Monday, August 25, 2014

Mulberry dah gila daun…



Mungkin sebab tuan tanah dok kerja getus pucuk buat sayur, pokok mulberry ni dah merajuk. Tak mau bebuah dah. Akhir-akhir ni tak nampak langsung tanda mulberry nak berbuah …
Mulberry –  sumber sayur  hijau 

Tak pa lah cik mulberry…kami makan pucuk je la… Pucuk mulberry muda memang sedap.  Boleh dimasak sebagai sayur. Kadang tu tuan tanah masukkan terus dalam sup ayam untuk mempelbagaikan sayuran. 

Pucuk mulberry juga sesuai dan amat sedap dimasak lemak cili api… Sekain dari itu, ia pun boleh dijadikan ulam. Celur dan cicah dengan budu atau sambal belacan.. fuuhhh!!!
Tuaian - pucuk mulberry muda 

Pendek kata pokok mulberry ni telah menjadi sumber sayur hijau utama kami. Boleh menggantikan sawi/bayam/kangkong. Sesiapa yang ada pokok mulberry boleh la cuba…tak rugi!

Rasanya, kepada yang sibuk dan tak banyak masa untuk berkebun, disyorkan tanam pokok mulberry. Untung!. Tanam sekali boleh dituai berkali-kali atau sepanjang masa…tinggal lagi rajin-rajin siram dan trim je.

Jimat belanja dapur dan paling menariknya kita dapat menikmati sayuran segar dan berkhasiat dari laman sendiri.


11 comments:

SriKota Garden said...

Tak pernah try masak daunnya, rasanya satu hari nanti nak try jugalah.

Kakzakie said...

Kakak tak ada pun pokoknya ana. Kalau anda mesti kakak pun akan buat macam Ana juga. Fresh from the farm straight to the kitchen:)

cucubulat said...

bestnya,,serbaguna pokok ni kan @na,,selain buat sayur daun pun boleh dibuat teh jugak kan..


UmmuAidan-Arissa said...

sedap nyer ana pucuk mulberri nie...hmm pokok pun tak pernah tengok kat sini..tringin nak tanam sebenarnya...

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

tak pernah try la pulak makan pucuk mulbery,Ape rasa dia @na? rasa tawar atau ada rasa pahit2 ka? Selalu cantas dan buang je daun dia.

Ct Mar said...

tq kak ana dh try nk tumis air td..btul ckp kak ana sedap..pernah terbaca daun dia dikeringkan utk.dijadikan teh..tp xingat kt mana..

sud@is said...

Buat syaur belum lagi @na buat teh adalah...nati boleh cuba buat masak lemak cili api palk...

Normala Saad said...

Biasa dengar masak asam pedas dengan ikan. Begitu juga dengan daun roselle. selalu orang masak asam pedas.

TukangKebun said...

Belum lagi dicuba masak lemak cili api.
Mana lagi sedap pucuk Roselle ke pucuk mulberry?

Honey said...

Salam Ana,

Rupanya pokok ni dari akar sampai ke pucuk memang berguna kan? Ish korang ni buat I teringin nak tanam pokok mulberry ni lah :(

@na said...

1. SriKota Garden;
elok cuba...pucuk mulberi muda mmg sedap!

2. Kakzakie;
Pokok mulberry cukup senang hidup...kak boleh tnm dalam pasu je..kalau dah hidup tk menang tgn kakzakie nk petik pucuk2 tu nnti..

3. cucubulat;
betul2...kalau dah ada pokok sendiri,drp buat teh rasanya lebih baik kita mkn terus pucuk segar tu...lebih berkhasiat...

4. UmmuAidan-Arissa;
mmg cukup sedap ummu...tnm pun mudah tk byk kerenah...

5. Ibu Qistina;
Wassalam. rasanya lebih sedap dari sawi, tk tahu nak gambarkan mcm mana..ibu qis cuba la dulu masak tumis air..sedap!...hehehe

6. Ct Mar;
ooo ct dah try ya? lebih sedap dari sawi kan?

7. sud@is;
masak cili api mmg terbaik tu!!!hehehe

8. Normala Saad;
ooo ya ka kak...pasni blh try boh dalam asam pedas plk...tq kak mala

9. Tukang Kebun;
bagi saya, pucuk mulberi lebih sedap rasanya..

10. Honey;
Wassalam honey..
Elok la tnm...senang hidup... buah blh mkn, daun pun boleh buat sayur!

4.