Thursday, March 5, 2015

Khasiat ketumpang air/paperomia pellucida



“Banyaknya sireh cina…Susah betul paksu nak cari pokok ni…kat rumah paksu tak tumbuh pun…” paksu kami seolah tergamam tengok ketumpang air yang tumbuh subur dipasu2 bunga di laman kami..

sireh cina tumbuh secara semulajadi dan cukup subur

“Paksu kena amalkan minum jus daun ni..sangat mujarab untuk merawat gout. Sejak amalkannya paksu dah boleh bergerak macam biasa, doctor pun terkejut tengok perubahan paksu” terang paksu bersungguh-sungguh..

Kebelakangan ni tuan tanah pun, dah mula makan ketumpang air ni sebagai ulam atau sayur tapi tak tahu pulak ia sangat baik untuk merawat penyakit gout!
Memang tak sangka pokok yang tumbuh melata ni mempunyai khasita yang sangat tinggi. Selain dari ketumpang air, ia jugak dipanggil sebagai sireh cina sireh laut, sireh pasir, sireh air dan sireh bunian! Atau dikenali jugak sebagai silver bush! Jika diamat-amati ia batangnya transparent dan berkilau seolah silver..Daunya pun hijau berkilat. Jika ditanam dalam satu bekas ia sangat cantik sekali.

Yang bestnya sireh cina tumbuh subur dalam setiap pasu bunga di laman kami. Dan didapati ia cukup tahan dengan cuaca panas. Mungkin ia muncul untuk mengimbangi suhu yang sangat panas. Sejuk mata melihatnya..Alhamdulillah.

Peparomia pellucida/ketumpang air dalam pasu bunga melur

Berkongsi pasu dengan kucai

Tuan tanah mula gugel…memang sireh cina ni digunakan sebagai rawatan gout secara semulajadi…

Subhanallah…nikmati mana lagi yang kita ingin dustakan???

Dan didapati juga dikedai sengsei daun-daun ini dikeringkan dan dijual antara RM10 – RM30 sekilo sebagai herba untuk merawat GOUT!

Lepas ni jika ternampak ketumpang air jangan terus buang. Jadikan salad yang berkhasiat yang sifar RM!

Tabarakallah


13 comments:

❤Kamsiah❤ said...

banyak tumbh dalam pasu2 bunga pokok ni...akak dok cabut..buang ja..

Normala Saad said...

Betul tu Kam..kat rumah kita buang2 sj...buang nikmat yg Allah Taala bagi tu...kita selalu lupa bila dah terkena baru kelam kabut nak cari kan....

wanie ibrahim said...

kat dalam pasu rumah saya pun ada banyak juga tumbuh, maman pun tumbuh melata tp belum ada kekuatan dan cuba-cuba makan hehehe..

Kakzakie said...

Masya-Allah kakak ingatkan ini rumput liar. Dalam pasu-pasu pokok bunga dan tanaman kakak pun tumbuh pokok sireh cina ni Ana. Kakak tak tahu biasa kakak cabut buang aje. Tapi dia memang akan tumbuh balik apa lagi kalau musim hujan memang meriah.

Lain kali kakak nak biar dia besarlah dan cuba juga jadikan ulam. Tak tahulah boleh telan ke tak tapi tetap nak cuba juga:)

Terima kasih infonya.

sud@is said...

Pokok yang dipandang rumput ubat besar rupanya.. tq info @na....

Endah Murniyati said...

Kita sebut tanaman ini suruhan, sering dipakai untuk obat hipertensi dan diabetes. Di kebun saya, sangat subur bahkan ada yang setinggi 50 cm. Grow so wildly as an edible weed.

Bunda a.k.a KN said...

Salam...

Kehadirannya dalam satu pasu dengan tanaman lain tak merosakkan ke pertumbuhan tanaman lain tu?

TukangKebun said...

Untuk mata pun bagus kan Ana.
Bagus untuk gout juga ya terima kasih berkongsi.
Yang ini cabut come again kat sini huhuhu....

Gemersik said...

salam.. pak mentua saya wat ulam kudap2 katanya...takde rasa pelik pun, bagus khasiat pokok nie..so lepas nie jangan di buang...

abu bakar ismail said...

Secara saintifik dah diuji ke pokok ni,takut beracun je,jadi baik ambil langkah berhati2...

abu bakar ismail said...

Secara saintifik dah diuji ke pokok ni,takut beracun je,jadi baik ambil langkah berhati2...

Jannah Anna said...

sya tengah buat kajian pasal pokok ni tapi tengah cari sumber untuk dapatkan pokok ni..boleh bantu saya?

Mazlina mohd nazir said...

subur nya.. ingat tanam sebab kita tanam xtumbuh pun.. hidup subur kat pasu2 yang tak tanam.
Sedap nie wat jus.. untuk masalah saraf dan kesihatan lain