Monday, October 28, 2013

Kek bunga telang


Kagum sungguh dengan kecantikan bunga telang. Warnanya biru sempurna. Dah lah cantik boleh dimakan pulak tu…

Kebelakangan ini telang berbunga makin lebat. Tak putus-putus. Bunga telang berlapis pun dah mula berbunga. Ingat kutip dan kumpul untuk dikeringkan. Hajatnya nak jadikan powder. Boleh guna untuk pewarna makanan. Pewarna semulajadi yang penuh khasiat!

Tapi tak sabar tunggu powder, kemarin mai angin kus kus cuba buat kek bunga telang segar. Bunga telang dicincang kasar-kasar dan masukkan dalam adunan kek. Tapi warna biru tak ketara sangat. Mungkin kalau guna powder warna biru tu lagi “outstanding” kot!

Kek bunga telang tanpa solekan, biar nampak ori!


Nampak “rustic” tapi rasanya boleh tahan jugak lah

 Bunga telang amat kaya dengan flavanoids dan carotenoids yang sangat diperlukan untuk kesihatan. Ia juga dipercayai baik sebagai tonik otak.

 

22 comments:

smRose said...

Dah Nampak cam blue cheese pulak...hehehe

ummuaidan said...

salam ana,
bagus percubaan nie...len kali buat powder yer nak tgk..:)

nadia rashid said...

rupa yang ni pun dah outstanding...cantik bercorak mcm ni..

cucubulat said...

wow sedap nampak kek bunga telang ni.tak sabar nak tengok powder bunga telang..:)

Ibu Qistina said...

Assalam @na,

kreatifnye dan sangat cantik. Banyak kegunaan si telang ni. Nnti @na share la gambar serbuk telang @na ya. :)

FlowerBihaa said...

x sgka bunga pun blh buat msk ke dlm kek. :)
m a new blogger. salam perkenalan, kak. minat gardening ni. sbb tu sy follow akak. :)

S..U..D..@..I..S said...

Nampak cantik, makan memang sedap, jaminan sihat tq @na

SM79 said...

kek yg sedap.. dh mkn td.. TQ sis... :)

@na said...

1. smRose;
mmg boh cheese pun...hehehe

2. ummuaidan;
wassalam ummu, main try je ummu...nk tgk kek tu jd cam mna..

3. nadia Rashid;
terikut-ikut dgn AFC, depa buat blueberry kita buat biru telang..hehehe

4. cucubulat;
powder tu mungkin lmbat sikit...nk kena kumpul...InsyaAllah akn update nnti..

5. Ibu Qistina;
Wassam Ibu Qis, mmg byk benda kita blh buat dgn telang...mcm dh obsess telang la plk...

6. FlowerBihaa;
Wassalam... tima kasih sudi singgah n follow...singgah la selalu ye kita kongsi info...

7. sud@is;
Alhamdulillah. Syukur nikmat Allah yg tk terhingga...

8. SM79;
Alhamdulillah.

Lynna Ghani said...

Salam Ana...mcm2 boleh dipelbagaikan kegunaan bunga telang ni kan....yg penting creative....saya dok berangan nak buat cupcake & hias dgn bunga telang...tp pokok telang saya baru sgt lg...lom ada bunga...:)

yan's cottage said...

cantik....tq nanti boleh cuba nie...

@na said...

1. Lynna Ghani;
Wassalam lina, bagus idea tuh...telang ni, kalau dah berbunga tk menang tgn nk kutip...

2. yan's cottage;
cuba lah yan, syg kalau tk guna bunga yg byk kt laman tu...

Pedasdanmanis said...

Nampak sedap.. bau dari sini.. hehe

Awin said...

brilliant nyaa! awat cheq tak pernah pikiaq buat macam ni. asyik buat ayaq ja

@na said...

1. pedas dan manis;
rasa tu ok...kesian dpt bau je...hehehe

2. awin;
pasni cheq blh la try buat kek plk..hehehe

Ummu Madihah said...

Salam @na,

Bagusnya idea ni! Buat serbuk pewarna biru ya! Kalau dah jadi serbuk segala macam benda boleh guna tu! Cantik kek biru tu!

TukangKebun said...

Cantik-cantik.
Blue Cheesecake pun menarik juga.

@na said...

1. Ummu madihah;
Wassalam mak aji, telang kalau dh bebunga mmg lebat, kdg tk termakan...syg nk biarkan layu begitu saja kan?

2. Tukang Kebun;
tima kasih, tima kasih...blue cheesecake sedap nama ni...

suka suka said...

assalam ana... lihat bunga telang ingat ana!... kuih tradisi nyonya ada yang gunakan bunga ni ... tak ingatla ... jenis kuih talam jugaa!

@na said...

Wassalam k mar, hehehe mcm dh obsess telang la plk...kuih apa tu k mar sure cantik, tentu biru kan hehehe...mmg suka sungguh color biru

adrianna syaz said...

Ingat air bnga telang je boleh buat..kek pun boleh ni..harus dicuba ni :)

@na said...

sayang kalau bunga dh byk, elok dipelbagaikan kegunaannya kalau tak, jemu plk kan...