Wednesday, February 27, 2013

Hujan dah mula turun…moss rose makin segar


Alor Setar antara Bandaraya yang terpanas! Tambahan pulak dah 2 bulan lebih tanpa hujan. Semua mengeluh panas. Tanah kering dan merekah. Pokok-pokok pun kuyu kepanasan.

Syukur. Dah 2 hari hujan mula turun walaupun tak lebat sangat. Tapi cukup untuk pokok bernafas lega. Macam seolah-olah terdengar pokok-pokok di laman sedang menyanyi riang….

Sempat snap moss rose dari beranda rumah yang baru seminggu ditanam kelihatan segar dibasahi hujan. Teruja menunggu bunga-bunga comel sebagai penyeri di laman rumah.

 
gambar di snap masa  hujan rintik-rintik
 
moss rose/ros jepun ni baru seminggu ditanam
benih dari moss rose kat bawah ni

 
ros jepun jenis bunga bersusun
 
Nikmat hujan.
Diturunkan untuk menumbuhkan tanam-tanaman sebagai penyeri dan penyejuk bumi.
Moga kita semua termasuk dalam golongan orang yang berfikir dan mensyukuri nikmat dari kebesaranMu, Ya Allah.

Amin. Ya Rabbal ‘Alamin.

14 comments:

ummuaidan said...

Alhamdulillah hujan turun..nampak subur tuh tanaman2 @na

S..U..D..@..I..S said...

pokok2 menderita, meninggal sebelum hujan turun..

nadia rashid said...

salam na...nanti elok hidup cepat m'biak..:D

SM79 said...

cantiknya bunga rose.............

❤Kamsiah❤ said...

cantiknya...saya ada jugak cari kt nurseri rose jepun tu tp susah nak jumpa...:)

yan's cottage said...

ooo...ini rupanya ros jepun...kak selangor orang panggil kembang pagi...memang cantik...nampak subur lepas hujan kan...?

Adry@Daun said...

As salam ana,
Pokok ros jepun ni dulunya dikenali sbg bunga kembang pukul 10 sbb bunganya mekar sekitar waktu tu. Ia adalah spesis portulaca, sama dgn remilang/beremi yg blh dimakan sbg ulam tu. Org utara kenai kot pkk remilang tu.

Pokok yg keliling pasu tu adalah nenas kerang/pandan ungu. Blh buat ubatan herba sebenarnya. Pernah tgk tak bunga nenas kerang tu? Kalau ada, cuba perhatikan bentuknya.

@na said...

ummuaidan, mudah2an macam tuh la u,tp rose jepun pun mmg jenis shrubs yg mudah hidup dan tk susah sgt nk jaga..hehe

@na said...

sud@is, jgn giv-up...terus je menanam sonok..

@na said...

nadia-rashid, tima kasih sudi singgah..hrp2 subur lah rose tu...

@na said...

SM79, pokok ni mudah sgt hidup dan sangat cantik kalau ditanam banyak2..kalau su nak benih habaq la na..hehe

@na said...

kamsiah, ooo ya ke, kalau dok sekitar alor setar blh mai ambik kat rumah..dan tima kasih sudi singgah..

@na said...

yan's cottage, kat utara terkenal dgn nama rose jepun...mcm mana dpt nama ni pun saya tak berapa pasti..

@na said...

adry, rose jepun spesis beremi rupanya..tp saya tak penah tgk pokok remilang tu...nnti nak cari kat pasar..
nama nenas kerang rupanya pokok tu...tp pokok ni belum pernah berbunga lagi...InsyaAllah kalau ada bunga saya akan post dlm post akn datang