Thursday, October 16, 2014

Tanaman laman: Tanam sendiri tanaman asas boleh jimatkan belanja dapur



Pada tuan tanah la, daun bawang, kucai, kesum, cili api, daun kunyit, daun sup dan pandan adalah tanaman “dapur” yang paling asas. Jika ditanam sendiri boleh mengurangkan belanja dapur…

Terutamanya, bagi orang macam tuan tanah yang suka kepada masakan kampong yang ringkas, sayuran di atas menjadi bahan utama dalam masakan harian. Memang boleh menjimatkan sikit belanja jika semua tu ada kat laman sendiri. Lagi pun tanaman ni tidak sukar ditanam dan tak perlu ada laman yang besar. Boleh ja tanam dalam pasu/bekas kitar semula.
Kucai - benih dari sud@is (FOC)

Daun bawang - benih dari Giant RM0.79

Kesum – pun benih dari sud@is (FOC)

Daun kunyit

Cili api 

Daun sup

Mari kita congak secara kasar berapa kos belanja dapur dapat kita kurangkan dalam seminggu:
Daun sup       RM2
Kesum            RM1
Kucai              RM2
Cili Api            RM2
Daun Bawang          RM2
Daun kunyit   RM1
Daun Pandan           RM1

Jumlah seminggu – RM11.00. Sebulan RM44, kita bundarkan RM50. Sekiranya kita nak rapikan lagi pengurusan kewangan keluargan, cuba ketepikan/tabungkan RM50 setiap bulan! Cuba ambik kalkulator kira berapa jumlah tabungan kita dalam setahun hasil dari pengurangan belanja dapur…hahahaha…

Menarik kan????

Itu baru dari tanaman asas, belum lagi dikira sayuran lain yang tak payah dibeli! Kalau tak kaya pun, boleh lah jugak kita tampung sikit sebanyak kesan dari bahana kos kenaikan petrol!

Jom berkebun…


18 comments:

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

Wow,banyak jugak yang dapat kita save ya @na. Thanks for sharing info,saya rasa kalo kita tanam sayur2an confirm lagi la jimat. g pasar beli ikan,ayam dll je. :D

UmmuAidan-Arissa said...

banyak tuh dah boleh top up duit minyak naik 20sen tuh ana..heheh

cucubulat said...

waa,,banyak boleh save kan..
jeles la tengok kucai,daun sup dan kesum,,bukan ku tak cuba tapi tak mau menjadi.benih kucai rasanya 2 minggu dah saya semai,hari2 jirus tapi tak nampak batang hidung lagi.huhu
daun sup tu semai biji benih jugak ke?

sud@is said...

Waaa!! pandai betol @na calculate, setuju dengan ibu Qistina g pasar beli ikan, ayam, daging jaa....
kena rajin turun kebun ni, seminggu dua ni kemalasan melanda...

Tiny gardener said...

Setuju. Bila diperlukan, terutama sikit je, tak perlu beli.

Normala Saad said...

Setuju sangat..saya suka

Kakzakie said...

Betul kakak setuju more than 100%. Kakak pun tanam juga Ana cuma daun kucai kakak tak ada lagi..

Honey said...

Salam Ana,

Memang berbaloi tanam sendiri. Eh, hangpa dua tinggal dekat ke?

olive said...

Wow, kalau tak tulis tak realise pun actually dah save banyak duit dapur ya

AMIIZAA said...

setuju, nak pakai, tinggal petik jerk tak payang beli:)

AMIIZAA said...

setuju, nak pakai, tinggal petik jerk tak payang beli:)

suka suka said...

Jimat kann

Hana Syed said...

slam perkenalan, nampak simple je tanaman herba ni. tapi mempengaruhi juga. boleh save ongkos..

Bunda a.k.a KN said...

Bunda ada tanam daun bawang tu...sebab bawang besar bunda banyak bercambah...tapi sedar2 habis di makan siput kot...kat sini banyak siput babi..

TukangKebun said...

Kurang pakai minyak tak perlu keluar.
Nak keluar pergi beli barang pun nak kena masuk kos minyak pergi beli.
Bahan-bahan asas tak memakai ruang nak tanam.

❤Kamsiah❤ said...

selain berjimat,boleh jugak diberi pada jiran2 kan...dapat pahala hehe

Linda said...

ni semua pokok favourite saya ni ana, tapi bila saya tanam, cepat pulak matinya...huk huk :p

anajingga said...

setuju dengan @na, samalah ana pun suka tanam sendiri walaupun tak sebanyak mana,yang penting seronok melihat hasil tanamannya.. :)