Tuesday, February 19, 2013

Serai aceh...


Aku tak pasti macam mana pokok ni dapat nama.

Minggu lepas aku tergoda dengan satu pokok yang aku tak penah tengok sebelum ni.

“Ni serai aceh…boleh guna masak tomyam…boleh ganti serai biasa..orang siam (thai) suka guna serai ni dalam tomyam depa” terang pakcik bersungguh-sungguh bila tengok aku dok belek-belek pokok dalam polybag tu..

ni la rupa serai aceh tu...
 
“ya ke pakcik? Aku minta kepastian..sambil getus sedikit daun dan cium.. Memang baunya macam serai!

“Laa…awat pakcik nak tipu ceq pulak” jawap pakcik dalam loghat pekat utara.

“Berapa harga sepokok ni pakcik? Aku mula teruja..pokok ni nampak cantik. Berdaun lembut tak macam serai biasa. Masa nak korek nanti tak payah nak berglove bagai.. Aku bercongak-congak sendirian mengukuhkan hujah untuk membelinya. Aku nak convince siapa pun aku tak pasti…hehe

“Alaa…murah ja…RM5…” balas pakcik tu mesra.

“Ok pakcik saya ambik sepokok” sambil aku menghulurkan not RM5

Balik hari tu tak sempat tanam. Petang semalam baru la tanam dalam pasu.
 
harap-harap subur la ni
 
Belum  tahu rasanya macam mana kalau diguna untuk masak tomyam nanti, sama tak dengan rasa serai…Curious jugak ni !

4 comments:

ummuaidan said...

mmg jauh bezanya ngan serai kira kan @ana..daunnya lebih lebar..apapun cuba tanam dulu yer..nanti kita leh cuba gak bila yg @ana yer dah terbktti sedap..eheheh

@na said...

ummu, InsyaAllah nanti saya hantar tomyam serai aceh ke fiji kita sama-sama rasa nanti...hehe

Small Kucing said...

Serai ni akarnya warna apa? Pink ke?

Small Kucing said...

Serai ni akarnya warna apa? Pink ke?