Monday, March 16, 2015

Musim melati…



Melati atau melur. Bunganya putih berseri. Wangi semerbak. Terdapat berbagai jenis bentuk bunga. Tapi paling meriah melati “single layer”. Berbunga sepanjang tahun. Tambah-tambah dalam cuaca panas seperti sekarang ni. Dan ia lebih wangi. Dari jauh pun boleh terhidu wangiannya. 

Kuntum-kuntum Melati dari laman

Gugusan-gugusan bunganya menyejukkan, dan dapatlah mengimbangkan keperitan bahang haba dari pancaran terik matahari.

Melati “single layer”

Ada satu jenis lagi melati kat laman kami, bunga macam roses. Tapi bunganya tak lebat sangat. Sekuntum sekuntum saja. Tapi ia sangat cantik menawan. Ia jugak disebut sebagai Duke of Tuscany. Kembangnya sangat dinanti-nanti…

Duke of Tuscany

Muncul dicelah-celah ranting

Tabarakallah.



6 comments:

Kakzakie said...

Melati yg single layer tu Ana dulu masa kakak kecik-kecik arwah mak kakak keringkan dah tu masuk dlm botol campur dgn hirisan pandan, bunga kenanga dan minyak kelapa - jadi minyak rambut tau. Dulu mana ada beli minyak rambut. Semuanya buat sendiri. Wanginya bukan main.... bila terkenang macam sedih pulak.

Melati layered tu cantik sangat. Rumah kakak tak ada.

Julie M said...

Assalamualaikum Kak @na,
cantiknya bunga melati tu...tak nak buat teh bunga melati ke? :)

Endah Murniyati said...

Indahnya, tentu sangat harum aromanya. Saya tanam tiga jenis melati di pekarangan rumah. Single layer yang paling produktif berbunga. Yang double layer, kita sebut melati tumpuk. Sangat cantik.

Normala Saad said...

Melur susun kak tengah gila daun..tak tahu kenapa. Bunga pula jadi kecil amat

@na said...

1. kakzakie;
betul la kakzakie melur sangat sinonim dengan nenek moyang kita...dulu penah tgk nenek masukkan melur dalam bunga rampai utk org kenduri kawin...
cukup nostalgia...
Memang cantik tak puas tengok kan? Cuba kakzakie cari kat nuseri In Shaa Allah jumpa tu...
Kalau kakzakie dah tanam dan bebunga jgn lupa post, k

2. Julie M;
Waalaikumussalam...a'a lupa plk nak try buah teh...jasmine tea kan?

3. Endah Murniyati;
Betul...ia cukup harum sekali...ooo yang layered tu dipanggil melati tumpuk ya...
thanx endah..

4. Normala Saad;
banyak baja sangat kot kak mala...tp yang kami ni pun tak lebat mana...tak mcm melur selapis...lebat bebunga!

TukangKebun said...

Yang single layer memang bunganya lebih lebat dari yang multi-layer.
Musim bunga putih di laman @na ya.