Monday, August 4, 2014

Kempen “bertani” di bandar...



Nampaknya galakan bertani di kalangan komuniti bandar telah menjadi agenda penting negara. 

Semalam 3 Ogos 2014, Menteri Pertanian telah merasmikan Kempen Pertanian Bandar. Kempen yang menggalakkan terutama komuniti Bandar (kakitangan awam) bertani di premis masing-masing. Ia bertujuan untuk mengurangkan sedikit sebanyak kos sara hidup di Bandar.

Sorotan Majlis Perasmian Kempen Pertanian Bandar

Antara agensi yang turut bekerjasama rapat dalam menjayakan kempen ini termasuklah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Landskap, dan UPM.
Butiran lanjut boleh layari kosmo online 3/8/14

Tuan tanah sangat yakin saranan bijak ini akan berjaya, sekiranya masyarakat diberi kesedaran bahawa berkebun adalah suatu aktiviti yang sangat menyeronokan! Dan boleh dilakukan di mana saja asalkan ada kemahuan…

Keledek dalam pasu

Apa tidaknya, bayangkan keledek pun mampu hidup subur, walau pun hanya ditanam dalam pasu! Mungkin ubinya tidak banyak kita dapat, tapi pucuk keledek boleh dijadikan sayur yang bukan saja sedap dan juga sangat berkhasiat!

Sebenarnya terdapat sebahagian besar sayuran sesuai di tanam secara pasuan seperti kangkung, kesum, dsb. Contohnya pokok timun mini kat bawah ni..

Timun mini



Jom berkebun…



10 comments:

UmmuAidan-Arissa said...

sokong benar aktiviti gini ana..memang bagus pun bertani dimana sahaja..asal bijak mencari ruang..:)

Tarique Syahman said...

Salam @na..Timun Mini saya kalau tak hand pollinate tak jadi buah langsung..ana buat camna bagi dia lekat buah?

Normala Saad said...

Bagus...bagus...kak pun sokong kempen tanam sayur ni...

suka suka said...

Jom ramai-ramai tanam sayur

@na said...

1. UmmuAidan-Arissa;
best kan ummu, berkebun...hilang stress..

2. Tarique Syahman;
wassalam en tarique. saya tk buat apa pun...ingat self-pollination...hehehe punya lah tk tau apa...pakai hentam tanam ja...

3. Normala Saad;
enjoy kan, saya bekebun dlm pasu ja kak mala...hehehe

4. suka suka;
seronok kan k mar, kalu dpt tubuh satu komuniti tani kat kejiranan kita...

sud@is said...

kita kita ni kira menyahut seruan la noo....subur nampak keledek tu @na, masak apa bakar ke rebus..apa2 pun sedap kan...

@na said...

kita advanced..kempen awai lagi...hahaha..
rebus ja sud@is..

Kakzakie said...

Betul... macam kakak ni mana ada tanah. Adalah secoet tu pun dah sesak. So alternatifnya memang pasulah apa lagi. Janji puas hati.

Sungguh berkebun sangat menyeronokkan apa lagi bila melihat perkembangan dari tunas hingga mengeluarkan hasil. Seronok!

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah dapat menanam minat ramai untuk jimat duit cari sumber makanan sendiri dengan berkebun.

Endah Murniyati said...

Mari berkebun! Tanam makanan kita sendiri.