Thursday, October 24, 2013

Rasa dan bau “sebijik” macam serai.


Memang boleh gantikan serai….

Minggu lepas tuan tanah cuba ber-eksperimen TOMYAM dengan serai versi baru ni!

Serai versi baru – dikenali sebagai serai acheh…(mungkin berasal dari aceh kot,  tuan tanah tak berapa pasti)

 
Setelah 8 bulan ditanam, nampak semakin berkembang biak. Subur. Dan yang paling best nyer ia amat mudah dituai..

Sebenarnya, serai ini amat popular di kalangan masyarakat thai. Tomyam di restoran thai memang guna serai jenis ni.
 
Tak kurang perisa serai dalam tomyam (ikan) ni
 
Di mana serai di antara bahan utama dalam masakan tomyam. Kalau plan nak masak tomyam, tapi kalau tak dak serai, memang tukar menu lah jawabnya, kan? Sebab kelazatan tomyam banyak bergantung kepada perisa serai.
 

Tuaian untuk tomyam

 Bezanya kalau serai biasa, kita gunakan batangnya tapi serai ni kita boleh guna batang dan daunnya sekali.

Apabila dicuba tomyam ni, rasa serainya tidak ada beza dengan serai yang biasa. Malah rasa manis serainya lebih lembut…serius sedap!

Serai aceh ni memang boleh dijadikan pengganti….

Sebelum ni tuan tanah tak pernah tanam serai kat laman memandang pokoknya yang susah diuruskan dan memerlukan ruang yang agak luas. Dan paling tuan tanah gerun daunnya yang sangat tajam!

Tapi sekarang tidak lagi, dah ada koleksi serai di laman.

 

 

27 comments:

smRose said...

Waaa! Jelesnya, nak jugak pokok camtu, beli kat mana tu?

@na said...

hehehe...jgn jeles rose tk baik...beli kt nusery a/setar ni...nnti sy cuba semai na

JunAina said...

Tak tahu pulak ada serai jenis ni. Mudah tanam tak berserabut macam serai biasa.

ummuaidan said...

Baru tahu ade serai alternatif ana..
nie sudah bagus..yg biasa tuh serabut mencucuk2..ini mcm blh tanam dlm pasu kan...

nadia rashid said...

aaa kawan sy yg dok merantau di bangkok guna serai mcm ni...pun die ckp sedap...dan senang nak maintain pokok nya..

@na said...

1. JunAina;
saya pun baru tahu dr pakcik nuseri...mmg mudah tanam tk byk kerenah nk jg.. sesuai utk laman kecik mcm kami ni

2. ummuaiadan;
hehehe....serai pun ada alternative..mmg sesuai tnm dlm pasu ummu...pokok nya pun comei...sekali tgk mcm pokok hiasan kan?

@na said...

3. nadia Rashid;
ooo ye nadia? so proven la ni...mmg pokok dia cukup senang hidup!

Siti Fatimah said...

wauu serai acheh, segak mekar dalm pasu, selain tomyam boleh masak lain tak @na, teringin ank tanam jugak la..

Lynna Ghani said...

As Salam,Ana....info yg menarik....boleh cuba cari pokok serai acheh nnt...comel je pokok dia dlm pot tu....saya pon nak jimatkan space.....pokok serai biasa saya dah tanam....mmg nmpk semak kalau tak trim....kena rajen trim selalu....masalahnya rajen tuh kdg2 jarang hahaha :P

Rini said...

salam......

wah bestnya. blh jd pokok hiasan dan buat masak jugak. tak pernah plak nmpk kat sini.

@na said...

1. Siti Fatimah;
boleh kot, menu yg guna serai kita ganti je dgn serai ni..tp saya blum cuba lg...tp tomyam nmpk sesuai..
tima kasih sudi singgah

2. Lynna Ghani;
Wassalam lina, betul mmg sesuai utk laman kecik...kita blh tnm dlm pasu je...tuai pun senang..

3. rini;
salam rini, 2 in 1,, pokok nya plk cukup senang ditanam & senang jaga..

JaSSNaNi said...

OWHHH ada versi serai acheh yer.. baru tau.. hihihi..

SriKota Garden said...

Salam...semaila byk2 saya nak beli satu.


@na said...

1. JaSSNani;
saya pun baru tahu jgk, ni dok pulun buat eksperimen....hehehe

2. Srikota Garden;
Wassalam, InsyaAllah nnti saya akn semai...

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Ni umpama penemuan baru, pertama kali jumpa serai acheh ni! Rupa daun dan warnanya macam kunyit hitamlah pulak!

Awin said...

wahhhh...nak beli jugak.....bagi nama nursery kat aloq setaq tuh saya nak p beli bila balik sana nanti!

suka suka said...

Ana ... K Mar pun tamo ketinggalan...nak juga he he

@na said...

1. Ummu Madihah;
Wassalam mak aji...kita baru nak kenal tp org thai dh lama guna dlm masakan depa...mcm ketinggalan plk kita ni kan mak aji?

2. Awin;
kalau nk senang pi pasar tani hari sabtu kat giant a/staq pakcik tu ada jual kat situ...INSYAALLAH jumpa..

3. suka suka;
InsyaAllah k mar, saya cuba semai..

yan's cottage said...

salam @na....

kat kampung yan pun ada....mak yan tanam...tapi yan tak tahu pula pokok nie...boleh bubuh dalam tom yam...

TukangKebun said...

Macam boleh bau sampai ke sini...terliur tengok tomyam tu.

@na said...

1. yan's cottage;
wassalam yan, pasni blh guna buat rendang plk, yan..

2. TukangKebun;
hebat bau serai ni blh sampai ke Sg Buluh...hehehe

S..U..D..@..I..S said...

serai acheh daunnya hampir sama dengan daun lengkuas

@na said...

sud@is, sekali tengok mmg mcm sama, tapi daun lengkuas lebih besar dan sgt berbeza...,

cucubulat said...

salam kenalan,,,seronok membaca blog2 tukang kebun,,mcm2 ada..sy link blog puan pd blog saya yer..

@na said...

wassalam...terima kasih sudi singgah. ok, kita sama2 berkebun singgah lah selalu ya..

azizah mat rejab said...

salam...
saya pun tengah tercari2 benih serai acheh ni, tingal kat penang dan selalu balikkpg di perlis..kalau nursery kat alor setar tu kat mana boleh teman gi cari..t.kasih

azizah mat rejab said...

salam...
saya pun tengah tercari2 benih serai acheh ni, tingal kat penang dan selalu balikkpg di perlis..kalau nursery kat alor setar tu kat mana boleh teman gi cari..t.kasih