Inilah telang milik “auntie” (lupa tanya nama)
yang telah menjadi inspirasi
Baru
saja mengenali pokok dan bunga biru ini. Itupun selepas “melawat” kebun para
sahabat bloggers semua. Sebelum ni cuma tahu ada bunga yang digunakan sebagai
pewarna dalam nasi kerabu.
Dan,
Setelah
kenal pokok ini, baru lah perasan pokok ni banyak di tanam oleh jiran tionghua di
sekitar kawasan perumahan di Alor Setar ni. Boleh dikatakan majoriti daripada laman
mereka ada di tanam dengan pokok telang. Mungkin tidak keterlaluan jika
dikatakan pokok ni popular di kalangan komuniti tionghua! Dan tidak keterlaluan
juga dikatakan komuniti ini sangat peka dengan anugerah alam.
Mengapa?
Hasil
dari perhatian bukanlah kajian
di kawasan perumahan sekitar Alor Setar, sekiranya kita lihat ada pokok
mulberry, keledek, bayam Malabar dan telang terutamanya, itu mesti rumah saudara
kita yang berbangsa Cina!
Macam
mana pulak dengan kawasan perumahan di luar Alor Setar?
11 comments:
saya baru musnahkan pokok telang saya. nak tanam kat lain pulak.
kdg kalau jrg digunakan rs cam tak berbaloi tanam bunga telang nie...
Salam @na,
Mak Aji x sabar nak gunakan bunganya untuk nasi kerabu dan juga sirap. Pun x sabar nak buat magic dengan cucu - perah air asam limau nipis ke dalam sirap ni dan airnya bertukar warna ke pink purple! Tentu cucu-cucu suka Tokmanya pandai buat magic, he he!
1. Awin;
ooo ya...saya baru nak berjinak2 dgn pkok telang...hehehe
2. ummuaidan;
ummu, kacang dia tk blh makan ke?
3. Ummu Madihah;
salam mak aji, pasni blh try sirap magic ni...tp pokok kami baru tanam...tk sabar nak tunggu...
Telang ni cepat berbunga. Kacangnya pun boleh makan tapi macam mana saya tak pasti. Rasanya saya pernah celur buat ulam sekali kot. Mungkin stir fry pun boleh.
bunga telang ni boleh buat nasi kerabu kan...
pandai auntie tu jaga pokok telang dia, cantik
Hari ni beli nasi kerabu setelah lama tak beli untuk breakfast. Hari ni warna putih pula nasi kerabu makcik tu. Agaknya tak de stok bunga telang. Mesti aunty tu rajin kutip bunganya selalu.
1. Tiny garden;
oo blh mkn kacang telang ni ya...InsyaAllah pasni akn try stir fry...tq for the info
2. Lizz;
ya, ya betul...buat pewarna nasik kerabu...t/kasih sudi singgah
3. snRose;
tu...mmg menawan hati la...hehehe
4. Tukang Kebun;
bestnye diana kat sana ada jual nasi kerabu telang...tentu diana awet muda tu...hehehe
Betull... kaum Cina tanam pokok ni sbb utk pewarna kuih nyonya & jelly...di Thailand pulak buat pewarna air. Bila campur dgn jus limau dia jdi pink..lynn suka campur dlm cekodok udang..sedapppp
lynn, nnti telang bebunga blh try buat jus pink ni..
Post a Comment