Thursday, August 14, 2014

Terung pipit – tumbuh sendiri



Teung pipit ni antara tumbuhan yang boleh dikira “gift of nature”. Tumbuh sendiri. Subur pulak tu. Tak payah nak siram dan jaga bagai!

Berbuah lebat

Tuaian terung pipit tapi tak tau nak masak apa

Disebabkan tuan tanah tak berapa suka dengan rasa terung ni, cadang nak korbankan saja pokoknya.

Tapi bila nampak banyak lady bug singgah di pokok terung pipit ni, terbantut pulak hasrat tersebut. Simpan je lah pokok ni untuk tarik banyak lagi lady datang bertandang…

Di antara lady bug yang sempat di snap!

You are welcome lady… 


16 comments:

cucubulat said...

buat air asam terung pipit sedap,,dulu hari2 suruh mak buatkan dah besar panjang ni nak kena minta resepi dgn mak..

nadia rashid said...

Klu kecik2 dulu suka wat peluru senapang buat sendiri...hihi tak suka gak rasa nya...tp mak sy suka celur mkn dgn budu,

Kakzakie said...

Oh... kalau kakak makan aje ana. Makan dgn sambal belacan. Celurlah sikit. Memang ada rasa maung dan sikit pahit tapi kalau dah lidah kampung macam kakak ni suka aje..

Jgn buang! simpan aje mana tahu ada tetamu dtg jenis macam kakak boleh bagi pada mereka.. tak payah jaga pun kan:)

Ct Mar said...

Kak ana msk lemak letak terung pipit sedap..x pn msk kari hijau..letak dlm asam pedas pn blh

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedap terung ni makan buat ulam. Simpan pun tak apa jika tidak menggangu.

Seri7ujuh said...

Sy panggil terung rembang..buat masak gulai lemak, sambal tumis pun sedap...ikut kreativiti, mcm terung biasa juga...kena rajin buang buah yg tua..kalau tak nanti, beranak pinak...

sud@is said...

Pernah nmpak orang masak bersama sambal bilis, tapi sy belum pernah makan...

Honey said...

Salam Ana,

Buat masak sambal or green curry sedap ni! Eh terliur!

Shasrine said...

Goreng pastu masak dengan sambal ikan bilis. Sedap sangat.

Shas dulu pon x tau makan. Beli from pasar online kebun bahagia bersama Diana masukkan sekali terung pipit ni. Sekarang, everytime gi pasar mesti shas tanya pada kakak yang jual sayur kampung, terung pipit ada jual tak.

Regards,
Shas
shashandmade.blogspot.com
madebyshas.blogspot.com

Normala Saad said...

Kak terung ni suka buat sambal dengan udang atau sambal ikan bilis. Pokok akak diserang bena. Habis dua pokok. sekarang malas dah nak tanam.

TukangKebun said...

Dulu tak pandai makan terung ni. Tapi sekarang pandai gak rindu sekali sekala nak makan. campur dalam sambal ikan bilis pun sedap. Atau masak berlada dengan tempe, ubi kentang dan ikan bilis.

Awin said...

salam aidilfitri ana. lama sungguh tak menjenguk diari kebun ana. mak saya pernah buat sambal terung pipit letak isi ikan. sedap juga.

Endah Murniyati said...

Di sini namanya takokak atau cepokak, biasa dimasak tumis pedas dengan ikan teri atau dimasak gulai pedas. Kadang banyak pula yang dimakan mentah dengan sambal

Chik Att said...

Kat rumah pun banyak tumbuh .... CA cbut ja. biarkan 2 3 pokok ja hidup.....

@na said...

1. cucubulat;
menarik ni...kalau dah dpt resepi nnti update na...

2. nadia rashid;
hehehe...kreatif, arwah nenek pun suka mkn mentah buat ulam katanya sedap...tp eii tk berani try...

3 Kakzakie;
tu la kak, sayang pulak nak buang...kena try jgk ni..tp tk thn bau dia tu...hehehe

4. Ct Mar;
ooo ya...kari hijau tk penah buat la dik, kalau ada resepi tlg update ya...tq

5. Pokok manggis Depan Rumah;
nak kena belajar menikmati anugerah alam ni...tima kasih sudi singgah ke blog kerdil saya ni...hrp silahturahim berpanjangan.

6. Seri7ujuh:
terung rembang nama lain bg terung pipit ,bertambah ilmu...tima kasih berkongsi infokat sini..

7. sud@is;
pasni kita kena try la sud@is, semua kata sedap ni...hehehe..kalau sud@is nk terung pipit ni habaq na

8. Honey;
Assalam honey;
kalau dapat kat u ni...sure dah mcm u buat kan? hehehe

9. Shasrine;
Terima kasih shas, berkongsi idea mcm mna nak masak terung ni...boleh cuba nanti...
Shas, tima kasih byk... sudi singgah dan berkongsi di sini...hrp hubungan kita berpanjangan...

10. Awin;
Salam Aidil Fitri jgk awin...betui la lama sungguh awin tak bersiaran...tentu sibuk sesangat tu kan?
Awin, mcm special tu, buat sambal ikan...kalau ada resepi jgn lupa update na...

11. Normala Saad;
ooo akak tanam pokok ni ya... sudah tentu kak mala ni peminat terung pipit tegar...hehehe

12. TukangKebun:
daripada tak suka dah jadi rindu ni...kira motivasi pada saya utk terus cuba dan meminatinya...tak rugi cuba kan...hehehe..,

13. EndaMurniyati;
Unik nama tu, endah pun suka makan terung ya?

14. Chik Att;
selalunya CA masak apa dgn terung pipit ya?
Dan tima kasih sudi singgah blog kerdil saya ni...hrp hubungan berpanjangan...tqvm

Ibu Qistina said...

Terliurnya saya tgk terung pipit yang @na tanam....alahai sedapnya.