Wednesday, May 22, 2013

Cow pea dalam botol air mineral


Ingat nak buat tauge hijau (green sprouts) dari cow pea. beli seeds dari supermarket. Nak cuba dulu.

Eskperimen lagi.

Sebelum ni cuba buat tauge biasa (putih) dengan cow pea ni…. Buat macam cara buat tauge dari kacang hijau. Tapi, tak menjadi. Kacang yang direndam mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Busuk!

Dah, tong sampahlah tempatnya..

Terfikir pulak lebihan kacang yang tinggal tu, baik cambahkan guna soil jadikan tauge hijau.

Jadi apa lagi, sediakan bekas semaian dari botol air mineral saiz 1.5 liter. Tebuk secara memanjang. Guna 2 botol, sebab nak habiskan baki kacang yang ada.

Mula 21 April 2013 yg lalu…

Tapi, kacang tu tak tumbuh sekata. Hanya 3 biji je yang tumbuh.
 

Semalam 21 Mei 2013, pokok ni dah cukup 1 bulan, subur lah pulak…

Ini bukan tauge hijau lagi dah… jadi pucuk hijau dah!. Tapi bagusnya tanam cow pea ni kita tak perlu buat trellis. Pokok dia jenis merimbun. Buahnya pendek-pendek je.

Nanti kita sama-sama tengok pekembangannya, berbuah ke tidak cow pea dalam botol kitar semula ni.

9 comments:

yan's cottage said...

salam @na....

memang keratif lah @na nie...botol pun boleh jadi tempat tanam kacang ye...moga berjaya membuahkan hasilnya nanti ye....

ummuaidan said...

ana..nanti pokok kacang nie akan jadi berbuah cam kacang biasa yerr?

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Cow pea ni melayunya kacang apa ya?

Mixed-family in da house.... said...

Aana,

Good idea! Cow pea nama dia ek...

Ana rendam dulu ke biji dia sebelum tanam?

@na said...

1. yan's cottage;
yan, sebab tk dak kawasan luas utk berkebun terpaksa lah guna apa yang ada....

2. ummuaidan;
dia mmg mcm biasa cuma buahnye pendek je...kena mkn buah masih muda..

3. Ummu Madihah;
salam mak aji, kacang mata hitam kot, tak pasti la mak aji..

4. Mixed-family in da house;
ya dini, rendam sekejap sbb dia cpt bertunas..

TukangKebun said...

Baru teringat kembali biji benih cow pea yang tersadai atas meja saya lupa. Wah segar pucuk hijaunya.

@na said...

tu la mcm pelik la plk, dlm bekas kecik ni pun bole subur plk..

suka suka said...

Dah berbuah dah ke pokok ni?

@na said...

k mar, sekarang ni tgh berbunga...nnti kalau dah bebuah sy update dlm next n3...InsyaAllah