunganya:)

Habis makan tak bunga tu? hahaha....

❤Kamsiah❤ said...

akak biasa tgk pokok putat yg besar..tp tak pernah tgk bunganya..cantik...
buah putat yg muda sedap buat ulam,kan...

sud@is said...

Kat rumah datok akak kat kampung ada pokok putat @na, masa kecik2 main masak-masak ngan bunga putat ni la, buat sayur, rambutnya tu buat bihunn gorenggg sonok tau ana nostalgia betul bila tengok bunga putat...

cucubulat said...

penah dengar nama jaa,,tak kenal pun,,cantik rupanya bunga putat n besar pokoknya.

AMIIZAA said...

@na, hehehheh siap bawak balik bunganya...cantik bunganya...kat rumah MIL ada pokok putat ni:)

UmmuAidan-Arissa said...

hehe...nak tergelak cam pakcik tuh jgklah ana siap bawak plastik buat balik lagi tuh...tp mmg cantik2 bunga2 tuh...festime tgk bunga tapa seleman yer..*-*

Normala Saad said...

Pokok putat ni pukok ulam orang dulu2. Kak membesar dengan pokok ni dimana zaman kecil pucuk ni adalah ramuan ulam utama dalam laksa selain dari timun dan bawang. Ada dua jenis putat. Satu yang suka tumbuh tepi sungai/alur. Daunnya lebih kecil, hijau dan rasanya lebih sedap. Yang satu lagi tu daunnya merah gelap dan buahnya juga besar. Jenis besar ni senang tumbuh kat mana2. Rasanya yang bunga tadi dari jenis putata besar.

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Mak Aji pertama kali tengok bunga ni, juga pokoknya dan buahnya! Tak sangka sebesar tu pokoknya! Pucuk putat pun x berapa kenal, cuma biasa sangat dengar nama tu.

Honey said...

Salam Ana,

Memang cantik bunganya. I pernah makan buah putat tapi kelat hihi

Hana Syed said...

biasa jumpa bunga nitapi tak tau namanya.. putat rupanya..

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

first time saya tgk pokok ni,nama putat mcm nama ulam yang orang buat makan. cantik bunganya. buah pun cantik. :)

Julie M said...

Assalamualaikum Kak @na,
cantiknya bunga putat tu, 1st time Julie tengok, terus rasa nak tanam pokoknye, hihi...

Adry@Daun said...

As salam @na,

Apa khabar tuan tanah? Lama tak singgah ke sini. Nk komen sikit pasal putat tu. Yg @na tgk tu pokok jenis daun besar, pucuknya tak berapa sedap utk dimkn. Putat yg kita mkn pucuknya tu drp spesis lain. Daun lebih kecil, runcing dan bergerigi pd bhgn tepi. Putat yg tu biasa tumbuh di kawasan berdekatan dgn sumber air spt sungai, tasik dan sawah padi.

Pokok putat yg ni saya biasa tgk org tnm di laman rmh tp ia memerlukan ruang yg agk luas.

TukangKebun said...

Cantik sungguh bunga putat ya.

Seri7ujuh said...

makngah kenal buah putat je... daun, pokok, bunga putat memang tak kenal...

nadia rashid said...

Pucuk pernah la mkn sebagai ulam.. Xtau gini rupa pokok n bunga nya...Nasib baik ada pakcik Ayam...klu x mesti x tau

anajingga said...

salam ukhwah, patut macam pernah tengok tapi dah lupa kat mana, bunga putat rupanya..cantikkan.. :)

Bunda a.k.a KN said...

Bunda pernah jugak dengar yang putat2 ni...tapi tak pernah tengok betul2 pun...ni lah baru tengok dalam gambar jer pun.....hehe..